Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Ustaz Azhar Idrus jadi calon PAS?

“Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang,” kata Ustaz Azhar Idrus.“Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati,” katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.

Lebih mengejutkan, Az­har kemudian memberitahu: “Saya bukan ahli Pas.”

“Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli Pas. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik,” tegasnya.

Penulis pojok, Cik Kiah Kepok menerusi ruangan ‘Cuit-cuit Sikek’ Sinar Harian 12 Januari lalu mengaitkan Azhar disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang.

Antara lain kata penulis itu, nama pendakwah yang mempunyai ratusan ribu peminat di seluruh negara itu turut hangat diperkatakan di kawasan Ladang, tempat asal Azhar sendiri.

Sosok yang cukup dikenali dengan imej berjanggut lebat itu antara penceramah agama masa kini yang paling popular di negara ini terutama sejak berpuluh-puluh video klip kuliahnya dimuat turun menerusi laman Youtube.

Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja dakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada ma­na-mana kelompok politik termasuk Pas meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran Pas.

“Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah Pas atau siapa. Umno pula kurang jemput saya ceramah,” katanya dengan nada bersahaja ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Wan Esah, Seberang Baroh, di sini.

Dalam pada itu, Azhar turut menyuarakan rasa kecewannya apabila ada pihak tertentu termasuk parti politik yang menyalahgunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke majlis mereka.

“Bukan Pas saja guna strategi seperti itu, parti pemerintah pun ada juga buat majlis yang saya tidak hadir tetapi disebut akan hadir. Memang ada yang hantar surat minta saya hadir tetapi belum sempat saya jawab, mereka sudah buat kain rentang tulis nama saya. Itu yang banyak berlaku sekarang,” katanya.

sumber: Mynewshub

Thursday, January 26, 2012

Zizan RL Tolak Tawaran Kerja RM18,000 Untuk Bersama Ustaz Azhar Idrus

Sekali lagi kami bawakan kepada anda kisah slowpoke yang ramai sudah pun tahu. Ini kisah baik yang harus di’kongsi bersama.

Al-kisahnya, penampilan Zizan Raja Lawak dalam majlis agama bersama Ustaz Azhar Idrus pada malam ambang tahun baru 2012 lalu masih menjadi perbualan dan ada kisah menarik di’sebaliknya.

Menurut laporan beberapa blog politik tempatan, Zizan Raja Lawak telah menolak tawaran menjadi juruacara sebuah majlis sambutan tahun baru 2012 pada malam yang sama dengan program bersama Ustaz Azhar Idrus.

Khabar’nya pihak penganjur malam sambutan tahun baru 2012 menawarkan RM18,000 untuk Zizan Raja Lawak tetapi menolak tawaran tersebut untuk bersama Ustaz Azhar Idrus — dan tidak mengharapkan bayaran.

Penganjur Program Soal Jawab UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam tetap menawarkan Zizan Raja Lawak RM1,000 dek kerana majlis malam itu berjaya menarik lebih 80,000 hadirin dan mahu atau tidak, Zizan Raja Lawak tetap menerima bayaran tersebut.

Saturday, January 7, 2012

Ustaz Azhar Idrus Ejen Iblis, Yahudi Kerana Bermain Gitar?

Ustaz Azhar Idrus Ejen Iblis, Yahudi Kerana Bermain Gitar?

Rasanya ramai dah tahu yang pendakwah dan penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini telah menunjukkan bakat dalam bidang muzik dengan bermain gitar dalam program Jom Santai Bersama GeMS di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada malam tahun baru tempoh hari.

Program sempena sambutan tahun baru 2012 anjuran kerajaan Negeri itu menggabungkan Azhar, yang pernah menjadi guru muzik, bersama pelakun, pelawak dan pengacara terkenal, Zizan dalam sesi itu.

Khabarnya berpuluh ribu orang telah hadir menyaksikan persembahan tersebut.

Namun rupa-rupanya tindakan Ustaz Azhar bermain gitar telah menyebabkan beliau dihentam teruk dalam internet, kononnya perbuatan tersebut haram dan beliau sebenarnya ejen Yahudi.

Penulis memandang berat tuduhan sebegitu kerana ia dibuat tanpa disertakan nas serta hujah yang meyakinkan.

Mungkin benar ada pendapat Ustaz Azhar yang mungkin tidak selari dengan pandangan sesetengah pihak namun untuk terus menganggapnya ejen Yahudi sebagai contoh, adalah satu tuduhan yang melampau.

Benar, Ustaz Azhar bukan lulusan Al-Azhar, bukan mempunyai sijil agama yang berlambak-lambak, namun yang pasti beliau mempunyai ilmu yang tinggi berkat kesungguhannya menuntut ilmu agama dengan tok-tok guru dan ulama yang terkenal

Kalau betul beliau salah, kalau betul beliau sesat, sudah tentu dah lama beliau disenaraihitamkan oleh jabatan agama, sudah tentu beliau dilarang menyampaikan kuliahnya di merata-rata tempat di seluruh negara.

Berbalik kepada isu bermain gitar ini, seperti yang kita sedia maklum, Ustaz Azhar menggunakan medium baru bagi berdakwah untuk menarik golongan muda mendekati Islam.

Di sebalik dia main gitar ada nasihat yang disampaikan.

Inikan lebih baik daripada menyambut tahun baru dengan konsert hiburan, menari, dan lain-lain yang boleh melalaikan kita.

Hasilnya lebih 80 ribu orang yang hadir ke Dataran Shah Alam dan 88% daripadanya adalah golongan muda.

Menurut faham muzik Islami, muzik bukan sahaja suatu sains tapi juga seni; seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa, dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci.

Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya’nya bahawa muzik (sama’) mampu mendatang keasyikan rabbani, melaluinya tercapai hakikat. Beliau cuba menjelaskannya dengan kata-kata berikut:

“Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi…Tiada jalan lain mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga…kerana sebaik sahaja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa sahaja yang menguasainya.”

Rasulullah dikhabarkan amat menyukai suara merdu Abu Musa al-Ash’ari dan telah berkata: “Kamu telah dikurniakan salah satu dari seruling Nabi Daud.”

Seperti yang diketahui umum, Nabi Daud memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan sahaja manusia bahkan haiwan sekalipun apabila baginda menyanyi.

Ini bermakna bahawa Rasulullah mengetahui nilai dan menghargai bunyi-bunyian yang indah, yang tidak lain dari muzik.

Dari sudut sejarah, kaum Muslimin mula membina falsafah muzik sekitar kurun ketiga Hijrah. Ia tidak lain dari kesinambungan terhadap sejarah awal muzik yang bermula dengan kedatangan agama Islam itu sendiri.

Bermula dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp dipanggil mi’zafah, dan daff (sejenis tamborin).

Pada zaman awal tamadun Islam, penyanyi dan pemuzik yang paling dikenali ialah Tuways (m. 705). Sejajar dengan penaklukan yang semakin berkembang alatan baru berserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali oleh dunia Islam.

Ahli muzik kaum Muslimin mula mempelajari nyanyian dan alat-alat muzik yang baru termasuklah lute ciptaan (alat muzik bertali seumpama gitar).

Al-Farabi sendiri adalah ahli muzik-falsafah Muslim yang pertama menulis suatu karangan lengkap berkenaan falsafah dan teori muzik Islami.

Jadi atas huraian tersebut, penulis tidak nampak di mana salahnya Ustaz Azhar kerana bermain gitar tersebut.

Yang salah mungkin kita yang tak habis-habis ada sifat dengki dan iri hati sesama manusia, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)