Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label dinar emas. Show all posts
Showing posts with label dinar emas. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Jualan dinar, dirham lebih RM40.9 juta

KOTA BHARU, 30 Dis: Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.

Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu.


Husam menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam.

“Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada,” ujarnya.

Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini, ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah ‘Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram.

Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai ‘hologram’.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia.

Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.

“Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012,” ujarnya.

Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan ‘dirham kenangan’ bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.

Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah (cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan.

Harakahdaily.net


Thursday, August 19, 2010

Dinar, dirham jadi rebutan rakyat Kelantan

Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan, semalam menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di Kota Bharu bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.

Rata-rata pembeli yang ditemui berkata mereka berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.

Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.

"Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan semalam.

"Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian.

"Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya.

Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

"Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya.

Beliau berkata bagi dinar, ia dibuat menggunakan emas bernilai tinggi iaitu emas 916 yang diguna untuk membuat barang kemas.

"Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan," katanya.

Siti Azian berkata mereka yang berminat untuk membeli dinar itu dan ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/ atau mengunjungi pusat Ar-Rahn berhampiran, yang dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham.

-Bernama-