Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label HKR. Show all posts
Showing posts with label HKR. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Approved - use of Stadium Merdeka for Jan 12 rally







 
Pakatan Rakyat’s application to hold its mega-rally at Stadium Merdeka on Saturday has been approved by the management of the venue.

TERKINI: Ini sebabnya HKR 112 dijamin GAMAT...

HKR #112

Aku dapat maklumat dari member aku kt Facebook menyatakan Al- Fadhil Ustaz Azhar Idrus akan hadir pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada sabtu ini. Maka apabila maklumat ini sampai ke blogger-blogger pro kerajaan mereka telah menyatakan bahawa Ustaz Azhar menyokong kalimah Allah digunakan agama Kristian dan bermacam tomahan yang jahat.

Nampak gayanya perhimpunan kali ini akan mencipta sejarah kehadiran Alim Ulama dan kehadiran rakyat dari seluruh pelusuk negara. Dan aku harap setiap yang hadir menjaga kelakuan semasa berhimpun dan memberi kerjasama kepada pihak Polis.

Memandangkan pihak stadium hanya membenarkan 30k saja yang diberi masuk ke stadium pihak penganjur hendaklah menyediakan kelengkapan dan sistem audio diluar stadium dan semua dapat impak dari perhimpunan ini... Wallahualam

07 January 2013 Himpunan Kebangkitan Rakyat - Pengurusan Stadium Merdeka Cabut Lari


KUALA LUMPUR: Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat kecewa terhadap keengganan pihak pengurusan Stadium Merdeka bertemu dengan mereka hari ini.

Kunjungan hari ini sepatutnya bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Stadium Merdeka berkaitan surat permohonan menyewa Stadium Merdeka bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini.


 
 
Sekretariat HKR sudah menhantar surat tersebut pada 26 Disember lalu namun belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak pengurusan meskipun dua kali tindakan susulan diambil pihak sekretariat.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM), Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tindakan pihak pengurusan yang langsung tidak menghantar wakil untuk bertemu mereka sangat tidak profesional.

Sedangkan katanya, kehadiran mereka hari ini sudah dimaklumkan lebih awal.

"Pemuda cuma nak hantar surat mendesak pihak pengurusan Stadium Merdeka mengeluarkan surat kebenaran menggunakan stadium.

"Kami tunggu hampir satu jam tapi tak ada seorang pun wakil pihak pengurusan datang berjumpa kami.

"Ini sikap yang tak baik dan tak profesional dari pengurusan stadium melayan tetamu," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Sementara itu, Setiausaha Angkatan Muda Malaysia (AMK), Julailey Jemadi mempersoal kesukaran pihak pengurusan membenarkan penggunaan stadium sedangkan pihak polis sudah memberi lampu hijau kepada HKR.

"Pihak polis sudah bagi jaminan akan menjaga keselamatan pada hari tersebut jadi kenapa pihak pengurusan stadium masih berlengah-lengah?

"Kami akan terus mendesak pihak pengurusan mengeluarkan surat kebenaran," katanya.

Turut bersama ialah Sekretariat Pakatan Rakyat, Adib Ishar.

Menurutnya, sekretariat Pakatan masih bertekad untuk menggunakan Stadium Merdeka.

"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pilihan pertama kami Stadium Merdeka, pilihan kedua dan ketiga juga Stadium Merdeka," katanya.