Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label ayu raudah. Show all posts
Showing posts with label ayu raudah. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Peminat Siti Kata Keputusan Undian Artis Paling Cantik HARIAN METRO 2011 TIPU?

Ayu Raudhah


Pandangan Seorang Peminat Siti Nurhaliza:

Bukan nak pertikaikan kemenangan ayu Raudhah..x dinafikan la dia memang cantik...tapi aku tetap nak share 'RAHSIA' disebalik undian ini dibuat...korang pernah vote x bnda nihh di website harian metro??..rasanya tak ramai kot yg tahu/perasan psl poll ni (kecik jek dia tepek link kt tepi website HM)..tp geng sitizoners slalu bt gerak gempur utk vote Siti (biasalah fan CT kan gigih )... hmpir tiap2 hari klik butang undi dan ada para zoners yg mmg rajin sgt la berkempen utk vote ni..fan artis lain x tau la plak mcmna kann...Poll ni dh lama dibuka utk undian tp yg peliknya pada 30/11/2011 inilah kputusannya yg smpt diprintscreen oleh sorg sitizoner nma fadz psl CT dh cecah 6ribu katanya..cuba lihat keputusan undian ini dan fikir logik ker x?? - LoGik kan CT, Lisa, Lofa, fasha, RCW antra yg plg tinggi undian..yg siti plg bnyk vote aku jamin psl undian gigih dr fanatik2 nya...


tapi pada tarikh 16/12/2011 (jarak 16hari drp yg sblom nihh) keluar kputusan yg mngejutkan/pelik bila Nora Danish atasi siti dlm msa bbrpa saat jek..cmnihh dlm jam 0:05 kputusan undian siti dlm 7 ribu lebih dan undian artis lain jg naik la bbrpa puluh undian drp asal tp tetap x jauh beza drp yg 30/11/2011 tuhh..(sorry aku x smpt nk print screen pda jam 0:05) -sistem 24jam pd laktopku tapi slps direfresh tetiba kputusan undian utk Nora Danish naik m'dadak drp bbrpa ratus jer trus jd 7ribu lbh mngatasi siti..


WOW gilerr la dlm msa bbrpa saat jek tu...giler la x logikkk kot undian nihh (saper yg gigih tgh undi msa tuhh dlm bbrpa saat?)...dan bila direfresh lagi smua artis yg divote plg rendah naik mndadak dlm waktu yg sma..drp ratus2 trus jadi puluh2 ribu t'utamanya undian utk Natasha Hudson tuhh..(pn x smpt nk prtscreen msa yg puluh2 ribu ni)

Sitizoners trus vote lagi tp naik mcm biasa2 jek yg siti pnya setiap klik naik 1undian jelahh..last2 kami spakat mlm tuhh x mo vote dah psl mmg ada yg x kena ngn Poll tuhhh..nampak sgt ada yg ubah kdudukan ssuka hati or main vote scra pukal pd last2 minit..




Dan HARI INI KELUARLAH KEPUTUSAN YANG SANGAT PELIK..AYU RAUDAH MENANG DENGAN UNDIAN 100ribu lebihh WOWWWW BANYAK GILERRR TIPUNYAAA dlm masa bbrpa hari jer wlupun Poll nihh dibuka pd awal2 tahun 2011!!! hahahaha...sgttt kelakar okeyyy smpi nk kena umum kputusan undian di front page...

klu aku or sitizoner x tau pls hal nihh msti kmi x kesah jer siti x msk top 5..yerla lg pn cantik itu subjektif..x ssuai utk diundi bagai sbnrnya..tp bla tahu hal mcm nihhh kami bkn x puas hati tp KAMI RASA NAK TERGELAK BERAMAI2x la..bukan pulun nk suruh siti menang ponnn tp kesian bila bca komen ayu raudah ats kmngannya..dia sndri pn x p'caya..apa pun Tahniah la!!

OK SEKIAN CERPEN dariku ..KORANG NAK CAYA KER TAK TERPULANG LAHH...pda aku klu ikutkn top 5 yg sbnrnya ialah mngikut kputusan undian pda 30/11/2011 tuhh..korg plak???


Berikut adalah petikan Artikel Harian Metro:

KUALA LUMPUR: Cantik dan berbakat antara pakej yang tidak dapat dipisahkan dengan artis yang menceburi bidang seni sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.


Pastinya istilah cantik ini bukan saja merujuk kepada wajah, sebaliknya penampilan mereka secara keseluruhannya sepanjang pembabitan dalam bidang seni tanah air.


Berikutan itu juga, Metro Ahad menjalankan undian bagi mencari ‘5 Artis Paling Cantik’ tanah air menerusi laman web rasmi Kumpulan Harian Metro.


Undian berkenaan diadakan selama tiga bulan bermula 2 Oktober dan berakhir semalam.


Pencarian lima artis paling cantik itu berdasarkan senarai 14 selebriti tanah air yang terkenal dengan populariti, bakat dalam bidang seni serta gosip mereka.


Sejak carta undian ini diwujudkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni, khususnya pembaca setia dan pelayar laman web rasmi akhbar ini, sungguh memberangsangkan.


Sehingga tarikh akhir carta undian itu dijalankan, hampir 500,000 undian diterima dan mengejutkan apabila pelakon, Ayu Raudhah berada pada kedudukan pertama dengan undian lebih 115,000.

Ayu Raudhah satu-satunya artis wanita di negara ini yang memperoleh undian melebihi 100,000, sekali gus menenggelamkan populariti beberapa artis wanita lain yang sebelum ini banyak dihujani kontroversi dan gosip, termasuk kakaknya, Rozita Che Wan dan Fasha Sandha.


Sekalipun sudah berkahwin dengan pemain pemain bola sepak kebangsaan yang juga penyerang Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 24, ternyata ia bukan sebab utama pembaca tidak memilihnya.


Sebaliknya, ia juga mungkin disokong dengan populariti suaminya selaku pemain bola sepak selain imej bersihnya yang tidak terpalit dengan kontroversi liar.


Menerusi carta undian ini juga, kebanyakan artis wanita lain hanya memperoleh purata undian sekitar 85,000. Malah, beberapa artis yang tersenarai dalam kumpulan 14 artis paling cantik hanya memiliki jumlah undi tidak sampai 10,000.


Fasha yang sebelum ini banyak mencetuskan kontroversi dan pernah dinobatkan pembaca sebagai artis paling seksi menerusi carta undian yang pernah diadakan Metro Ahad, turut terkeluar daripada senarai paling cantik.


Dalam undian itu, Fasha yang sering dikaitkan dengan percintaan ‘pasang surut’ bersama Jejai, pertelingkahan dengan Nora Danish serta beberapa kali dikaitkan dengan penyebaran gambar seksi dirinya, hanya memperoleh 3,070 undian.


Pendatang baru yang mempesona, Neelofa, atau nama penuhnya, Neelofa Mohd Noor, 22, pula di tangga kedua carta dengan undian sebanyak 85,300.


Neelofa yang juga Juara Dewi Remaja 2010, laris bagaikan pisang goreng panas apabila menjadi rebutan pengarah serta penerbit filem.


Bukan sekadar bersandarkan rupa paras jelita, bintang baru ini berbakat besar dengan mutu lakonan yang semakin meyakinkan. Tidak sampai setahun pembabitannya, dia berpeluang menjayakan watak utama dan membintangi empat filem iaitu Azura 2011, Hantu Kapcai, Saya Amat Mencintai (SAM) dan Lemak Kampung Santan yang bakal ditayangkan pada 2012.


Undian pembaca terhadap Neelofa sekali gus mengetepikan populariti Rozita Che Wan yang berada pada kedudukan ketiga dengan undian sebanyak 85,272.


Namun, ia tetap membuktikan pelakon jelita yang terkenal dengan bulu mata lentik ini masih menjadi tarikan dan sebutan di kalangan peminat industri hiburan tanah air.


Menerusi carta undian itu juga, dua artis lain yang tersenarai dalam kumpulan ‘5 Artis Paling Cantik’ adalah Nora Danish dan Natasha Hudson.


Jumlah undian diterima Nora adalah 84,868, manakala Natasha pula 84,441 undian.


Jumlah undian diterima Natasha juga mengejutkan berikutan mengalahkan beberapa artis yang sebelum ini memang cukup popular dalam industri seni tanah air dan terkenal dengan kecantikan mereka seperti Datuk Siti Nurhaliza, Diana Danielle dan Maya Karin.


Undian terhadap Nora dan Natasha membuktikan mereka masih mempunyai tempat di hati peminat walaupun kedua-duanya gagal dalam rumah tangga dan bergelar janda.


Dalam senarai berikutnya, jika dikira mengikut rating enam hingga 10, pembaca MyMetro memilih Diana Danielle (84,098), Lisa Surihani (81,920), Siti Nurhaliza (81,555), Maya Karin (7,405) dan Maria Farida (3,715).


Nama artis lain yang turut tersenarai adalah Fasha, Mimi One Nation Emcee, Kilafairy dan Izara Aisyah

Saturday, December 31, 2011

Gemersik Kalbu Aqasha & Ayu Raudhah

Nama Aqasha dan Ayu Raudhah bukan lagi asing dalam industri seni. Peluang digandingkan menerusi drama Gemersik Kalbu yang diadaptasi dari novel bertajuk sama, memberi peluang untuk Aqasha dan Ayu untuk bekerjasama buat kali kedua.

Biarpun kedua-duanya sudah mendirikan rumah tangga, namun status sebagai suami dan isteri orang diletak ke tepi demi memberi komitmen penuh terhadap drama ini.

Menurut Aqasha, dia dan Ayu mengekalkan hubungan profesional sepanjang penggambaran agar babak yang melibatkan mereka berdua dapat diselesaikan mengikut kehendak pengarah.

“Saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Ayu kerana dia seorang yang berbakat dan komited dengan kerjanya. Alhamdulillah, kami mudah mendapatkan keserasian dan kami banyak berbincang bagaimana untuk menjayakan sesuatu babak yang melibatkan kami berdua.

“Lagipun bila dalam set penggambaran, saya dan Ayu tidak membawakan karakter kami, tetapi kami membawakan karakter Sufian dan Raihana. Jadi apabila perlu menjayakan babak romantis, yang romantis itu bukan Ayu dan Aqasha tetapi Suffian dan Raihana,” katanya selepas pelancaran drama Gemersik Kalbu di Sri Pentas, baru-baru ini.

Ayu pula berkata, sebagai seorang isteri, ada juga beberapa babak romantis yang sukar untuk dilakukan. Namun setelah mendapat bimbingan dan sokongan dari pengarah, Heykal Hanfiah dan Aqasha sendiri, dia akhirnya dapat menjayakan watak itu.

“Memandangkan kami sama-sama dah berkahwin, jadi bila perlu melakukan babak romantis, saya agak segan juga. Walaupun ini kali kedua kami bekerjasama, saya tetap rasa kekok kerana ketika kali pertama dulu tidak banyak babak melibatkan saya dan Aqasha.

“Tapi mujur Raihana tidak menyukai Sufian, jadi tidak banyak babak romantis sepanjang penggambaran ini,” katanya.

Ayu akui Zaquan cemburu

Tatkala ditanya mengenai reaksi suaminya, Zaquan Adha apabila melihat lakonannya bersama lelaki lain, Ayu mengakui Zaquan kadangkala cemburu, namun tidak sampai menghalangnya dari terus bergelar pelakon.

“Apabila ada babak dia kurang suka, dia akan terus tutup televisyen. Yalah, suami mana tidak cemburu apabila melihat isterinya bersama lelaki lain padahal ianya sekadar lakonan.

“Namun dia bukanlah cemburu sehingga tidak membenarkan saya berlakon. Biasalah dia cuma cemburu manja sahaja. Saya pun tahu tahap atau batas sebagai seorang isteri bila berlakon bersama lelaki lain,“ katanya.

Selepas disatukan pada 20 Januari lalu, Ayu Raudah akui hidupnya kini lebih bermakna dan terlalu bahagia dapat bersama orang paling dicintainya.
“Sukar untuk saya ungkapkan, begitu nikmat dan bahagianya menjadi seorang isteri. Lebih-lebih lagi bersama orang yang kita sayangi. Saya rasa seperti orang yang baru bercinta.

“Setiap hari saya rasa teruja apabila bangun melihat wajah orang yang kita sayang bersama. Kami masing-masing kini lebih suka luahkan perasaan cinta berbanding waktu sebelum kahwin,” luahnya yang akui bahagia.

Bulan madu dan cahaya mata

Walaupun usia perkahwinannya hampir menginjak ke setahun, tetapi Ayu mengakui dia dan suami, masih belum berkesempatan untuk berbulan madu.
Jelas Ayu, bukan masing-masing tidak cuba mencari masa, tetapi tuntutan tugas perlu diutamakan.

“Memang sampai sekarang Ayu dan suami tidak sempat berbulan madu. Bukan tidak mahu, tetapi masa tidak mengizinkan. Sebaik sahaja majlis persandingan di kedua-dua belah pihak tempoh hari, Ayu dan Zaquan sudah terikat dengan komitmen kerja. Jadi, kami terpaksa lupakan tentang bulan madu buat seketika.

“Bagaimanapun, Ramadan baru-baru ini Ayu dan suami sempat menunaikan Umrah bersama. Rasanya kunjungan ke Tanah Suci itu lebih bermakna. Tak mengapalah tak dapat bulan madu pun, Ayu anggap hari-hari yang kami lalui bersama ketika ini adalah bulan madu, “ ujar Ayu.

Menjawab persoalan tentang tahap kesihatannya ketika ini, Ayu memberitahu selepas keguguran Oktober lalu, dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan lain. Namun mengakui dia tidak mendapat rehat yang cukup kerana jadual penggambaran yang terlalu ketat.

“Selepas keguguran hari itu, Ayu tidak punya masalah kesihatan lain, cuma tidak mendapat rehat yang cukup sebab sibuk sangat. Buat masa ini doktor masih tidak benarkan Ayu hamil lagi.

“Doktor nasihatkan kena tunggu selepas tiga bulan. Memang Ayu dan Zaquan tidak merancang untuk dapatkan anak, tapi buat masa ini Ayu perlu dengar nasihat doktor. Selepas tempoh tiga bulan ini berakhir, tak kisahlah kalau hamil pun,” katanya.

Aqasha seronok bergelar bapa

Biarpun baru lebih 3 bulan bergelar ayah, namun Aqasha, 29, akui sudah bijak menguruskan puteranya, Alehandra Ahmad Firdee Aqasha tanpa bantuan sesiapa.

Malah Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli berkata, rutin hariannya kini juga sudah berubah sejak menerima kelahiran cahaya mata sulungnya pada 6 September lalu.

“Walaupun rutin harian saya tidak sama seperti dahulu, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Seronok jadi ayah kerana saya rasa macam belajar mengenali diri sendiri. Saya sentiasa perhatikan sama ada anak saya mewarisi perangai saya atau tidak.

“Saya seronok melakukan kerja-kerja menjaga bayi. Tiada salahnya bantu isteri kerana ia memberi peluang kepada saya untuk dekat dengan anak. Sebab itu, saya tidak ambil orang gaji untuk jaga anak. Saya dan isteri hendak tunggu sehingga dia berumur enam bulan. Kalau dua-dua sibuk, saya minta tolong keluarga saya untuk jagakan,“ katanya.

Aqasha telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang, Noor Baizura Mohd Sabri, 27, pada 10 Oktober tahun lalu.

Kerjaya, keluarga seiring

Menyentuh tentang karier seninya, Aqasha berkata, selain berlakon dalam drama Gemersik Kalbu, dia juga turut menyumbangkan suara dan lagunya dalam drama berkenaan.

“Heykal tanya pada saya, jika saya ada lagu yang boleh saya nyanyikan untuk drama berkenaan dan saya cadangkan lagu Obsesiku yang diambil dari album saya, QashaNova,“ katanya.

Tambahnya, sejak bergelar bapa dan suami, dia cuba memberi masa yang terbaik buat keluarga dan kerjayanya agar ia bergerak seiring dan seimbang.

“Dari segi tawaran, Alhamdulillah. Selepas ini saya ada beberapa projek lagi bersama Global Station yang juga penerbit drama ini. Saya memang rasa beruntung kerana Global Station memberi kepercayaan kepada saya untuk menjayakan drama terbitan mereka,“ ka-tanya.

Mengulas mengenai drama lakonannya dalam Gemersik Kalbu, Aqasha berkata, dia sebolehnya tidak mahu membaca novel kerana mahu membawa watak Sufian mengikut acuannya sendiri.

“Saya bimbang kalau saya baca novel, saya sudah ada bayangan saya sendiri, bagaimana watak Sufian ini pada fahaman saya. Nanti jika pengarah minta lain sikit, saya akan jadi keliru.

“Jadi saya elakkan diri untuk membaca novel sehingga selesai penggambaran ini nanti. Namun apa yang boleh saya katakan, jalan cerita Gemersik Kalbu sangat menarik dan tidak rugi untuk menonton drama ini,“ katanya.

Drama arahan Heykal Hanafiah ini akan disiarkan di slot Akasia bermula 2 Januari hadapan dari jam 7 hingga 8 malam, setiap Isnin hingga Khamis.

Gemersik Kalbu mengisahkan kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?

Sinar

Tuesday, February 1, 2011