Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Anne hot FM. Show all posts
Showing posts with label Anne hot FM. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Anne Tinggalkan HOT FM, Ikut Suami Ke Doha Untuk 5 Tahun

anne hot fm

20 Ogos ini adalah hari terakhir Anne atau nama sebenarnya Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli bertugas di HOT FM. Anne akan mengikut dan menemani suaminya, Nik Mahathir Zainuddin ke Doha selama 5 tahun.

Kami sebenarnya cukup kagum dengan Anne yang begitu nekad untuk memakai tudung bermula 12 Julai yang lalu. Tak kecoh apa-apa tup-tup datang ofis bertudung. Dan sebenarnya memang Anne lebih comel dan cute memakai tudung. Beruntung suami Anne dapat isteri yang sebaik ini.

Buat Anne, kami doakan kejayaan anda di Doha kelak. Kami bangga dengan keputusan anda untuk menemani suami anda. Itulah satu keputusan yang tepat bagi kami. Suami adalah nombor 1. Jangan kerana ingin mengejar kerjaya sampai kebajikan suami terlupa. Tahniah kerana membuat satu keputusan yang tepat.

All the best buat Anne dan suami di Doha kelak.

*beautifulnara

Tuesday, May 25, 2010

Anne HotFM nak kahwin 12 Jun 2010

Menghitung hari dan kurang sebulan lagi, penyampai radio Hot FM, Anne atau nama sebenarnya Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli, 29, akan disatukan dengan arjuna hatinya, Nik Mahathir Zainuddin (pereka grafik untuk Al Jazeera yang beroperasi di KLCC), 33 pada 12 Jun depan. Malah ketika ini persiapan saat akhir masih rancak dilakukan. Kalau mahu disingkap terlalu banyak ujian yang harus ditempuhi menjelang hari bahagianya itu. Malah ketika sesi fotografi baju pengantin buat julung kalinya, air mata Anne mula bergenang kala rancak berbicara mengenai persiapan perkahwinannya menjelang 12 Jun ini.

Bayangkan di saat wanita sepertinya sibuk membuat persiapan dibantu ibu tercinta, Anne pula harus menelan hakikat bahawa ibunya, Raja Norhizam Raja Adnan tidak berada di sisi kerana terlebih dulu kembali ke rahmatullah sejak empat tahun lalu akibat penyakit jantung. Hampir semua persiapan perkahwinan dilakukannya sendiri. Akuinya kala bersendirian, dia pernah menangis mengenangkan apa yang harus dilaluinya. Sesekali terbit juga rasa lemah semangat apabila segala kepenatan melunaskan persiapan perlu digalasnya sendiri. -Bharian