Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Konsert Loudspeaker. Show all posts
Showing posts with label Konsert Loudspeaker. Show all posts

Monday, December 26, 2011

Konsert 'Loudspeaker' Tidak Capai Sasaran


Vokal Awie memuka para penonton. Foto ikhsan daripada Budiey SensasiSelebriti.

  • KUALA LUMPUR: Konsert Loudspeaker yang berlangsung malam Ahad di Stadium Merdeka di sini, kurang meraih perhatian umum walaupun ia menampilkan empat penyanyi hebat iaitu kumpulan Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter serta FaizalTahir & Royale FT Force.
  • Menurut wakil penganjur Red Garage Group Sdn Bhd, Dira Abu Zahar, walaupun sambutan yang diberikan penonton tidak mencapai sasaran, namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka.
  • "Saya tidak melihat konsert ini sebagai satu kegagalan sebaliknya satu platform mendidik pencinta muzik dalam menghargai konsert berbayar.
  • "Untuk sukses ke arah itu ia memerlukan masa dan saya percaya jika penganjur berani melakukan seperti apa yang telah kami buat malam ini, kita dapat membantu perkembangan industri muzik tempatan.
  • Ali XPDC
  • Pada konsert tersebut, lebih kurang 3,000 penonton sahaja yang hadir pada malam itu dan difahamkan ia berpunca daripada segi harga tiket yang dikatakan agak mahal iaitu RM77 dan RM222 untuk VIP selain ia berlangsung pada cuti umum.
  • Pemilihan artis yang kurang menekankan golongan 25 tahun ke bawah serta kelompok peminat yang berbeza ideologi juga antara faktor mengapa konsert ini kurang berjaya meskipun persembahan artis bertenaga dengan paduan muzik mantap.
  • Bagaimanapun, tambah Dira, percubaan pertama pihaknya menjayakan konsert berbayar dikira berjaya dan berpuas hati dengan pengurusan produksi yang dilakukan bersama krew-krew lain.
  • "Secara peribadi, saya sangat berpuas hati daripada segi persembahan. Ini bukan pengakhiran sebaliknya permulaan.
  • "Bagi saya, rakyat Malaysia terlalu di manjakan dengan konsert percuma dan kita perlu berubah senario berkenaan," katanya.

Friday, December 23, 2011

Konsert Loudspeaker Gabung Lokomotif Gergasi Negara!

Jika sebelum ini Red Garage group Sdn Bhd signifikan dengan industri permotoran berkuasa tinggi, penerbitan dan juga pengurusan acara, kini syarikat yang diusahakan oleh pelakon popular, Dira Abu Zahar dan abangnya, Muhd Idi Iskandar Abu Zahar bersedia menggegarkan persada muzik tanah air dengan menganjurkan konsert sulung berskala besar, konsert Loudspeaker pada 25 Disemberi ini di Stadium Merdeka.

Mempertaruhkan empat entiti muzik berpaksikkan Rock paling berpengaruh di negara kita iaitu kumpulan Wings, XPDC, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter, konsert yang bakal berlangsung selma tiga jam ini dijangka mampu memanaskan lagi momentum 2011 yang akan melabuhkan tirai beberapa hari saja lagi.

Malah konsert ini juga bakal dilihat sebagai percaturan dan penanda aras baru buat syarikat yang turut memiliki kedai menjual motorsikal berkuasa tinggi, Red Garage Malaysia (beroperasi berdekatan permis KLCC) dan memiliki majalah permotoran, My Chopetz Magazine yang sebelum ini sering bekerjasama sebagai penaja bersama untuk sesebuah acara dan karnival.

Menurut Dira, 27, yang baru saja bergelar isteri kepada pengarah fotografi, Mohd Helmi Mohd Yusof pada 11 November lalu, konsert ini disifatkan sebagai satu batu loncatan buat Red Garage untuk terus mengukuhkan kredibilitinya dalam paksi pengurusan acara sekali gus menjadikan hiburan sebagai tarikan utama.

“Kalau dalam fesyen sekalipun hiburan itu sering menghargai di antara satu sama lain. Jadi kita boleh mewujudkan mekanisme baru pula dengan meletakkan dunia permotoran dan hiburan berjalan seiring. Malah tidak dapat dinafikan hiburan begitu dekat dengan manusia dan masyarakat kita khususnya.

“Meletakkan empat figura ini iaitu Wings, XPDC, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter sendiri boleh dianggap sebagai umpan terbaik untuk menarik peminat masing-masing datang ke konsert ini. Tambah pula kita mengenakan harga yang boleh dianggap berpatutan,” katanya yang memikul tanggung jawab sebagai Pengarah Pengiklanan dan Promosi, Red Garage Group Sdn Bhd.

Serentak dengan mengalu-alukan kedatangan konsert Loudspeaker di negara kita, turut akan diadakan Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2011 pada 23 dan 24 Disember iaitu dua hari sebelum berlangsungnya konsert kemuncak yang dinanti-nantikan ramai itu.

KLBW 2011 mengambil lokasi di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. KLBW menjadi kesinambungan tahun sebelumnya yang dimulakan sejak 2008. Seperti tahun terdahulu, acara yang turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia ini mencipta kejayaannya yang tersendiri.

“Alhamdulillah saban tahun jumlah penyertaan dari penunggang motosikal dan kehadiran orang ramai untuk menyaksikan acara ini sangat menggalakkan. Bayangkan sejak 2008, kita meraih jumlah seramai 8,000 orang dan meningkat tahun lalu seramai 25,000 orang.

“Sesuatu yang cukup membanggakan juga, acara ini juga mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada rakan media, penaja dan stesen TV. Kami amat berterima kasih dan harapnya hal yang sama akan terjalin kali ini.

KLBW dalam erti kata lain juga menjadi ruang untuk mempromosikan dunia permotoran dan sektor pelancongan dalam skala yang lebih meluas,” kata Muhd Idi Iskandar b. Abu Zahar selaku Pengarah Acara Red Garage Group Sdn Bhd.

Tambah Idi lagi, KLBW secara khususnya memberi sasaran kepada semua penunggang dan peminat motosikal berkuasa tinggi dari serata dunia dengan menyaksikan Malaysia mewakili rantau Asia Tenggara mengambil inisiatif meneruskan kelangsungan acara ini.

“Untuk kali ini kami begitu positif meletakkan sasaran seramai 150,000 orang untuk sama-sama menyaksikan KLBW 2011. Untuk acara selama dua hari ini kita akan buka gerai jualan peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS), gerai pameran, pameran seni lukis dan grafiti,pameran motor unik dan persembahan pentas,” kata Idi lagi.

Red Garage Group Sdn Bhd yang beroperasi sejak empat tahun lalu pernah menjayakan kerjasama untuk konsert Double Trouble tahun lalu yang menyaksikan kolaborasi dua otai rock negara, Wings dan Search selain konsert Wings Opera Hidup tahun ini. Syarikat ini beroperasi secara rasmi di alamat Block K-02-09, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur. Layari laman sesawang, www.facebook.com/redgaragemalaysia untuk maklumat lanjut.

Kepada sekalian peminat tegar muzik Rock, inilah masanya anda hilangkan segala stress yang bersarang di minda dengan menyaksikan satu lagi konsert gergasi, ‘Konsert Loudspeaker’ yang berlangsung tinggal empat hari saja lagi. Tiket konsert dijual pada harga yang RM77 dan tiket VIP pula dijual pada harga rm222. untuk info lebih lanjut mengenai pembelian tiket boleh melayari www.tickethotline.com.my atau di talian 03 7725 1177.

Sunday, December 11, 2011

Empat Jentera Disatukan Dalam Konsert "Loudspeaker"

Jenama Red Garage sebelum ini lebih sinonim dengan industri permotoran apatah lagi dikalangan peminat-peminat motorsikal berkuasa tinggi jenama ini selalu disignifikasikan dengan penganjuran acara Kuala Lumpur Bike Week (KLBW). Namun pada tahun ini, mereka membuat kejutan dalam acara yang menjadi ‘branding’ kepada Red Garage dengan menganjurkan konsert ‘Loud Speaker’ dimana membariskan artis-artis yang memperjuangkan muzik rock. Nama-nama hebat seperti Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter dan Faizal Tahir telah dipilih untuk memberikan ‘nafas’ buat ‘Loudspeaker’ yang bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 25 Disember nanti.

“Dengan pengaruh, kuasa dan legasi seni yang diperjuangkan oleh empat entiti seni ini, saya yakin konsert yang akan berdurasi lebih 3 jam ini dijangka mampu memanaskan serta memberikan impak maksima pada tahun 2011 ini” ujar Mohd Idi Iskandar Abu Zahar selaku penganjur pada sidang media yang telah diadakan di Borneo Baruk Club baru-baru ini.

“Jika dilihat pada filosofi Red Garage itu sendiri, sebelum ini kami pernah menganjurkan gigs-gigs, serta beberapa acara yang berskala sederhana, bertitik tolak dari situlah kami ingin cuba sesuatu yang lebih besar dengan penganjuran konsert ‘Loudspeaker’ yang akan diadakan pada 25 Disember ini”.Tambah beliau lagi.

Selain menjual aksesori motorsikal berkuasa tinggi, Red Garage Group juga memiliki majalah permotoran yang dikenali dengan My Chopperz Magazine yang sering bekerjasama sebagai penaja untuk sesebuah acara termasuk karnival yang bakal dilaksanakan kelak. Justeru itu konsert ini merupakan penanda aras buat Red Garage.

Menurut Dira Abu Zahar yang juga adik kepada Idi, “konsert ini disifatkan sebagai batu loncatan buat Red Garage untuk mengukuhkan kredibilitinya dalam paksi pengurusan acara sekaligus menjadikan hiburan sebagai tarikan utama. Jadi tidak hairanlah mengapa kami memilih empat figura ini iaitu XPDC, Wings, Faizal Tahir dan Azlan & The Type Writer sebagai ‘umpan’ untuk menarik peminat masing-masing datang ke konsert itu nanti. Lagipun kita tidak mengenakan harga tiket yang terlalu tinggi malahan ianya dianggap berpatutan” ujar beliau yang bertanggungjawab sebagai Pengarah Pengiklanan dan Promosi, Red Garage Group Sdn Bhd.

Pada tahun ini juga Red Garage sekali lagi akan menganjurkan Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) yang akan diadakan di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan konsert “Loudspeaker”, acara ini akan diadakan pada 23 hingga 24 Disember nanti.

Bagi menyaksikan konsert ‘Loudspeaker’ ini, peminat bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM77.00 atau RM222 (VVIP) dengan melayari www.tickethotline.com.my atau di talian 03-77251177. Sebarang informasi mengenai konsert boleh dibuat dengan melayari www.facebook.com/redgaragemalaysia

Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"
Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker" Sidang Akhbar Konsert "Loudspeaker"