Pages
▼
Saturday, March 16, 2013
Zamani rindu berada di pentas bersama Slam
Penyanyi yang mencipta nama dengan kumpulan Slam, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Haji Ibrahim telah lama mendiamkan diri, tetapi kemunculannya dalam Konsert Gegar 5 Legenda di Istana Budaya baru-baru ini adalah permulaan kepada perjalanan karier seninya.
Walaupun pernah menghasilkan lagu duet "Tak Keruan" bersama Sharifah Zarina sekitar tahun 2012, ia masih belum mampu melonjakkan nama Zamani dalam industri muzik ini kerana kuranganya publisiti atau promosi.
Ditemui selepas konsert pengenalan yang menampilkan dirinya dengan empat lagi penyanyi popular tahun 1990-an, Zamani akui dirinya kurang sihat sejak kebelakangan ini.
"Saya kurang sihat kerana sakit belakang. Ada juga pergi berubat tradisional dan Alhamdulillah, saya semakin pulih dan mampu menyanyi seperti biasa," ujarnya yang mengakui jemputan nyanyian semakin berkurangan.
Ditanya tentang hubungannya bersama bekas anggota Slam yang lain, Zamani memberitahu mereka masih lagi berhubung dan pernah membuat konsert bersama di Singapura, tetapi tidaklah kerap kerana mempunyai komitmen masing-masing.
Jelasnya lagi, dia amat rindu untuk berada di atas pentas bersama rakan Slam yang lain, namun masih ada belum perancangan lanjut ke arah itu.
"Kami ada merancang juga, tapi semuanya belum pasti kerana bukan mudah untuk membuat konsert besar. Jika persembahan biasa pun perlu tunggu jemputan. Jika tiada yang meminta, kami tak boleh buat apa-apa," ujarnya lagi.
Rindu dengan karier nyanyian, Zamani telah bergandingan dengan Saleem, Aris Ariwatan, Rahmat Mega dan Ali Terrarossa untuk Konsert Gegar 5 Legenda yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 15 hingga 17 Mac ini, jam 8.30 malam.
Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 42 tahun ini kini dalam proses menghasilkan album mini solo di bawah syarikat rakaman Johan Music yang sudah menjadi pengurusnya sejak 19 tahun yang lalu.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete