Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Harimau Malaya perlu konsisten


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SAFIQ (kanan) menjaringkan gol kedua ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-0 di Stadium Shah Alam kelmarin.


KAPTEN Harimau Malaya, Safiq Rahim menggesa rakan-rakan sepasukannya agar tidak cepat berpuas hati dan mendabik dada selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Singapura pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam kelmarin.

Safiq, 25, mahu kejayaan itu menjadi motivasi untuk berusaha mengekalkan prestasi cemerlang skuad negara agar lebih konsisten.

Mengulas lebih lanjut kemenangan tersebut, pemain Selangor itu menegaskan, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal harus bekerja lebih keras dalam usaha mempertahankan status juara Piala Suzuki AFF pada tahun ini.

"Saya akui kami gembira selepas menewaskan Singapura malam ini (kelmarin) tetapi kami tidak boleh terlalu cepat berpuas hati.

"Jadi, kami perlu melakukan lebih banyak kerja (dari segi latihan dan persiapan) yang mana skuad negara harus konsisten untuk mengekalkan persembahan mantap.

"Saya percaya kami harus bekerja lebih keras dalam usaha untuk mempertahankan status juara Piala Suzuki AFF," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan kelmarin.
Pada aksi menentang skuad kendalian Radojko Avramovich itu, Ahmad Shakir Md Ali membuka jaringan seawal minit ke-18 sebelum Safiq menjaringkan gol kedua pada minit ke-62.

Kemenangan tersebut turut menamatkan rekod tanpa kalah Singapura selama lapan tahun selain menebus kekecewaan pada aksi pertama yang berkesudahan seri 2-2 di Stadium Jalan Besar, Jumaat lalu.
Sementara itu, Shakir selaku penjaring gol pertama skuad negara berkata, dia berazam untuk mengekalkan persembahan cemerlang pada perlawanan akan datang.

Penyerang utama Negeri Sembilan itu menambah, dia sudah bersedia untuk bersaing bagi beraksi bersama skuad utama Harimau Malaya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan dan jurulatih kerana berjuang sehingga tamat perlawanan.
"Kami bermain mengikut arahan jurulatih dan saya tekad untuk memberikan aksi terbaik kerana diberi peluang bermain.

"Setiap pemain berazam untuk beraksi bersama skuad utama dan perkara itu tidak terkecuali buat saya. 
"Justeru, saya akan bekerja dengan lebih keras bagi memastikan persembahan dan penyudah saya akan bertambah lebih baik di masa akan datang," katanya.

Selepas ini, skuad negara bakal menentang dua kelab gergasi England, Arsenal dan Manchester City masing-masing pada 27 dan 30 Julai depan sebagai persiapan terakhir sebelum misi mempertahankan Piala Suzuki AFF selaku tuan rumah bersama Thailand, November nanti.

Harimau Malaya Lawan Manchester City pada 30 Julai






KUALA LUMPUR: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City) akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.

Ketua Pegawai Jenama Komersil Manchester City Ian Cafferky berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Juara-Juara itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini merupakan peluang para peminat pasukan Sky Blues.

Sementara itu, Rajagobal berkata kehadiran pasukan Sky Blues ke negara ini dan mengadakan perlawanan persahabatan merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kerana Malaysia sekali lagi dipilih oleh satu daripada kelab utama Inggeris sebagai sebahagian daripada latihan persediaan pramusim pasukan.

"Ini adalah peluang skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia. Tumpuan kita adalah persiapan Piala AFF Suzuki. Saya nak beri peluang kepada mereka (Harimau Malaya) bermain dengan pemain kegemaran mereka.

"Saya harap skuad negara dapat belajar sesuatu daripada mereka, kita kena fikir secara positif daripada menyatakan perlawanan ini tidak sesuai untuk skuad," kata Rajagobal. 

Tuesday, June 5, 2012

Tan Sri Ghani Tegur Rajagobal, Safee Salie



Prestasi semasa skuad Harimau Malaya yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan sejak menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010, nyata mengecewakan pelbagai pihak, tidak ketinggalan lagenda bolasepak tanah air, Tan Sri Datuk Abdul Ghani Minhat - satu-satunya pemain bolasepak bergelar Tan Sri - yang juga dikenali sebagai Raja Bola.
Ghani berkata keputusan seri menentang Filipina tempoh hari, juga yang kedua menentang pasukan sama tahun ini, tidak boleh diterima dan berharap agar ketua jurulatih, Datuk K.Rajagobal tidak berterusan menjadikan pasukan ini pasukan eksperimen dan memberikan alasan lapuk apabila gagal.
“Ini kelemahan penyudah, eksperimen tu hanya alasan. Kalau eksperimen, u takkan dapat peluang (shots) sampai 15, 16 kali dalam satu game. Tapi Rajagopal cakap dia bangga sebab kita dapat banyak peluang, cuma tak dapat gol dan dia sudah kenalpasti kelemahan itu.
“kalau saya jadi jurulatih saya takkan berbangga dapat 15 peluang, dapat 1 shot 1 gol sudah cukup. Kelemahan apa yang dia kenalpasti? Striker sepak bola semua melambung ke langit, sebagai jurulatih betulkan apa yang tak betul kat situ. Panggil u punya striker, suruh diorang tendang bola 100 kali ke arah gol masa latihan, low shot, ajar teknik yang betul, tajamkan sentuhan penyudah. Kalau kesilapan berulang, maknanya u as coach tak buat kerja dengan betul,” katanya.
Apabila diajukan soalan mengenai kecenderungan Rajagobal yang lebih gemar menurunkan barisan pemain kesayangannya, ini reaksi Ghani,
“Bolasepak ni hiburan, sebagai pemain mereka perlu hiburkan penonton, sebab tu lah peminat datang stadium, nak tengok aksi yang menghiburkan. Bukan nak tengok u test player atau bagi pemain yang u suka main walhal ramai lagi yang layak. Zaman saya dulu ini tak berlaku, pemain tak perform tiada tempat dalam pasukan regardless of your status pemain bintang atau popular..”
Tambah Ghani yang merupakan tonggak kejayaan meraih gelaran hatrik Piala Merdeka pada 1958, 1959 dan 1960 serta pemenang gangsa Sukan Asia pada 1962, Malaysia tidak boleh berterusan bermegah dan riak dengan kemenangan dicapai 2 tahun lalu, kerana baginya kejayaan itu tidak melambangkan kekuatan sebenar Malaysia memandangkan bolasepak negara pernah berada di tahap yang lebih tinggi sebelum ini.  
foto : Bernama
Sambil itu, Ghani turut menegur prestasi penyerang negara, Safee Sali ekoran aksi hambar ditunjukkan pemain Pelita Jaya itu bersama skuad kebangsaan, dan berharap Safee tidak terbawa-bawa dengan statusnya selaku penyerang bernilai jutaan ringgit seterusnya hilang fokus di atas padang.
“Dia penyerang yang baik, tapi mungkin dia sudah merasakan dia lebih bagus, satu tahap di atas pemain-pemain lain. Dia sudah jadi jutawan, ada nama, konsentrasi mula hilang. Dia harus meletakkan diri sama level dengan pemain lain, dan dia juga tidak perlu cepat melatah dengan kritikan, u tak boleh nak puaskan hati semua pihak. If u’re a good striker, buktikan kehebatan atas padang, perform setiap game, kritikan akan bertukar menjadi pujian..”.