Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, April 24, 2011

Mamat Khalid, AC Mizal Dan Isteri Sertai UMNO

Mamat Khalid, AC Mizal Dan Isteri Sertai UMNO

KUALA LUMPUR – Musim artis tempatan menyertai parti politik kembali hangat apabila selepas Bob Lokman diberitakan menyertai PAS baru-baru ini, semalam tiga lagi artis iaitu Pengarah filem, Mamat Khalid yang kian popular dengan filem arahannya yang ketujuh, Hantu Kak Limah Balik Rumah menyertai UMNO.

Dua lagi artis yang mengikut jejak langkah Mamat ialah Datuk AC Mizal dan isteri, Datin Emilia Rosnaida.

Ketiga-tiga mereka menyertai UMNO cawangan Ipoh Barat dengan menyerahkan borang keahlian semasa majlis JOM SERTAI UMNO yang berlangsung di Restoran Simpang Tiga, Ipoh malam tadi.

Selain tiga artis tersebut, kira-kira 500 ahli baru turut diterima masuk menyertai UMNO pada majlis itu yang disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamidah Osman yang juga merupakan ADUN Sungai Rapat.

Sebelum ini, Bob yang menyertai PAS kerana risau dengan gejala sosial yang semakin berleluasa dan menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Terdahulu, beberapa artis juga pernah menyertai parti politik antaranya Jins Shamsuddin menyertai UMNO dan Juara Akademi Fantasia 4 (AF4) Faizal, atau nama penuhnya Muhammad Faizal Ramliy yang menyertai Pergerakan Putera Umno dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu.

No comments:

Post a Comment