







Berikut adalah senarai pasangan kekasih / suami isteri selebriti/ sosialit yang paling Stylish untuk tahun 2011. Pemilihan mereka bukan dilihat dari segi pilihan busana mewah atau kebijaksanaan bergaya (kerana ada sebahagian daripada mereka tidaklah stylish manapun) malah turut mengambil kira faktor ‘chemistry’ pasangan tersebut yang secara automatik terserlah aura 'stylish' ketika bersama. Kalau kedua-duanya memang dah sama cantik sama padan, pakai selebet manapun mesti masih tampak cantik dan tampan kan?? Enjoice!Kenapa bulan April dipilih oleh penganjur Bruno Mars, Justin Bieber & Maroon 5 untuk mengadakan konsert ye? U guys have any ideas? Tapi okay juga, andai kata konsert Bruno Mars dibatalkan, anda masih boleh layan Maroon 5. Oh, I’m in misery…
Kami dimaklumkan bahawa Maroon 5 akan menuju ke Malaysia April ini untuk jelajah promosi album ketiga berjudul, “Hands All Over” yang dilancarkan pada September 2010. Vokalis Adam Levine & sekutunya akan menghiburkan peminat mereka pada 29 April 2011 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.
Nampaknya pemenang 3 kali anugerah Grammy Awards ini amat rancak meluaskan empayar peminatnya di kawasan Asia. Maroon 5 juga akan mengadakan konsert di 4 negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Singapore, Filipina & Indonesia.
Tiket-tiket boleh didapati pada harga permulaan RM115, RM185, RM255, RM355, RM485 diTicketPro dan PR Worldwide.