Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

17 Perkahwinan Selebriti Malaysia Yang Paling Glamour Sepanjang Tahun 2011

Semenjak kita keluarkan entri 7 fesyen terbaik selebriti wanita dan 7 fesyen terhancur selebriti wanita sepanjang tahun 2011, ramai yang menghantar email mahukan kita buat entri perkahwinan pulak. Almaklumlah, tahun 2011 ramai selebriti-selebriti lelaki dan wanita yang menamatkan zaman bujang dan dara masing-masing. Oleh itu, terimalah 7 perkahwinan selebriti Malaysia yang paling glamour sepanjang tahun 2011.

1. Nurul Syuhada dan Raja Amir – wanita idaman jejaka satu Malaysia akhirnya telah selamat bergelar isteri kepada Raja Amir sekitar bulan Julai 2011. Wajah kedua-dua pasangan pengantin ini memang seiras. Semoga jodoh dipanjangkan sehingga ke akhir usia.

kahwin selebriti

2. Ayu Raudhah dan Zaquanramai wanita yang patah hati apabila si kacak Zaquan berkahwin dengan Ayu Raudhah. Namun tak dapat dinafikan lagi pasangan ini memang secocok sungguh. Tak gitu?

kahwin selebriti

3. Tomok dan Ayubercinta hampir 8 tahun, akhirnya Ayu sah menjadi isteri Tomok. Kini Ayu dikhabarkan sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Kita doakan agar kebahagiaan rumah tangga Tomok dan Ayu semakin erat dengan kehadiran insan baru kelak.

kahwin selebriti

4. Noh Hujan dan Mizz Ninasalah satu perkahwinan yang membabitkan 2 insan seni di Malaysia. Semoga perkahwinan ini berkekalan forever and ever.

mizz nina noh hujan

5. Nabil Raja Lawak dan Ziraselepas pelbagai kontroversi membabitkan wanita di tahun 2010, Nabil mengambil keputusan untuk menyunting Zira sebagai isterinya. Majlis resepsi yang dijalankan di ICT memang tersangat meriah.

kahwin selebriti

6. Shuib Sepah dan Siti Sarah - percintaan yang dirahsiakan daripada pihak media akhirnya menjadi kenyatan apabila disahkan melalui pernikahan. Kini sudah pun bergelar ayah dan ibu, Kita doakan kebahagiaan anda berkekalan selamanya.

shuib

7. Chef Riz dan Ana Dahliakalau dah jodoh tak ke mana. Walaupun Ana Dahlia sudah gagal sebanyak 2 kali dalam perkahwinan , Chef Riz tetap memilih Ana Dahlia sebagai isterinya. Ternyata suatu pilihan yang tepat dengan kecantikan wajah Ana Dahlia memukau para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.

ana dahlia

8. Ashraf Muslim dan Dayana - memilih 1 Syawal sebagai tarikh bersejarah pernikahan mereka, ramai wanita-wanita di luar sana yang kecewa kerana tidak dapat menjadi surirumah kepada Ashraf Muslim. Kini Ashraf Muslim dilihat lebih menghabiskan masa dengan menjalankan perubatan Islamik yang dimiliki oleh ayah Dayana.

ashraf muslim

9. Zahiril Adzim dan Shera Ayob - memang sama cantik dan sama padan sungguh pasangan mempelai ini. Tak gitu?

kahwin selebriti

10. Dira Abu Zahar dan Helmimemilih Helmi untuk menamatkan zaman jandanya, Dira kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta. Majlis resepsi yang dijalankan pun lain daripada yang lain apabila menggunakan motosikal berkuasa besar

dira abu zahar

11. Eira Syazira dan Azadkemelut percintaan yang membabitkan Azad dan Faezah Elai tidak langsung membantutkan kemeriah majlis perkahwinannya dengan si manis Eira Syazira. Siap buat style anak mami lagi.

eira

12. Faezah Elai dan Heykal Hanafiah – penafian Faezah Elai tentang dirinya yang menjadi punca penceraian kepada perkahwinan Heykal Hanafiah sebelum ini tidak langsung menghilangkan kemeriahan perkahwinan merpati dua sejoli ini.

faezah elai

13. Farah AF2 dan Johanpengantin perempuan memang nampak sangat manis menawan dengn busana pengantinnya. Pengantin lelaki tidak kurang machonya. Kesimpulannya kedua-duanya memang sama cantik sama padan.

farah

14. Yasmin Hani dan Sha’arin - akhirnya pengacara program Wachaa, Yasmin Hani telah selamat menjadi isteri kepada bekas suami Ida Nerina, Sha’arin. Kedua-dua pengantin nampak sangat putih berseri di hari bahagia mereka.

kahwin selebriti

15. Marion Caunter dan SM Nasarudinsalah seorang pemilik Naza ini akhirnya sah menjadi suami kepada Marion Caunter. Marion Caunter yang memeluk Islam telah pun memilih nama Marion Rose Caunter Abdullah.

marion caunter

16. Michelle Melodi dan Deqwan - akhirnya si comel Michelle yang sering menerjah para artis di rancangan Melodi telah pun selamat bergelar isteri kepada Deqwan. Michelle telah memilih nama Islam Dalili Michelle Abdullah Wee.

kahwin selebriti

17. Memey Suhaiza dan Norman Hakimdigelar “wedding of the year” oleh sesetengah pihak, perkahwinan yang ditunggu sekian lama oleh mereka yang mengikuti perkembangan kekasih ini akhirnya menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan gaun Vera Wang dan sponsorship daripada Rafflesia, perkahwinan mereka berdua sememangnya gah tak ingat.

kahwin selebriti

Sekian 17 perkahwinan selebriti Malaysia yang Kita rasa paling glamour sepanjang tahun 2011. Untuk makluman, senarai dibuat tanpa turutan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan mereka dan perkahwinan kita sama-sama kekal abadi sehingga ke syurga.

*beautifulnara.com

Saturday, July 17, 2010

Mengenal Selaput Dara

Artikel ini berklasifikasi 18SX.


APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.


ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.



APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.



APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan seksual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.



APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan seksual buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan seksual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan seks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.


Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

Sumber : rahsiaperkahwinan.com

Rahsia Malam Pertama

MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.

Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.

Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.

Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.

Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.

Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.

Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.

Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.

Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.

Sumber : syokkahwin.com

Tips Elak Suami Atau Isteri Dari Curang


Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

1) Selalu Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

2) Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.

3) Persamaan

Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatn yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

4) Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5) Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6) Mencari Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

7) Menghargai Pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

8) Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.
Sumber : intim.wordpress.com

Hubungan Intim-Pagi, Petang Atau Malam?


Bila bercakap tentang waktu untuk hubungan intim, rata-ratanya ramai memilih malam hari. Tapi sedarkah anda bahawa seks sebenarnya tidak semestinya dilakukan dlm waktu bulan menjelma. Anda masih punya pilihan lain iaitu pagi dan petang. Namun menurut pengkaji sememangnya terdapat perbezaan antara hubungan intim yang dilakukan dl waktu pagi, petang dan malam.. Berikut adalah kelebihan dan kekurangannya, telitikan dan pilihannya terserah pada anda.

Waktu Tengahari
Waktu siang selalunya dikatakan waktu untuk berehat sebentar setelah melakukan kerja dari pagi hingga tengah hari. Pada waktu ini biasanya orang akan merasa bebas dari beban kerja, sehingga tidak ada faktor yang akan menghalang fungsi seksual. Tapi selalunya suasana tengah hari yang terang benderang dan panas merupakan suasana yang tidak selesa dalam mem-berikan rangsangan seksual. Selain itu rasa kepenatan yang dirasai setelah ejakulasi biasanya menimbulkan rasa ngan-tuk, dan boleh menjadi gangguan untuk anda menerus-kan pekerjaan.

Waktu Malam
Suasana hening, redup dan tenang, teru-tama kalau anda tinggal jauh dari kota memberi-kan ketenangan sekali gus rangsangan seksual. Biasanya mereka yang sudah terlepas dari beban aktiviti harian akan mudah merasai ghairah seksual. Di samping itu orgasma dan kepuasan seksual umumnya menimbulkan sensasi dan hormon adrenaline yang membuat ngantuk setelah bersama akan membuatkan anda mampu tidur dengan nyenyak.


Waktu Pagi
Pada waktu pagi, tubuh dan fikiran masih segar setelah tidur nyenyak semalam. Tentu saja kesegaran ini akan mendorong anda untuk melakukan hubungan seksual yang lebih memuaskan.Di waktu pagi atau menjelang pagi, golongan lelaki khususnya sering kali masih menyimpan sisa ereksi spontan yang berlaku ketika tidur pada malam hari. Ereksi spontan itu kerap kali menjadi rangsangan yang lebih membangkitkan dorongan seksual golongan ini. Selain itu hubungan yang dilakukan pada pagi hari akan berjalan dengan lancar dan lebih mengghairahkan kerana kedua belah pihak masih dalam keadaan segar. Bagaimanapun, perkara sebaliknya juga harus difikirkan, suasana pagi selalu dikaitkan dengan persiapan kerja dan memulakan kerja. Waktu ini sering menimbulkan rasa tidak tenang dan tergesa-gesa Jningga akan menghalang fungsi seksual, malah jika berlangsung ^pun ia tidak akan memuaskan. Apatah lagi setelah orgasma, kerap kali rasa mengan-tuk dan lelah akan dirasai. Sudah tentu dengan keadaan ini menyebabkan anda tidak dapat memberi tumpuan pada kerja. Lebih buruk lagi anda mungkin terus menjadi malas untuk pergi bekerja, atau terlambat masuk kerja. Namun sebenarnya sekiranya anda mampu benar-benar berfikir tentang kebaikan melakukan seks di pagi hari, maka badan dan fikiran anda akan terasa lebih segar dari biasanya. Semuanya kerana anda telah memulai hari baru dengan sesuatu yang menyeronokkan. Namun ada juga pasangan yang merasai perkara sebaliknya. Setelah penat bekerja di waktu siang ada yang merasai keletihan di malam hari. Keletihan ini menjadi penghalang fungsi seksual anda sehingga aktiviti seks tidak berjalan lancar dan memuaskan. Bila perkara ini terjadi, anda akan berhada-pan dengan gejala psikosomatik yang antara lain menyebabkan kesukaran tidur. Kesulitan tidur akan mengganggu aktiviti fizikal dan mental anda untuk melanjutkan aktiviti keesokan hari-nya. Mana satu pilihan anda? Pagi, petang atau malam? Tapi sebelum memilih, ada baiknya anda meminta persetujuan daripada pasangan anda. Variasi melakukan hubungan seksual pada waktu yang berbeza-beza sebenarnya akan memberikan sensasi erotik yang lebih memuaskan berbanding anda melakukannya pada waktu yang sama saja.

Peranan Suami Ketika Isteri Hamil

[A829D2CFCFB848B8963A8D33BE62042A.jpg]
Apabila ditanya kepada golongan lelaki tentang peranan mereka bila mendapati isteri yang disayangi hamil, rata-rata mengakui tahu tentang peranan yang harus dipikul.

Namun hakikatnya, tidak ramai lelaki yang benar-benar faham akan peranan mereka. Ini kerana emosi atau 'mood' wanita hamil selalunya lebih sensitif dan mereka sangat memerlukan perhatian daripada suami.

Di sini diperturunkan beberapa tip buat lelaki muda yang akan atau bakal berdepan dengan situasi di mana isteri berbadan dua. Diharapkan dengan panduan ini, golongan lelaki lebih tahu tentang peranan serta cara menghadapi karenah isteri yang pastinya pelbagai hingga mampu mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami.

1. Kongsi maklumat kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah.

Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.

Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri.

Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.

Sekiranya anda mampu melakukannya, tidak mustahil sikap anda yang pada mulanya kurang sabar dengan karenah isteri akan berubah menjadi lebih memahami dan empati. Sikap anda yang prihatin, pastinya akan menambahkan rasa cinta isteri terhadap anda.

2. Jaga pemakanan isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya.

Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya. Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya.

Anda juga jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk membelikan makanan berkhasiat untuk isteri. Tidak hanya soal pemakanan, isteri juga memerlukan masa rehat yang mencukupi agar pembesaran janin tidak terganggu.

Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.

3. Hindari stres
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah.

Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.

Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil.

Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.

4. Temani berjumpa doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai.

Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.

Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan.

Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.

Sumber:gua.com.my