Pages
▼
Saturday, March 16, 2013
Rock Oo, Rimba Bara Kutip RM4 Juta Dalam Dua Minggu
Tahun 2013, menyaksikan kejayaan besar buat Mamat Khalid. Terdahulu, filem arahan beliau Husin Mon Dan Pakai Toncit berjaya mengaut kutipan sebanyak RM4 juta sepanjang seminggu tayangan.
Sekali lagi tahun 2013, Mamat Khalid mengulangi sejarah pecah panggung dengan filem Rock Oo, Rimba Bara Kembali yang telah berjaya mengutip kutipan mencecah RM4 juta setelah 2 minggu ditayangkan.
Rock Oo merupakan karya terbaik yang dihasilkan oleh Mamat Khalid setakat ini.
Dalam Rock Oo pengarah tersohor tempatan berjaya membawa para penonton menyelami dunia rock pada lewat 80an dengan pengisian yang padat dan sejarah zaman rock di Malaysia itu sendiri.
Sebelum ini Mamat Khalid amat sinonim dengan filem pecah panggungg iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) yang berjaya menerima kutipan ketiga paling tinggi sepanjang tayangan pada tahun 2010.
Dengan kutipan sebanyak RM 7.90 juta sepanjang tempoh tayangan di pawagam seluruh negara.
Tahniah buat Grand Brilliance!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete