Pages
▼
Saturday, January 19, 2013
Mengapa rambut mudah beruban?
Pasti ada di antara anda yang mengalami masalah rambut beruban, walau pada usia semuda remaja mahupun di awal dua puluhan. Hal ini sedikit sebanyak membawa kesan kepada daya keyakinan diri, khasnya kepada golongan wanita yang inginkan rambut hitam berkilat tanpa sebarang kekurangan.
Menurut kebanyakan pakar trikologi, masalah rambut beruban seringkali berkait-rapat dengan genetik namun ia tidak semestinya merupakan indikasi kepada masalah kesihatan.
Walaubagaimanapun, sekiranya banyak helaian rambut anda sudahpun beruban sebelum anda menjangkau usia 35 tahun, besar kemungkinan anda mengalami masalah kekurangan vitamin B12 dan asid folik dalam badan.
Penyelidikan saintifik berdasarkan Bahagian Dermatologi di Universiti Hospital Uppsala di Sweden telah mendapati bahawa asid folik, vitamin B12 dan pendedahan kepada cahaya matahari berupaya membantu dalam proses pempigmenan di kulit dan rambut yang telah berhenti dai menghasilkan melanin.
Sekiranya anda ingin menambahkan lagi zat vitamin B12 dalam badan, banyakkan mengambil daging merah, binatang laut bercangkerang, telur, haiwan ternakan dan susu dalam pemakanan harian. Cara baik untuk menutup uban adalah dengan penggunaan bahan semulajadi seperti inai dan tidak banyak bergantung kepada bahan pewarna rambut yang mengandungi ammonia, formaldehid, dan bahan-bahan lain yang berpotensi membawa kesan sampingan.
No comments:
Post a Comment