Terletak di Medan Selera Sungai Ramal, Kajang, Sate Willy antara yang
menjadi perhatian pelanggan yang datang. Waktu operasi bermula jam 5
petang sehingga 12.30 tengah malam. Apa yang pasti jika terlambat pasti
anda akan berbaris panjang untuk mengambil pesanan. Sistem di medan
selera ini pula pastikan anda mengambil tempat duduk dahulu kerana
nombor meja akan di tanya dan pesanan yang telah siap akan dihantar
terus ke meja anda.
Rasa sate Willy ini sememangnya enak. Rasa dari segi teksturnya, lebih
berempah dari sate yang lain. Lebih terasa apabila kita menggigit
daging sate tersebut terasa perapannya. Rasa kuah kacangnya juga sedikit
berbeza tetapi masih disertakan sambal sebagai penyeri dan penambah
perisa kepada sesiapa yang sukakan pedas.
Hidangan sampingannya juga seperti ulam timun, bawang, dan nasi impit.
Apa yang istimewanya nasi impit ini dibalut dengan daun pisang sangat
sedap dengan bau aromanya.
Kepada yang ingin mencuba harga sate ini seperti harga sate-sate yang
lain iaitu RM0.70. Saiznya yang lebih kurang sama tetapi rasanya yang
lebih sedap.
No comments:
Post a Comment