Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label dibogelkan. Show all posts
Showing posts with label dibogelkan. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

Kena bogel selepas dibelasah

hiasan

Inipun lebih kurang cam gambar bogel semalam.. Pukul 3 pagi dalam kereta berdua-duaan.. Kompom ada unsur2 beromen dalam kereta camni.. kalau tak..ape kejadahnya 3 pagi..

Agaknya geram sangat tengok orang beromen.. yang si samseng..bagi bogel je senang.. Khalispun tak tau niat samseng 3 orang yang membogelkan orang beromen ni.. Apala yang dia dapat..agaknya puas hati sangat gamaknya..

DUNGUN – Malang menimpa sepasang kekasih apabila mereka bukan sahaja dipukul, malah turut dipaksa berbogel sebelum gambar mereka dirakam sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di kawasan pantai Sura Hujung di sini Sabtu lalu.
Kejadian berlaku ketika pasangan berusia 20-an itu sedang bermadu kasih di dalam sebuah kereta pada pukul 3 pagi sebelum didatangi tiga lelaki yang terus memasuki kereta mereka dan memukul kedua-dua mangsa.
Takut dicederakan lebih teruk, kedua-dua mangsa kemudian menuruti arahan suspek dengan menanggalkan pakaian sebelum aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.
Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek juga bertindak meminta wang sebanyak RM2,000 daripada mangsa sekiranya pasangan itu tidak mahu gambar bogel mereka didedahkan.


Saturday, January 21, 2012

Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak Ramai

Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.\Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter Cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.

Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.

Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang.Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.