Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Farah Lee. Show all posts
Showing posts with label Farah Lee. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Cinta Ally & Farah Lee Segar Dan Misteri-Cover Mingguan Wanita


Cinta Ally & Farah Lee Segar Dan Misteri Cover Mingguan Wanita
Dengan cabaran hubungan jarak jauh, Ally Iskandar Mirdza Mohd Radzi dan Nurfarahin kedua pasangan ini tetap utuh dengan prinsip serta tatacara yang menjadi amalan mereka. “Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, perkahwinan kami sudah masuk bulan yang kelapan. Sebenarnya, memang banyak yang perlu dipelajari memandangkan hubungan kami berlangsung dengan cara yang istimewa.
Sebagai suami, dia bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri. Dialah pelindung, dialah penyelamat, dialah imam, dialah kekasih. Pendek kata, sebaik akad nikah diucapkan, terbeban satu amanah besar di bahunya malah boleh dikatakan tidak semua mampu menggalasnya dengan baik.
Malah proses perkenalan dan ijab kabul pun berlainan daripada yang saya jangkakan. Semuanya diatur keluarga dengan rapi. “Mengenali Farah membuatkan saya cuba mengenal diri sendiri. Kami saling belajar dan memahami antara satu sama lain. Walaupun saya seorang selebriti yang dikenali tetapi saya masih percaya kepada jodoh yang telah ditentukan Allah. Sebenar-benarnya, cinta selepas berkahwin lebih menarik daripada cinta tanpa ikatan. Indah dan penuh cabaran. Seperti saya dan isteri, boleh dikatakan kami jatuh cinta pada pandangan yang pertama,” ujar Ally.
Cinta Ally & Farah Lee Segar Dan Misteri Cover Mingguan Wanita
Romantiknya Tentang menimang cahaya mata, katanya sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk memikirkan perkara tersebut. Maklum sahajalah, isterinya masih lagi belajar di Korea jadi agak sulit untuk membicarakan soal tersebut. “Insya-Allah, hujung tahun ini Farah akan menamatkan pengajiannya dan kembali ke tanah air. Selepas itu barulah kami akan fikirkan tentang anak-anak kerana buat masa sekarang kami masih merancang.
“Kalau boleh biarlah semuanya stabil. Kasihan pula dengan Farah nanti sebab nak uruskan banyak perkara. Apabila berkahwin, banyak hal perlu dikongsi bersama. Tak boleh fikir diri sendiri sahaja. Walaupun saya lebih matang darinya tetapi saya perlu peka akan perasaan Farah,” ujarnya sambil mengimbas detik awal perkenalan selepas perkahwinan. “Di awal per kahwinan dahulu, tidak di – nafi memang banyak perkara lucu berlaku. Iyalah, sama-sama baru nak kenal.
Memandangkan Farah dibesarkan dalam generasi ‘CD’ maka saya perlu belajar mengenai ‘dunianya’, begitu juga dia.
“Dia perlu menyelami dunia ‘kaset’ saya. Walau pun ada ketikanya kami tidak berapa setuju dengan pemakaian atau gaya hidup masing-masing tetapi akhirnya kami perlu akur bahawa ia adalah cita rasa. Bila duduk berbincang dan berbicara mengenainya, kami akan tergelak dan cuba cari jalan yang paling baik untuk selesaikan,” jelasnya sambil membetulkan tudung isteri tercinta.
Cinta Ally & Farah Lee Segar Dan Misteri Cover Mingguan Wanita
Berada di dunia yang glamor seakan memberi satu cabaran buat Farah. Apa tidaknya, Ally adalah seorang selebriti yang cukup popular. Tetapi Farah juga tidak kurang hebatnya. Pengikut dan kawan di blognya membuatkan Farah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan suami yang cukup disayangi. Oleh itu maka tidak hairanlah apabila dia bijak menyesuaikan diri dengan keadaan biarpun perkahwinan masih berada di fasa ‘pengantin baru’.
“Saya tidak bercadang untuk ‘menyerap masuk’ Farah dalam dunia pengacaraan. Sebenarnya tujuan saya membawa dia ikut serta dalam program Singgah Sahur dahulu adalah untuk memperkenalkan dirinya dengan kerjaya saya. Paling tidak, dia mendapat serba sedikit gambaran mengenai dunia penyiaran yang sebenar. Senang cerita, kami perlu bekerja keras untuk lebih mengenali agar perasaan cinta dan sayang yang telah disemai bersemi selama-lamanya.
Cinta Ally & Farah Lee Segar Dan Misteri Cover Mingguan Wanita
“Berkenaan tulisan di blog miliknya, selagi Farah selesa dan seronok dengan apa yang dilakukan maka saya akan sentiasa menyokongnya dari belakang. Cuma kalau boleh saya tak ingin masyarakat terlalu melabel kami sebagai individu yang sempurna sepanjang masa. Kami juga manusia biasa, tidak lepas dari membuat kesilapan. “Disebabkan itu saya acap kali mengingatkannya agar tidak terlalu menunjukkan kita baik kerana bimbang persepsi yang diterima kelak.
Kami selesa dikenali sebagai orang yang sederhana, sama seperti orang lain cuma yang membezakan mungkin kerjaya serta dunia yang kami lalui sekarang. Hakikatnya, manusia sama sahaja, tak kiralah artis atau siapa sahaja,” terangnya yang cukup gembira apabila ada segelintir peminat yang menghargai bakat pengacaraannya sekali gus meletakkan dirinya sebaris dengan ‘otai-otai’ terdahulu seperti Aznil Hj Nawawi.“Benarkah begitu? Tak sangka pula sampai ke situ pengiktirafan mereka.
Secara jujurnya saya rasakan antara saya dan Aznil jaraknya masih terlalu jauh. Dia merupakan salah satu rujukan saya dalam program-program berbaur hiburan. “Oleh itu saya cuba mencontohi dirinya dan menjadi relevan sepanjang masa. Lagipun, dewasa ini generasi pelapis datang bagai gelombang. Ada sahaja bakat-bakat baru yang menyerlah. Oleh sebab itulah saya berpegang pada kata-kata ini bahawa pengacara perlu sedap di mata dan telinga penonton.
“Jadi, dengan cakap-cakap yang begini tidak membuatkan saya selesa dengan apa yang ada sekarang. Walau bagaimanapun, saya cukup berterima kasih dengan sokongan serta komen-komen dari peminat-peminat semua,” jelas pengacara popular Malaysia Hari Ini dengan jawapan yang cukup bernas.

Saturday, March 31, 2012

Sudah Dua Bulan.. Farah Lee & Ally Iskandar Diijabkabulkan

Sungguh bahagia bila kami mendengar cerita cinta dan kasih sayang..daripada Farah Lee, isteri kepada Ally Iskandar.. Kebahagiaan masih umpama seperti baru kahwin.. gurauan umpama seperti malam pertama ..ehehe nie kami jea tambah.. tapi yang lecehnya diorang nie long distant.. satu kat korea satu kat Malaysia.. guna facetime jea.. atau skype nak berhubung..

gambar-farahlee-allyiskandar-berbulan-madu

INDAH .. SEWAKTU BERBULAN MADU KE NIE?

gambar-farahlee-allyiskandar-berbulan-madu

CANTIK BAJU NIKAH FARAH LEE NIE..

alhamdulillah, alhamdulillah. alhamdulillah. Allahuakbar, air mataku berderai. badan menggigil dan seluruh badanku panas (tapi aku cover la kan, banyak camera kotttt uollzz). perasaan ketika itu tidak dapat aku ungkap dengan kata-kata. seperti ada suatu kuasa yang masuk ke dalam diri. mungkin itu cara Allah menyatakan padaku bahawa “engkau bukan lagi hak ibu bapamu. sekarang engkau adalah hak sepenuhnya insan bernama ally iskandar bin mohd mardzi. ketaatanmu adalah kepada dia. redhaKu kepadamu adalah bergantung kepada redhanya kepadamu.”
sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan ‘sudah dua bulan’ atau ‘baru dua bulan’ kadang datang silih berganti. ‘sudah dua bulan’ tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ?.?). ‘baru dua bulan’ tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar.

Friday, January 20, 2012

Exclusive: GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE


*Gambar kredit to ohbulan.com

Ally hadiah rumah

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar,” kata pengacara terkenal TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, yang sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli, 23, dengan dua kali lafaz pada majlis pernikahan mereka di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini, semalam.

Ally yang segak mengenakan persalinan baju Melayu putih kelihatan tenang ketika dinikahkan jurunikah Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin RM250 tepat jam 10.03 pagi.


Seperti pasangan lain, Ally turut mengharapkan perkahwinan dibinanya bersama Nurfarahin, penuntut tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Incheon, Korea Selatan berkekalan hingga akhir hayat.

“Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan isteri. Keayuan wajahnya dan pendirian tegasnya dalam sebarang keputusan dibuat antara sebab saya tertarik dengannya.


“Insya-Allah, saya akan menjaganya dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang,” katanya sambil memaklumkan belum memilih sebarang lokasi berbulan madu.


Menurutnya, dia akan ke Korea Selatan selama enam hari pada awal Mac depan untuk menghantar isterinya yang akan menyambung pengajian tahun akhir di negara berkenaan.

“Ia ibarat bulan madu singkat buat kami di sana sebelum terpaksa berpisah sementara. Nampaknya selepas ini saya perlu mengumpul wang untuk melawat isteri sepanjang berada di sana kelak,” katanya dalam nada bergurau.


Hadir sama pada majlis akad nikah bertemakan merah jambu dan ungu itu adalah keluarga kedua-dua pihak.

Sementara itu, Nurfarahin yang lebih dikenali sebagai Farah Lee dalam kalangan rakannya dan tampak cantik mengenakan gaun putih turut melahirkan rasa syukur kerana doanya untuk mendirikan rumah tangga ketika masih menuntut dimakbulkan.


“Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang bukan saja menyayangi saya dan keluarga, tetapi boleh membimbing saya.


“Sebagai isteri, saya akan cuba menyesuaikan diri dan melakukan yang terbaik untuk memahami pekerjaan suami yang dikenali ramai,” katanya.


Pada majlis itu, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan termasuk bunga rampai, iPhone, kemeja, jubah, sejadah, baju Melayu, senaskhah al-Quran, manisan serta coklat manakala pengantin perempuan pula menerima balasan tujuh dulang hantaran antaranya sirih junjung, telekung, sejadah, sebentuk cincin, mas kahwin, kunci rumah, coklat, manisan, komputer riba jenama Apple dan senaskhah al-Quran.


Bagaimanapun, Nurfarahin tidak menerima wang hantaran daripada pihak lelaki, sebaliknya dihadiahkan sebuah rumah dibeli Ally di Damansara, Kuala Lumpur.


Dianggarkan lebih 500 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir memeriahkan majlis berkenaan dengan wakil keluarga pengantin perempuan mengenakan pakaian sedondon warna kelabu manakala persalinan hijau bagi keluarga pengantin lelaki. Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan di Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal, di sini, 5 Februari depan.