Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Bantuan Rakyat 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Rakyat 1Malaysia. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Daftar bantuan RM500 mulai 10 Disember

ABDUL FATAH (tiga dari kanan) bersama keluarganya menonton berita mengenai Bantuan Tunai RM500 di Kota Bharu semalam.

KUALA LUMPUR – Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.


Menurut Ahmad Husni, bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini.

“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara online sekarang.

Kosmo


Semua yang layak akan dapat RM500

IPOH – Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini berjumlah RM2.6 bilion dengan tujuan memastikan kesemua isi rumah yang layak akan menerima manfaat yang dijanjikan menerusi Bajet 2012.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dana RM2.6 bilion itu adalah untuk disalurkan kepada 5.2 juta isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.


“Walaupun pangkalan data kerajaan menunjukkan 5.2 juta atau 79.5 peratus isi rumah negara ini sahaja yang layak, kita mungkin tambah (peruntukan) jika perangkaan sebenar menunjukkan jumlah penerima manfaat adalah lebih ramai,” katanya kepada pemberita di Dewan 1Malaysia Chemor dekat sini semalam.

KAUNTER LHDN di Ayer Keroh, Melaka semalam menjadi tumpuan orang ramai yang mahu mendapatkan borang BR1M.

Ahmad Husni memberitahu, setiap permohonan akan diperiksa oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kelulusan diberi untuk bayaran pada pertengahan bulan depan.

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara online sekarang.

Kosmo


Syarat Mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500

KERATAN Kosmo! 1 Disember 2011.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

“Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara,” kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.

Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.


Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar.

Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara online sekarang.

Kosmo


Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh difotostat

KUALA LUMPUR - Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk mengambil borang di pejabat cawangan yang telah ditetapkan, anda juga boleh memuatturun secara online di sini atau anda juga dibenarkan untuk membuat salinan secara fotostat borang tersebut daripada rakan anda kerana borang yang diedarkan di kaunter juga adalah yang difotostat dan diberikan secara percuma.


Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan di kaunter-kaunter yang telah ditetapkan untuk setiap negeri. Senarai kaunter penyerahan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 adlah seperti berikut:

SENARAI LOKASI KAUNTER CAWANGAN BR1M

BIL
CAWANGAN
1.
Ibu Pejabat
2.
Johor
3.
Kedah
4.
Kelantan
5.
Melaka
6.
Negeri Sembilan
7.
Pahang
8.
Perak
9.
Perlis
10.
Pulau Pinang
11.
Sabah
12.
Sarawak
13.
Selangor
14.
Terengganu
15.
WP Labuan
16.
WP Kuala Lumpur

Kementerian Kewangan Perjelas Pendapatan Kasar Isi Rumah Untuk Mohon BR1M

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Kementerian Kewangan Jumaat menjelaskan pendapatan kasar isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah.

Kementerian itu sebelum ini turut menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian BR1M RM500 merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

Bagi membuat permohonan, katanya ketua isi rumah perlu membawa borang permohonan BR1M, salinan kad pengenalan pemohon dan slip gaji terkini (jika berkenaan).


Bagi tanggungan, mereka perlu menyertakan salinan kad pengenalan sama ada suami, isteri dan anak, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan, katanya.

Borang permohonan BR1M boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai esok bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari www.treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang).

Talian juga akan beroperasi pada 10 Dis dan 11 Dis ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan mengedarkan borang permohonan bantuan tersebut esok bermula jam 9.00 pagi di SMK Aminuddin Baki, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara online sekarang.

– BERNAMA


Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara online

KUALA LUMPUR – Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Download Borang BR1M:

Talian hotline: 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel: belanjawan2012@treasury.gov.my

Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)

Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

Mekanisma BR1M

1. Syarat Permohonan

Syarat Asas:

  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan

2. Dokumen yang diperlukan

Dokumen wajib:

  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKAD / Kad Polis / Kad Tentera
  • Salinan Gaji (jika berkenaan)

*Nota – Penerima bantuan e-Kasih layak menerima bantuan

2. Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah

Kelayakan:
Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga

Definisi ketua isi rumah:
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ini merangkumi individu yang:

  • Berkahwin;
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga Emas sebatang kara

3. Ilustrasi Isi Rumah

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan di kaunter-kaunter yang telah ditetapkan untuk setiap negeri. Senarai kaunter penyerahan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 adlah seperti berikut:

SENARAI LOKASI KAUNTER CAWANGAN BR1M

BIL
CAWANGAN
1.
Ibu Pejabat
2.
Johor
3.
Kedah
4.
Kelantan
5.
Melaka
6.
Negeri Sembilan
7.
Pahang
8.
Perak
9.
Perlis
10.
Pulau Pinang
11.
Sabah
12.
Sarawak
13.
Selangor
14.
Terengganu
15.
WP Labuan
16.
WP Kuala Lumpur

Sunday, December 18, 2011

Senarai Lokasi Penghantaran Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia

Berikut adalah senarai tempat serta lokasi kaunter Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengikut negeri bagi urusan mengambil atau menyerahkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk mendapatkan wang bantuan rakyat sebanyak Rm500. Sila klik pada pautan setiap negeri untuk melihat lokasi penyerahan borang BR1M.


1.
Ibu Pejabat
2.
Johor
3.
Kedah
4.
Kelantan
5.
Melaka
6.
Negeri Sembilan
7.
Pahang
8.
Perak
9.
Perlis
10.
Pulau Pinang
11.
Sabah
12.
Sarawak
13.
Selangor
14.
Terengganu
15.
WP Labuan
16.
WP Kuala Lumpur