Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label ajl 26. Show all posts
Showing posts with label ajl 26. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Siapa Bakal Rangkul Gelaran Juara AJL26?

Ahad ini, tepat jam 9 malam di TV3, akan berlangsung satu majlis berprestij untuk menentukan siapakah yang bakal merangkul gelaran juara Anugerah Juara Lagu 26 atau singkatannya AJL26. 12 lagu yang bertanding kesemuanya hebat-hebat belaka. Boleh migrain jugak otak para juri untuk memilih pemenangnya nanti.

ajl26

Berikut ialah 12 lagu yang bakal berentap pada malam tersebut:-

1.Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)9
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

Ini pulak tekaan Den.
1.Juara: Awan Nano
2.Naib Juara: Sedetik Lebih
3.Tempat Ketiga: Kisah Hati
4.Vokal Terbaik: Beribu Sesalan

Rasa tekaan Den pasti akan betul 90%. Hehehe. Apa pula tekaan korang? Tak sabar rasanya nak menonton sebab AJL26 kali ini temanya air. Pasti menarik.