Followers
Search This Blog
JOM LAYAN " OMBAK RINDU".
Wednesday, November 16, 2011
Tony Nafi Bersikap Rasis Mahu Sektor Awam DiKecilkan
Tony mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri membentangkan tawaran bersara awal secara sukarela, justeru kenyataannya tidak harus menimbulkan kontrovesi.
Beliau juga menafi menjadikan perkhidmatan awam sasaran Pakatan Rakyat jika pakatan itu menubuhkan kerajaan semata-mata kerana 90 peratus sektor itu adalah kaum Melayu.
Bagaimanapun Tony tetap bertegas Pakatan Rakyat akan menyahut cabaran untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam jika Berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum ke 13.
"Ia mungkin antara cabaran terbesar yang harus diselesaikan jika Pakatan mengambil alih Putrajaya. Kita tidak boleh memecat semua penjawat awam tetapi kita perlu mengambil langkah-langkah untuk menyusun semula dan mengurangkan(jumlah kakitangan awam) dari masa ke masa", beliau dilaporkan berkata.
Cuepacs minggu lalu meminta Tony supaya tidak menjadikan kakitangan awam sebagai alat politik untuk Pakatan meraih sokongan.
Kesatuan kakitangan awam itu menegaskan saiz sektor awam Negara adalah memadai dan tumpuan sebalikknya harus diberikan untuk meningatkan profesionalisma kakitangan.
Bekas Menteri Datuk Shahrir Samad dan beberapa pihak lagi membidas Tony kerana mensasarkan sektor awam yang sebilangan besar penjawatnya adalah kaum Melayu.
Susulan komen Tony itu, Pas bingkas menjarakkan diri daripada DAP bersabit isu itu. Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan Pakatan akan membuang kakitangan awam, sebaliknya jumlahnya hanya akan “diselaraskan.”
Pensyarah undang-undang Aziz Bari turut dilaporkan menggesa Tony untuk berhati-hati membangkitkan isu berkenaan.
"Beliau telah menimbulkan beberapa hujah yang baik tetapi beliau mesti ingat bahawa majoriti besar perkhidmatan awam yang berjumlah 1.3 juta adalah orang Melayu.
Kira-kira 150,000 adalah anggota tentera dan 100,000 lagi bersama pasukan polis," Aziz dipetik berkata oleh Malaysiakini.
Tuesday, March 22, 2011
Anwar dakwa Najib tahu video lucah
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah yang melibatkan seorang lelaki dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara, semalam.
Bercakap kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, beliau berkata, ini kerana penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.
“Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, pihak atasan polis tahu perkara ini,” dakwanya.
Ini, tambahnya kerana notis telah diberikan kepada pihak media untuk tayangan video berkenaan.
Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, untuk tujuan menghina Anwar, pihak berkenaan boleh melakukan apa sahaja.
Beliau turut mengingatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien supaya jangan menjadikan laporan polis itu untuk menghalang kerjayanya di dalam politik.
“Jangan gunakan laporan polis untuk tutup kerjaya saya dalam politik. Kita teruskan kerjaya kita,” tegasnya.
Turut mengiringi beliau membuat laporan itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, naib Presiden PKR, Tian Chua dan N Surendran, beberapa ahli parlimen PKR, R Sivarasa, M Manikavasagam, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya.
Kenapa dedah video hari Dun Sarawak bubar
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pakatan Rakyat tidak menolak pendedahan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang semalam merupakan konspirasi jahat pihak tertentu untuk kepentingan politik.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ianya memandangkan video itu ditimbulkan pada hari yang sama dengan pembubaran Dun Sarawak.
"Rakaman (video seks) timbul pada hari yang sama dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan menunjukkan ada kepentingan politik tertentu.
"Pakatan Rakyat menggesa rakyat bersatu untuk menolak taktik kotor ini dan menentang usaha pihak tertentu yang menggunakan video lucah untuk menjatuhkan lawan," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen hari ini.
Beliau juga berharap rakyat khususnya umat Islam tidak cepat percaya dengan fitnah sedemikian.
Menganggap rakaman video itu sebagai drama, bahan rakaman seperti yang ditunjukkan kepada media tertentu itu tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang.
"Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu.
"Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya.
"Di mana video itu ditayangkan? Di hotel. Jadi itu hanya drama," katanya.
Sementara itu, Anwar ketika menjawab pertanyaan wartawan samaada beliau akan bersumpah bahawa beliau bukan individu dalam video itu atau tidak,beliau berkata hanya mahkamah yang berhak menentukannya.
"Soal sumpah itu,mahkamah yang tentukan," jawabnya.
Turut bersama pada sidang media itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, Ketua AMK dan beberapa pimpinan lain.
Isa sebagai Pengerusi Felda terus dipertikai
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru terus menjadi pertikaian, apabila ia turut dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Isa dikatakan tidak selayaknya dilantik mengetuai Felda kerana beliau bukanlah individu yang boleh diyakini dan berkelayakan, malahan perlantikannya telah memberikan implikasi yang buruk kepada Felda.
Disebabkan perlantikan Isa, nama baik dan reputasi Felda sebagai organisasi pembangunan tanah yang unggul di tanah air kini telah terjejas dan ia turut memberikan kesan buruk kepada aset organisasi itu sendiri.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika membangkitkan perkara itu, bertanya kepada Perdana Menteri apakah rasional Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda.
"Apakah tindakan kerajaan berikutan kenyataan beberapa penganalisis ekonomi bahawa perlantikan tersebut memberi kesan dan isyarat negatif kepada pasaran?" katanya yang juga Bendahari PAS Pusat pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Soalan tersebut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi telah dijawab oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Ketika menjawab soalan itu, Ahmad bagaimanapun tetap mempertahankan perlantikan Isa sebagai Pengerusi Felda yang baru, walaupun ia jelas menafikan realiti sebenar yang berlaku kepada negara, masyarakat Felda dan pandangan pelbagai pihak terutama penganalisis ekonomi.
Sementara itu, dalam perbahasan sebelum itu, Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok Suh Sim turut membangkitkan persoalan penting mengenai Perlembagaan Persekutuan dan persempadanan kawasan Parlimen.
Beliau antara lain meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan pada tahun ini demi menukar persempadan kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja memindah pengundi ke pusat pengundian yang jauh daripada pusat pengundian asal mereka dan mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dalam siri pilihanraya kecil yang lepas," katanya.
Siapa Datuk T Dalang Video Seks Pemimpin
Siapakah gerangan ‘Datuk T’…?
Satu negara hari ini dok bercakap soal siapa Datuk T… lelaki yang panggil ‘senior editor’ media untuk tunjuk tayangan video seks. Kalau ikut cerita Datuk T, beliau diarahkan oleh ahli politik berkenaan untuk ambil jam tangan di lokasi kejadian, tapi cari punya cari terjumpa CCTV pula.
Jeng, jeng jeng… kalau ikut logik cerita itu, maknanya ‘ahli politik’ dalam video itu kenal dengan Datuk T? Petang Jumaat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi dia ‘individu’ dalam video tersebut.
Media melaporkan, rakaman video itu memaparkan pemimpin berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Menurut Datuk T, salinan rakaman itu akan dihantar kepada ahli politik tersebut dan isterinya seminggu dari hari ini, “bagi menentukan sama ada individu itu adalah …(nama dirahsiakan)”.
“Jika ia benar…. (pasangan itu) mesti berundur dari politik,” katanya dalam kenyataan yang ditandatangani sebagai ‘The Insider’ yang kemudiannya diedarkan kepada wartawan setelah mereka menyaksikan rakaman itu. Jika (pasangan itu) tidak berundur dalam tempoh tujuh hari selepas menerima salinan rakaman, saya akan minta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menubuhkan panel penyiasat dan mendapatkan perkhidmatan pakar forensik bagi mengkaji ketulenan rakaman itu. Seluruh dunia akan tahu dan terpulang kepada mereka untuk menentukannya.”
Menjelaskan bagaimana beliau memperolehi pita itu, Datuk T berkata beliau diminta ahli politik berkenaan pada 21 Februari lalu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mengambil jam Omega miliknya yang tertinggal di sebuah bilik.
Datuk T mendakwa hotel itu menawarkan perkhidmatan seks dan kemudahan spa.
“Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wayar di belakang meja solek.
“Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.
“Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman (ahli politik itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan,” kata Datuk T. – 21/3/2011
Tuesday, March 8, 2011
Politik Punca Melayu Berpecah
KUALA LUMPUR: Politik menjadi antara penyebab orang Melayu di negara ini berpecah hingga menjadikannya semakin lemah walaupun berada di tanah air sendiri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menegaskan kerana politik, orang Melayu kini berpecah kepada tiga, sekali gus menampakkan kelemahan disebabkan tiada sepakat dan boleh menyebabkan terus ketinggalan dengan bangsa lain.
Menurutnya, kerana perebutan kuasa dan jawatan dalam politik juga menyebabkan wujudnya budaya mencantas sesama sendiri hingga tidak dapat berpadu tenaga melonjakkan bangsa.
“Perbezaan ideologi dan bercita-cita besar dalam politik untuk memegang kuasa menjadikan orang Melayu tidak dapat bersepakat untuk memajukan diri, bangsa dan negara.
“Ada orang Melayu kini yang sanggup menggadaikan apa saja yang mereka ada dan rela melihat Melayu berpecah belah hingga menjadi lemah,” katanya.
Selain itu, beliau mengakui orang Melayu ketika ini berada dalam dilema apabila tidak lagi boleh mengetengahkan isu kepentingan Melayu kerana akan didakwa bersikap perkauman.
Menurutnya, pada satu tahap orang Melayu tidak lagi boleh mengatakan negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah bangsa Melayu adalah pendatang.
“Keadaan itu menyebabkan kedudukan orang Melayu ketika ini adalah sama juga seperti pendatang lain,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sunday, November 21, 2010
Nurul Izzah naib presiden PKR paling kanan
| HaHarakahdaily |
|
Monday, November 8, 2010
Zaid Umum Tarik Diri Tanding Timbalan Presiden, Letak Semua Jawatan Parti
PETALING JAYA 8 Nov – Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim pagi tadi mengumumkan keputusan menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 serta melepaskan
semua jawatan dalam parti.
“Saya ingin mengumumkan penarikan diri sebagai calon dalam pertandingan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat serta meletak jawatan daripada semua jawatan yang saya sandang di dalam parti.
“Saya ditawarkan untuk menyertai parti ini atas kepercayaan bahawa saya boleh mempromosi pencerahan politik yang progresif; memupuk dan membangunkan nilai dan budaya politik yang berprinsip yang saya anggap tidak boleh dipisahkan dalam pembangunan demokrasi dan
urus tadbir negara yang baik. Saya tersilap,” kata Zaid dalam blognya yang disiarkan hari ini.
Zaid menyataka kesal dan tidak berouas hati berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan parti walaupun perkara tersebut telah berulang kali di bangkitkan oleh anggota parti.
Beliau bagaimanapun akan terus bersuara mengenai isu yang bersangkutan rakyat.
Source: Suara Keadilan
Monday, September 20, 2010
Tanah KTMB: Mungkinkah rakyat ditipu lagi
KUALA LUMPUR, 21 Sept: “Adakah rakyat Malaysia ditipu lagi menerusi jualan hartanah terbaru milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)?” tanya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Menurutnya, tapak seluas 8 hektar dan bernilai RM400 juta itu terletak di belakang bekas ibupejabat Unilever di Jalan Bangsar dan dijual kepada Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad yang kini dikenali sebagai Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), untuk jumlah yang jauh lebih rendah daripada harga semasa iaitu sebanyak RM50 juta.
Katanya, pelaburan Hartanah Berhad adalah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, sebuah yayasan ditubuhkan pada tahun 2006 dengan modal RM2 bilion, untuk meningkatkan pemilikan hartanah bumiputra.
Tanah itu, ujarnya yang dianggarkan bernilai RM500 per kaki persegi, berkemungkinan digunakan sebagai sumber pendapatan tetap untuk KTMB, selari dengan niat awal tanah tersebut yang sepatutnya digunakan untuk kegunaan sistem kereta api.
Beliau berkata, KTMB juga sepatutnya boleh membangunkan tanah tersebut secara usahasama ataupun menerima pulangan menerusi sewaan tanah yang dapat memberikan pendapatan berterusan bagi KTMB.
“Cara sebegini adalah cara bagaimana perkhidmatan MRT di Hong Kong dan Singapura serta London Underground mempertahankan perkhidmatan kereta api mereka untuk kepentingan awam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mekanisma pulangan sebegini bukan sahaja dapat menyelamatkan prestasi kewangan KTMB yang kini dalam kerugian, tetapi juga berpeluang membantu rakyat menerusi penurunan harga tiket dan penyediakan perkhidmatan yang lebih cekap untuk rakyat.
Namun, tambahnya kerajaan memutuskan supaya tanah KTMB di Jalan Bangsar ini dipindah milik kepada Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.
“Justeru, dapatkah kita andaikan bahawa selepas dibangunkan semula, unit-unit pembangunan akan dijual kepada Bumiputera dengan harga diskaun?” soalnya.
Beliau juga mempersoalkan memandangkan tanah KTMB diperolehi oleh PHB dengan diskaun sebanyak 80%, bagaimanakah ianya dapat dinikmati oleh golongan bumiputera.
“Adakah akan terdapat kawalan bagi memastikan pemilikan Bumiputera semasa penjualan unit-unit pembangunan nanti?”
“Ataupun rakyat terpaksa menelan kekecewaan apabila sekali lagi terpaksa menerima penggunaan tanah kerajaan untuk memperkaya golongan terpilih?” soalnya lagi.
Justeru, beliau benar-benar berharap bahawa penjualan tanah KTMB tidak dimanipulasikan atas nama mempertahankan hak bumiputera.
“Kita tidak mahu dasar hartanah Bumiputera disalahgunakan seperti dalam kes PKFZ,” ujarnya.
Beliau turut memberikan berikut:
1) Orang tertentu yang berkepentingan akan menggunakan syarikat persendirian (seperti dalam PKFZ) atau agensi kerajaan atau badan berkanun untuk mewajarkan pembelian tanah kerajaan pada kadar diskaun yang sangat tinggi. Perbezaan ini dikenali sebagai jurang nilai.
2) Semasa fasa pembangunan hartanah, mereka yang berkepentingan akan mendapat faedah sama ada daripada projek usahasama yang berat sebelah, atau melalui kontrak-kontrak yang dianugerahkan kepada kawan-kawan dan keluarga. Ia pastinya dianugerahkan melalui rundingan terus, atau proses tender yang kabur, dengan kos yang melampau, dan akhirnya sub-kontraktor diberi bayaran sangat rendah, supaya untung kontraktor utama dapat dimaksimumkan.
3) Kos pembangunan yang tinggi melampau itu kemudiannya bolehlah digunakan syarikat yang terlibat untuk mendapat pinjaman kerajaan seperti kes jaminan kerajaan untuk bon-bon persendirian dalam kes PKFZ.
4) Syarikat-syarikat kroni ini kemudiannya akan menjual pula unit-unit yang sudah siap untuk golongan bumiputera pada harga diskaun. Walaupun dengan diskaun, harga-harganya masih dikira tinggi untuk rakyat biasa.
5) Pemilik-pemilik bumiputera ini kemudiannya akan dibenarkan untuk menjual hartanah ini pada harga pasaran sebenar (mungkin juga boleh dipaksakan penjualan kepada agensi kerajaan untuk dijadikan pejabat) dengan untung yang sangat besar setelah dicampur dengan jurang nilai.
6) Untungnya akan mengalir ke tangan-tangan persendirian dan bukannya institusi bumiputera. Ini seperti merompak Ahmad untuk membayar Ali (baba).
7) Jika projek ini berakhir tanpa nilai komersial dan tidak mendatangkan keuntungan, sudah tentu kerajaan akan sedia untuk menyelamatkannya dan menggunakan hujah membela bumiputera, untuk menegakkan benang basah.
“Bentuk manipulasi keuntungan ini juga dikenali sebagai ketirisan ekonomi.
“Sama seperti transaksi tanah KTMB di Tanjung Pagar, Singapura, urusan terbaru ini menimbulkan banyak tanda tanya,” kata Nurul Izzah lagi.
Ini, katanya seperti satu bentuk subsidi tidak langsung yang hanya menguntungkan segelintir rakyat sahaja sedangkan pada masa yang sama, subsidi untuk majoriti sudah ditarik.
“Saya harap saya salah dalam hal ini. Saya akan memantau perkembangan projek ini dengan lebih dekat, kerana rakyat mengharapkan kepada kerajaan yang telus dan bertanggungjawab,” ujarnya.
Oleh itu, dalam sesi parlimen akan datang, beliau akan mencadangkan penubuhan kaukus antara parti untuk pelaksanaan dasar-dasar Bumiputera dengan matlamat mengeluarkan laporan tahunan kepada awam tentang hasil dan penerima faedah dasar-dasar itu.
“Saya harap, rakyat akan menyertai saya dalam menuntut kerajaan bersikap lebih telus dan bertanggungjawab,” katanya.
Monday, August 30, 2010
Khairi Jamaludin - KJ : Jika UMNO sokong Perkasa, saya keluar UMNO!!
Boleh jadi Najib pula berkata.. kalau hang nak keluar, keluarlah Khairy.. senang sikit aku nak buat kerja..
Khairy keluar jika majoriti Umno sokong Perkasa
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi amaran beliau akan meninggalkan parti itu jika majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.Menyangkal tanggapan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad bahawa Umno kini “tenggelam” di sebalik aktiviti Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali, Khairy berkata, bukan setiap ahli parti dominan Barisan Nasional itu menyokong pertubuhan tersebut.
“Jika wujud situasi di mana mereka (ahli Umno) memilih Perkasa berbanding saya, saya akan keluar,” kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau di sini semalam.
Kedua-dua wakil rakyat itu mengambil bahagian dalam Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di sini malam tadi.
Dipetik New Straits Times, Khairy sekali lagi melahirkan pendirian menentang isu-isu yang dibawa oleh Perkasa sejak kebelakangan ini.
Jun lalu kedua-dua Khairy dan Ibrahim terlibat dalam perang kenyataan dengan ketua Perkasa itu mempertikaikan kepimpinan Khairy sambil menegaskan beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.
“Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang ‘asli’.
“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ibrahim.
Ketika itu Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai “ahli politik jaguh kampung” yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Datuk Dr Wee Ka Siong.
Khairy mengetuai Pergerakan Pemuda Umno sejak Mac 2009.
Dalam kenyataan terbaru awal minggu ini, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas menyertai senarai pihak yang menggesa agar mereka yang menyentuh soal kepentingan Bumiputera dan kontrak sosial supaya balik ke negara asal mereka.
Ibrahim berkata “siapa yang tidak menghormati kontrak sosial iaitu Perkara 153 boleh keluar Malaysia, balik negara asal nenek moyang.”
“Jangan hipokrit,” kata Ibrahim yang lazimnnya lantang dalam kenyataan dikirim menerusi khidmat pesanan ringkas.
Dalam pada itu laporan Bernama memetik Khairy berkata, kerajaan mesti bersikap adil dan telus dalam pemberian projek pembangunan bagi menarik minat pelabur swasta.
“Kerajaan perlu membuktikan bahawa peluang mendapatkan projek pembangunan akan diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga serta nilai terbaik kepada kerajaan dan ia perlu dibuat secara terbuka dan telus.
“Sama ada penswastaan pangkalan udara (Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi) atau penswastaan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, kesemua pemberian projek tersebut mesti dibuat secara terbuka dan telus,” katanya.
Sementara itu, Khalid berkata kerajaan perlu melaksanakan sistem ekonomi yang lebih liberal dan telus, bebas daripada campur tangan politik dan amalan kronisme.
“Jika kita masih mengharapkan pelabur asing membelanjakan wang mereka di sini, bagaimana ia boleh dilakukan jika kita tidak tahu siapa yang membangunkan tanah pangkalan udara Sungai Besi atau tapak di mana Penjara Pudu pernah ditempatkan?” katanya.
The Malaysian Insider
Umno terus beri tekanan untuk Taib Undur segera
Ustaz Idris Ahmad
Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa Umno kini terdesak untuk menyingkirkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas kekalahan yang memalukan BN di Sibu baru-baru ini.
Tekanan yang diberikan ini sama seperti usaha yang dilakukan Umno ketika mahu menjatuhkan Mahathir dan Pak Lah yang ketika zaman kejatuhan mereka kedua-duanya dituduh sebagai punca Kekalahan BN dalam pilihanraya Umum 1999 dan 2008.
Tekanan ini begitu jelas kerana sebaik sahaja presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengumumkan kesediaanya untuk berundur, setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan pantas membuat sindiran kepadanya dengan mengatakan;
“Mungkin dia sedar bahawa rakyat di Sarawak inginkan perubahaan. Bagi kami, Sarawak tetap dalam tangan sama ada dia (Abdul Taib) memimpin atau orang lain yang memimpin,”
Pergolakan dalaman BN ini begitu menekan rakyat Sarawak kerana negeri berkenaan adalah satu-satunya negeri yang belum ada cawangan Umno berikutan masyarakat Melayu disana bersatu dibawah parti PBB.
Kewujudan parti PBB membukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti Melayu. Keadaan ini mencabar Umno yang kini sedang mencari negeri baru untuk membina kubu terakhirnya.
PAS melihat, kejatuhan Taib Mahmud akan menjadi perintis kepada pembubaran PBB sama seperti USNO yang lenyap selepas Umno tiba di Sabah.Umno kini bercita-cita untuk menjadikan negeri itu sebagai destinasi terbarunya berikutan trend sokongan rakyat kepada BN di Borneo yang masih lagi memberikan ruang untuk Umno-BN bernafas.
Di Semenanjung Malaysia, telah banyak kubu-kubu BN yang ditawan Pakatan dan bakinya kini sedang bertungkus lumus mempertahankan kemenangan tipis mereka.
Pas yakin, keghairahan Umno yang kini sedang bercita-cita menjadi parti paling dominon dalam BN sedang diperhatikan oleh rakan-rakan komponennya yang begitu kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang kini semakin angkuh selepas mereka menguasai majoriti besar kerusi Parlimen BN pada pilihanraya umum yang lalu.
PAS menasihatkan agar parti-parti komponen BN memikirkan kerelevenan untuk mereka bersama Umno yang kini seolah-olah dilihat sedang menjadi "Maharaja dalam BN". Pas menyeru supaya parti komponen BN dipersilakan untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk kita membentuk satu kehidupan baru.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Taib Dapat Rumah RM21 Juta Di AS Hadiah Kroni Balak
Terbaru, sebuah laman web yang banyak mendedahkan salahlaku, penyelewengan serta amalan rasuah Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sarawakreport.org melaporkan 25 Ogos lalu kediaman berprestij yang dimiliki keluarga beliau di Boylston Avenue, Seattle Amerika Syarikat dikatakan dihadiah oleh syarikat konglomerat dan pembalakan Samling.
Disifatkan sebagai rumah agam 'gred atasan' kediaman tersebut dianggarkan bernilai USD6.8 juta pada 2008 atau bersamaan RM21 juta.
Berkeluasan 9,020 kaki persegi, ia mempunyai 6 bilik tidur dan lima bilik mandi utama, termasuk satu tingkat bawah tanah berkeluasan 2,120 kaki persegi, selain memiliki patio yang luas, gazebo, kolam renang dan gelanggang tennis.
Kediaman itu juga dikatakan memiliki sebuah anjung besar dan terdapat garaj di tingkat bawah tanah untuk simpanan kereta mewah kesayangan keluarga Taib.
Ia dikatakan di kelilingi taman berkeluasan 26,172 kaki persegi atau bersamaan dengan keluasan enam padang bola.
Menurut sarawakreport, rumah agam tersebut dibeli oleh syarikat pelaburan CSY melalui anak syarikatnya, Inc W A Boylston pada 1991.
Pemilikan hartanah itu didakwa telah dipindahkan kepada keluarga Taib beberapa tahun selepas itu dengan harga US$1 (RM3.1).
Transaksi ini dikatakan dilakukan pada 19 September 1991 yang meletakkan pemilikan harta tersebut ke dalam anak syarikat W A Boylston yang ditubuhkan beberapa hari lebih awal iaitu pada 5 September oleh CSY.
Alamat berdaftarnya ialah di 2260 Douglas Boulevard, Roseville, yang juga merupakan ibu pejabat CSY.
Menurut sarawakreport, CSY dan Boylston kemudian segera memfailkan satu surat bersama kepada jabatan hartanah daerah diraja dan cukai eksais bagi mengisytiharkan W A Boylston ialah subsidiari milik penuh Syarikat pelaburan CSY, dan dengan itu menjadikan transaksi itu dikecualikan dari cukai eksais.
Bagaimanapun , siasatan sarawakreport mendapati tiada rekod berikutnya selepas pemindahan pemilikan W A Boylston dari CSY (Samling) kepada Taib.
Menurut peraturan diterbit oleh jabatan hartanah, pemindahan sedemikian lazimnya memerlukan pembayaran beribu dolar cukai eksais. Laporan sarawakreport menyebut, nama CSY dibentuk dari huruf awal Chee S Yaw, presiden syarikat pelaburan tersebut yang merupakan anak kepada Yaw Teck Seng, 62 pengasas Samling Global.
Samling merupakan sebuah syarikat pembalakan yang turut menjalankan aktiviti di luar negara seperti Guyana, Russia dan China.
Teck Seng sering tersenarai antara 40 individu terkaya di Malaysia oleh majalah Forbes dan keluarganya merupakan antara keluarga yang terkaya di Asia.
Awal minggu ini Samling mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila dana pencen kerajaan Norway menarik balik semua pelaburan dalam Samling selepas mengutuk syarikat itu sebagai ’tidak beretika, disebabkan kegiatan pembalakan haram dan pemusnahan alam sekitar yang dilakukan di Sarawak.
Menurut sarawakreport, bukan sesuatu yang rahsia Samling telah membina empayar perniagaannya menerusi konsesi pembalakan di Sarawak. Sepanjang tempoh Taib menjadi ketua menteri, syarikat beroperasi di bawah lesen Taib itu telah memusnahkan hampir kesemua hutan dara berharga di Sarawak, yang kebanyakannya diambil tanpa pampasan dari orang-orang asal yang menerima kesan dari aktiviti pembalakan tersebut.
Thursday, August 19, 2010
Tak boleh selam: Zahid kata Nurul Izzah penderhaka
Beliau mengulas tuduhan Nurul Izzah dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sebagai usang dan terpakai.
Berikutan kenyataan itu, panglima tentera laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilaporkan berkata ketua sel pasukan kapal selam TLDM, kapten Abdul Rahman Ayub, membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat PKR itu di balai polis Hulu Kelang.
Ahmad Zahid berkata, beliau kesal dengan kenyataan palsu berkenaan dan menegaskan seseorang ahli parlimen sepatutnya mempunyai tata etika dan bercakap sesuatu yang benar mengenai negara ketika berada di negara luar.
"Kedudukan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman sudah beberapa kali saya jelaskan di Parlimen, saya sebut kapal selam itu boleh menyelam, kalau tak mana boleh sampai dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar di Sabah,” katanya kepada Berita Harian.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata tindakan TLDM membuat laporan polis amat wajar bagi membersihkan nama baik ATM.
Beliau memberi amaran kepada semua ahli parlimen terutama dari parti pembangkang supaya jangan cuba mempolitikkan isu pertahanan negara yang boleh menganggu-gugat keselamatan negara.
"Walaupun ahli politik mempunyai perbezaan pendapat tetapi janganlah cuba mengeksploitasi perkara yang benar dengan kenyataan berunsur palsu," katanya.
Pendapatan RM4,000 jika Pakatan kuasai Putrajaya
"Cadangan polisi ini akan dikemukakan ke majlis pimpinan Pakatan untuk perbincangan lanjut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.
Sunday, August 8, 2010
PAS dakwa Umno sendiri gagalkan 1Malaysia
Ahli
jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa Najib keseorangan menjuarai kempen itu dan mendakwa malah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertanggungjawab merobekkan 1Malaysia.
“Bersama kumpulan pelampau kanan Melayu, PERKASA, dengan sokongan Muhyiddin, maka jatuhlah (1Malaysia) Najib,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.
“Musuh terbesar Najib adalah Umno. Ada pepatah mengatakan dengan kawan-kawan seperti ini, anda tidak memerlukan musuh.”
Dr Dzulkefly berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib.
Mengulas lanjut, Dr Dzukefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mendakwa pemimpin Umno sendiri yang mensabotaj dasar tersebut.
“Kalau begitu, Najib tidak perlu seteru politik seperti kami…,” katanya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Lo’ Lo’ Ghazali; pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad serta ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Mengupas perkara yang sama, Dr Lo Lo pula mempersoalkan mengapa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersetuju dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa konsep 1Malaysia telah gagal apabila Najib tidak berada dalam negara.
“K
enapa kata ia gagal apabila PM bercuti di luar negara? Adakah timbalan PM hanya berani apabila PM tidak ada dalam negara?” soalnya.
Beliau juga mendakwa seorang pegawai tinggi kerajaan yang pernah ditemui di satu majlis perkahwinan, menyatakan bahawa “Salam 1Malaysia” diucapkan oleh kakitangan kerajaan sebagai satu “protes” terhadap konsep yang diperkenalkan oleh perdana menteri.
Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula, konsep satu Malaysia adalah sesuatu yang sememangnya dimahukan rakyat namun Umno bukan wadah terbaik memperjuangkannya.
Malah katanya, Pakatan Rakyat sudah lama memperjuangkan perkara itu sejak dulu lagi berasaskan perinsip keadilan untuk semua kaum.
;malaysiakini.
Hubungan romantis: Saiful, Farah diheret
Pegu
am utama pihak pembelaan, Karpal Singh berkata permohonan akan dibuat apabila hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan pendakwaan berkenaan.
Tindakan itu diambil berikutan jawapan dalam bentuk afidavit oleh pihak pendakwaan tidak menyentuh berhubung kebimbangan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Farah Azlina dan Mohd Saiful menjalinkan hubungan romantis.
Pada Isnin lalu, Karpal mencabar kedua-dua mereka memfailkan afidavit bagi menjawap tuduhan hubungan berkenaan dan memandangkan tiada yang diberikan. Justeru, Karpal berkata Anwar mengandaikan apa yang diperkatakan mengenai hubungan itu adalah betul.
“Saya terkejut tidak ada afidavit daripada kedua-dua mereka…Malah, Peguam Negara sepatutnya mengarahkan Farah dan Saiful untuk mengemukakan afidavit masing-masing,” kata Karpal.
Hubungan romantis itu dijangka memberi kesan ke atas perbicaraan yang berlangsung kerana ada kemungkinan ia mencabuli Akta Rahsia Rasmi 1972, kerana Saiful yang mempunyai hubungan dengan Farah mempunyai akses kepada dokumen pendakwaan.
Perkara itu kini di bawah siasatan polis setelah laporan dibuat oleh Anwar.
Pada Rabu lalu, pihak pendakwaan memfailkan dua afidavit dalam bentuk jawapan oleh timbalan pendakwa raya Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira – yang menafikan Farah dan Saiful mempunyai akses kepada dokumen penting seperti kenyataan saksi dan laporannya.
Saturday, July 17, 2010
Anwar Ibrahim : 'Penjimatan' Gula Hampir Sama Bayaran APCO
"Sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
M
"Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.
"Pengumuman ini membuktikan perdana menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.
Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh perdana menteri dalam satu kenyataan malam tadi, yang menurutnya merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.
Mulai hari ini, petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.
Menurut Anwar, kerajaan persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.
"Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.
"Kenaikan harga gula sebanyak 28 peratus ejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan," tambahnya.
Malah, tegas Anwar, sasaran penjimatan RM750 juta yang diumumkan pejabat perdana menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian BN.
"Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.
"Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tambahnya.
Pun begitu, katanya, beliau tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75 peratus di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.
"Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.
"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," tegas Anwar lagi.
Sebelum ini pun, tambahnya, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas.
Bagaimanapun, tegas Anwar, tindakan itu sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.
"Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8 peratus berbanding 3.2 peratus bagi tahun sebelum itu.
"Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku," tegasnya.
Perdana menteri, tegasnya, tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.
Berikutan itu, Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh perdana menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:
1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;
2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;
3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting;
4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.
"Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan perdana menteri jika benar BN ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.
"Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni," tegas Anwar.
DI TENGAH MALAM NAJIB BUAT KERJA INI
WFauzdin NS
DI TENGAH malam dalam diam Najib buat kerja. Seluruh Malaysia dikejutkan dengan pengumuman PM yang selama ini orang-orang Umno percaya beliau mendahulukan rakyat. Tetapi disaat kita sedang memasang mimpi indah, Najib mengumumkan satu berita yang mungkin menjadi penyebab kejatuhan beliau. Malaysiakini melaporkan berita dengan tajuk `5 Dalam 1, Harga Petrol, Diesel, Gula dan Gas Naik'
Harga baru yang diumumkan oleh PM kesayangan Umno ini adalah seperti berikut:
Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Rakyat didahulukan. Jadi, tidak sukar untuk kita memahami mengapa semenjak seminggu dua ini pemimpin-pemimpin Umno dan media-media pencacai mereka begitu menghentam pemimpin Pembangkang terutamanya DS Anwar. Kununnya minta maaf dengan Zionis Israel, alat kepada CIA Amerika dan berbagai lagi. PAS juga turut dilabelkan sebagai parti ajaran sesat. Isu kecurian pasir di Selangor dijadikan satu isu seolah-olah boleh membuatkan seluruh rakyat Malaysia kebuluran dengan hanya memakan pasir. Umno Selangor jadi bebal sehingga lupa kecurian pasir di Selangor telah berakar umbi semenjak 30 tahun lalu dan ketika itu Umno mentadbir negeri tersebut. MB Selangor Tan Sri Khalid kini melakukan berbagai usaha untuk mencuci `najis-najis' yang Umno tinggalkan itu. Rakyat didahulukan.
Patut pun dari semalam saya yang tinggal di Kuantan tercari-cari gula di merata kedai dan market namun hampa. Rupa-rupanya mereka telah `terbau' akan pengumuman menarik dari Najib. Di sebalik kita diperlihatkan salah seorang manusia terkaya di Asia adalah Raja Gula, Najib mengumumkan kenaikan harga gula. Tepat dengan waktunya, tidak lama lagi kita akan menyambut puasa dan hari raya. Kenaikan harga gula, petrol, diesel dan gas yang diumumkan malam tadi amat baik untuk rakyat bagi menyambut Ramadhan dan Syawal. Rakyat didahulukan.
Pengangkutan untuk menghantar gula dan gas pasti menggunakan petrol atau diesel. Petrol dan diesel naik, gula dan gas naik, maka kita boleh jangkakan harga barang-barang keperluan selepas ini. Inilah kebijaksanaan PM kita yang amat disayangi oleh orang-orang Melayu Umno sekarang. Saya tidak percaya jika Apco yang mengatur semua ini, dan jika ada yang percaya saya tidak pula membantah.
Tahniah buat Najib dan kabinet `Rakyat Didahulukan'. Syabas kepada kerajaan `1 Malaysia'. Inilah berita atau bonus terbaik menyambut Ramadhan dan Syawal buat seluruh rakyat Malaysia. Mungkin orang-orang Felda yang baru-baru ini tersengeh lebar setelah mendapat bonus, akan bertambah lebar ke telinga sengihnya dengan pengumuman Najib. Rakyat didahulukan.
* Artikel dari wfauzdin.blogspot.com
Thursday, June 17, 2010
GEMPAR - Anwar Ibrahim Akan Membuktikan Kaitan APCO dan 1 Malaysia Di Parlimen Hari Ini!!!
Sebelum ini Anwar Brahim telah gagal menjelaskan dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia ditiru daripada “One Israel” yang dikaitkan dengan APCO Worldwide sebagaimana yang di sebarkan oleh Anwar dan pengikutnya bagi menghasut rakyat dengan Fitnah ini.
Apa yang Gomo nak sentuh di sini adalah sikap dan keberanian Anwar dalam memberikan Bukti dan Keterangan yang sahih bagi membela dirinya dalam isu APCO yang di kaitkan dengan 1 Malaysia ini dan juga rujukan isu isu terdahulu yang boleh kita semua lihat akan tahap Keberanian Anwar Brahim ini.
Jika kita masih ingat Kenyataan Anwar Brahim semasa mengeluarkan kenyataan dalam kes Pembunuhan Altantuya yang mana telah di kaitkan oleh Anwar dengan D.S.Najib TPM waktu itu. Anwar mewar warkan kepada seluruh rakyat bahawa D.S.Najib terlibat dan Anwar juga mengakui kepada seluruh rakyat dunia bahawa dia mempunyai BUKTI penglibatan D.S.Najib dalam kes pembunuhan Altantuya.
Rakyat hampir percaya dengan apa yang Anwar nyatakan malah Bapa Altantuya berulang ulang kali berjumpa dengan Anwar Ibrahim di pejabatnya bagi melihat sendiri bukti yang Anwar nytakan di simpan olehnya Dan Anwar seperti biasa apabila dengan watak pelakon hebat yang ada pada dirinya maka Anwar menyatakan kepada seluruh Dunia dan kepada bapa Altantuya itu sendiri dengan ayat manis:
"Tunggu! Kita akan dedahkan sedikit masa lagi!"
Tunggu punya tunggu pun tak timbul timbul Bukti yang di katakan oleh Anwar yang dia menyimpannya. Malah D.S.Najib yang semasa menjadi TPM di katakan terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya juga telah menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pun Anwar tak mendedahkan bukti yang ada bagi menghalang D.S.Najib menjadi Perdana Menteri.
2 orang Tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah pun di jatuhi hukuman Gantung Sampai mati. Pun Anwar masih gagal memberikan bukti kepada rakyat bahawa D.S.Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya itu. Kalau benar Anwar punya bukti sepatutnya Anwar mendedahkan bagi menyelamatkan mereka yang tidak bersalah ke tali gantung mahupun mengheret dalang nya sekali. Tapi Anwar GAGAL memberikan bukti kepada seluruh dunia.
Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mana orang yang telah menjaja cerita ini ke sana sini atas perintah Anwar Brahim juga telah melarikan diri ke luar negara setelah di minta Mahkamah untuk mendedahkan bukti yang ada. Tak cukup dengan D.S.Najib di kaitkan dengan pembunuhan Altantuya maka D.S.Rosmah isteri PM pula yang di kaitkan dan terlibat dengan kes Pembunuhan Altantuya.
Dan ianya seperti seperti biasa apabila tiada sebarang bukti di keluarkan oleh Anwar mahupun mana mana pemimpin Pakatan Pembangkang dalam membuktikan serta mendedahkan yang D.S.Najib terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya.
Sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih belum menjelaskan serta mendedahkan sebarang bukti yang di katakan di simpan olehnya berkaitan kes pembunuhan Altantuya. Bukti yang di katakan oleh nya dengan ayat HIKMAT:
"Tunggu! Kita akan dedahkan sedikit masa lagi."
juga tidak memberikan Fakta serta kebenaran dalam menyakinkan rakyat.
Apa yang boleh kita semua rumuskan di sini adalah sikap Anwar Brahim yang sememangnyaakan lari dari tanggungjawap yang di pikul. Malah Anwar Ibrahim pastinya akan cuba menanguhkan sebarang isu yang mana melibatkan dirinya kerana pada diri Anwar hanya kata kata hikmat nya yang menjadi pegangan.
" Tunggu! Kita Akan Dedahkan Sedikit Masa Lagi."
