Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label aurat wanita. Show all posts
Showing posts with label aurat wanita. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

8 Sifat Pakaian Wanita Islam





1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niruatau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Friday, January 27, 2012

Kenapa perempuan sekarang suka memakai baju ketat?

Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yangsemakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.

3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan danseks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.

sumber: itsmesaiful.blogspot.com

Monday, December 20, 2010

Kisah atau tidak?

Bila pergi ke Mall, ataupun Shopping Complex, sering kali melihat pasangan ataupun couple baik yang dah kahwin mahupun belum. Sering juga memerhatikan gelagat mereka, ermm.. tiada niat tersembunyi, tapi boleh la juga dikatakan tidak sengaja 'melihat' mereka. Ada 1 bab yang paling aku hairan. Iaitu bab pakaian si perempuan. Yang bertudung selalunya. Yang tidak bertudung tu tak kisah la sangat. Tapi bagi yang bertudung, dah la bertudung, tapi pakaian? ada yang pakai tudung Indon, tutup aurat katanya, ataupun 'janji tutup aurat', still terdedah bahagian dada, dengan bangga menunjukkan susuk tubuh untuk tatapan 'tidak sengaja' orang lain. Bukankah itu hak si suami? yang membuatkan aku lagi bertambah pelik, si suami ni pulak tak kisah orang tengok isteri dia berpakaian mencolok mata. Dayus ke?



Seluar..
Bertudung, ayu, baju pun ok. Tpi bila bab seluar, tak ketat, tapi punya la nipis sampai bekas seluar dalam pun boleh nampak. Realiti, ada satu jenis seluar ni, tapi bukan jenis legging. Mostly dipakai oleh perempuan berseluar ketika bekerja. Ataupun pergi hangout dengan family. Aku rasa setiap orang perempuan ada 1 pasang seluar macam ni. Tak caya? yang perempuan tu pergi la cek sendiri, pakai, then pergi tengok cermin, tu pun kalau nampak la eh. Tak nampak tanya la muhrim korang. Tak kesah la dah kahwin atau belum. Tapi as a Muslimah. Setakat ni selalu ternampak dekat shopping complex berseluar begitu, bukan nak sangat tengok, tapi ternampak. Nak buat macam mana, tak kan nak format biji mata ni. Lagi-lagi lawyer dekat sebelah JJ lama. Lawyer la katakan, tapi memang kena pakai seluar macam tu ke? Fesyen agaknya. Tapi ada je kain rasmi untuk pejabat. Tapi still, ego as a professional tu ada, so dalam otak, mesti pakai seluar tersebut, dan, Wallah! Jadi la pameran bergerak yang bertaraf professional. Sigh~





Pic ni copy paste dari internet, bukan snap sndiri..Hrap Maklum!


Kalau kes rogol meningkat, ramai yang salahkan lelaki. Ada yang salahkan perempuan. Tapi mostly aku tengok pakai perempuan sekarang bukan macam perempuan, tapi kebanyakkan nya betina dalam jubah. Masing-masing kena tarbiyah diri masing-masing. Baik si lelaki, tegur isteri punya pakaian, kadang-kadang ada yang mengandung, pakai tudung, tapi pakaian Ya Allah. Tah apa jadi la kat anak yang keluar tu nanti. Suci anak tu, tapi mak bapak yang mencorakkan. Kalau dah mak bapak macam tu. Anak tu nanti macam mana pulak kan. Yang perempuan tu pulak, tau la dah bagi hak tu kat si suami, si suami tu pun dapat la apa yang dia nak. Tapi kena ingat, Hak si suami tu tetap ada. Private. Even yang belum kahwin pun, mesti jaga. Kalau si boyfriend pun, tegur-tegur lah ye. Tau la awek kamu tu cun, tayang sana, tayang sini. Jangan dah kena rampas dek orang terliur, kamu merana pulak.


Ish3!
Bab tegur..

Bila tiba bab tegur, dulu pernah jugak tegur sorang budak perempuan ni. Masa puasa, turun dari asrama hendak pergi beli juadah berbuka, pakai seluar tidur yang sendat dan menampakkan setiap susuk paras bawah bahagian badan. Dalam bulan puasa pulak tu, bila tegur, dikatanya nak ikut selesa dia. Dah tegur, tapi dalam otak tu still dia rasakan dia tak salah. Pakai tudung, tutup aurat. tapi? Mesti ada yang tak kena. Jadi berhati-hati, sebelum orang chop anda sebagai perempuan tak betul, baik periksa tingkah laku, mahupun pakaian. Ada yang cakap kena datang niat, bukan terpaksa. Aduhh. Macam-macam lah, dah tak nak tu cakap je tak nak, memang nak tayang, tak payah la bagi alasan macam tu.

p/s: Jadi Perempuan Muslimah yang Bertudung, bukan Minah Tudung! Nauzubillah Min Zalik~

sumber : d'Mashq