Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Monday, September 6, 2010

Serah Tubuh Demi Album, Hebat Sungguh Industri Muzik Kita

serah tubuh

Gile terkejut kami membaca tulisan CAK semalam di Harian Metro. Tajuknya sahaja sudah cukup menggerunkan. “Serah Tubuh Demi Album“. Kesian kami kat artis realiti yang diguna pakai sesuka hati oleh si komposer tue semata-mata untuk pastikan album dia terkeluar.

Yang si komposer nie pun satu jugak. Dah la dah kawin. Lepas tue depan orang ramai tunjuk baik dengan isteri. Tapi di belakarang orang, sedang asyik bermesra dengan artis realiti ini. Cian pulak kami. Tapi yang si artis realiti nie pun satu gak. Apahal nak mengikut kehendak komposer tue?

Bukan sekarang nie kalau buat album pun bukannya ada orang nak beli. Daripada maruah tergadai dengan komposer hati busuk nie, lagi baik gi balik kampung tanam cili ke. Lagi masyuk duit dapat.

Apa-apa pun moga dengan keluarnya tulisan ini komposer tue akan insaf dan artis realiti lain akan berhati-hati dengan si komposer. Beware ~~~

Sunday, August 8, 2010

Bila kena tipu baru kita tahu”artis Hanya dapat cek tendang

KUALA LUMPUR: Beberapa kumpulan muzik indie dan penyanyi solo dikatakan menjadi mangsa penipuan penganjur konsert KL Music Fest 2010 apabila mereka tidak menerima pembayaran dijanjikan, sebaliknya hanya mendapat cek tendang.
TIDAK DIBAYAR...penyanyi jemputan MUH, Hazama dan Noor Inarah menunjukkan laporan polis.
TIDAK DIBAYAR…penyanyi jemputan MUH, Hazama dan Noor Inarah menunjukkan laporan polis.

Antara artis yang terbabit menjayakan konsert selama tiga hari bermula 30 Julai itu termasuk Meet Uncle Hussain (MUH), May, Amuk, Radhi OAG, Bunkface, Ella dan Pesawat.

Bagaimanapun, setakat ini hanya pihak pengurusan MUH membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Tun Dr Ismail, di sini, semalam.

Pembantu Pengurus The Archive iaitu syarikat pengurusan MUH, Noor Inarah Sidek berkata, pihaknya membuat perjanjian dengan penganjur konsert itu pada pertengahan Julai lalu dan dijanjikan pembayaran pendahuluan sebanyak 50 peratus diikuti bakinya secara tunai sejam sebelum membuat persembahan.

“Ini kali pertama kami berurusan dengan penganjur itu dan dia bersetuju dengan syarat kontrak yang kami sediakan. Pendahuluan memang diberi, tetapi bakinya diberikan dalam bentuk cek.

“Cek itu bagaimanapun tidak boleh ditunaikan manakala penganjur terbabit gagal dihubungi,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, selain MUH, artis lain yang terbabit dalam konsert itu turut mengalami nasib sama, tetapi tidak diketahui sama ada mereka membuat laporan polis atau tidak.

“Perkara ini cukup mengecewakan kami kerana hak kami dinafikan. Kami sudah melakukan yang terbaik, tetapi usaha itu dibalas dengan penipuan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan dan Pengurus Media Menara Kuala Lumpur (MKL), Afaf A Mubarak berkata, pihaknya tidak terbabit langsung dengan penganjuran konsert itu dan hanya menyediakan lokasi kepada penganjur.

“Penganjur datang dengan kertas cadangan mengenai konsert ini dan menyatakan sudah menyediakan semuanya termasuk barisan artis yang akan buat persembahan.

“Disebabkan kami menyediakan tapak, maka kami minta penganjur terbabit meletakkan KL Tower Music Fest 2010 sebagai nama konsert ini. Beberapa tahun sebelum ini memang kami kendalikan sendiri konsert indie tapi kali ini diuruskan penganjur itu.

“Apabila berlaku masalah pembayaran, timbul salah faham di kalangan artis kerana menyangka kami terbabit sebagai penganjur. Namun, kami tetap keluarkan kos sebanyak RM25,000 untuk penyediaan pentas.

“Apa tidaknya acara sudah dihebohkan, tapi penganjur tidak buat pembayaran. Kami terpaksa berbuat begitu kerana tidak mahu menanggung malu. MKL sangat kecewa kerana sebelum ini tidak pernah berlaku masalah demikian,” katanya yang dihubungi semalam.

Afaf berkata, pihaknya kesal dan kecewa kerana penganjur gagal memenuhi semua janji yang dipersetujui sebelum ini.

Saturday, July 31, 2010

KC Ismail Jawab Tuduhan Natasha Hudson

Umum telah pun mengetahui tentang perbalahan di antara Natasha Hudson dengan bekas syarikat rakamannya, Alibi Music. Natasha secara terang-terangan telah menyelar Alibi Music, khususnya Ketua Unit Muzik Alibi Music, KC Ismail kerana didakwa tidak profesional dan tidak bersungguh-sungguh dalam mempromosikan dirinya sebagai artis mereka.

Menurut Natasha, situasi itu menyebabkan dia terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan syarikat rakaman itu walaupun kontraknya bersama Alibi Music masih berbaki. Kenyataan yang dibuat oleh Natasha ini sedikit sebanyak telah memberi impak yang kurang baik kepada syarikat yang turut disertai oleh beberapa artis popular seperti Liyana Jasmay, Imran Ajmain dan Ezlynn ini.

Apa tidaknya, ini bukan kali pertama mereka dituduh tidak profesional. Kalau anda masih ingat, Nurul Wahab juga pernah meluahkan kekecewaan terhadap pengurusan Alibi Music apabila kontraknya tidak disambung.

Mungkin menyedari hakikat itu, Alibi Music akhirnya mengeluarkan kenyataan balas hari ini setelah usaha mendapatkan KC sebelum ini tidak berjaya. Dalam kenyataan media yang dihantar melalui emel itu, KC menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Natasha sebelum ini kurang tepat.

Menurut KC, pengunduran Natasha dari syarikat rakaman itu adalah hasil daripada persetujuan kedua-dua belah pihak. Alibi Music tidak pernah membuang mana-mana artis melainkan artis itu sendiri yang memohon untuk mengundurkan diri.

Menjawab dakwaan Natasha yang mengatakan pengurusan Alibi tidak profesional kerana tidak komited dalam mengotakan janji mereka, KC telah menjelaskan perkara ini secara panjang lebar. Berikut adalah penjelasan yang dikirimkan kepada pihak media.

“Setelah menandatangani kontrak pada awal Disember lalu, Tasha mula membuat penampilan pertama sebagai seorang penyanyi pada malam Konsert Alibi Kosmik yang diadakan di Wisma Bentley, Mutiara Damansara pada 15 Januari lalu. Persembahannya pada malam itu telah mendapat kritikan daripada pihak media. Bagi memperbaiki mutu persembahan Tasha dalam bidang nyanyian dari segi vokal, pihak kami telah mencadangkan agar Tasha mengambil kelas vokal bagi memantapkan mutu vokalnya untuk persembahan.

Akan tetapi, kami difahamkan Tasha sibuk dengan jadual pengambaran drama sehingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada kelas vokalnya, satu demi satu tawaran drama diterima sehingga menyukarkan dia menghadiri kelas vokal. Masa yang terluang lebih banyak dihabiskan dengan bercuti di luar negara.

Kritikan demi kritikan diterima oleh Tasha mengenai mutu persembahan selepas mengadakan persembahan di No Black Tie pada 6 Mei. Tasha masih tidak menunjukkan apa-apa peningkatan dari segi vokal dan persembahan. Malah dia sering terlupa lirik ketika menyanyikan lagunya, bukan sekali malah beberapa kali.

Dari situ, kami berpendapat dia belum bersedia untuk menjadi seorang penyanyi, banyak yang perlu dipelajari, kami khuatiri setelah ‘single’-nya ke udara di radio, tahap kualiti persembahannya masih lagi sama, kami ingin memastikan dia betul-betul bersedia untuk bergelar penyanyi.

Masih belum reda dengan isu mutu persembahannya itu, Tasha sekali lagi menerima tamparan apabila lagu yang dipilih pihak kami sebagai ‘single’-nya dikatakan diciplak daripada orang lain. Bertindak dalam hal tersebut, kami mencari ‘single’ baru untuk mengantikan lagu tersebut dan hasil persetujuan lagu ciptaan Cat Farish dipilih untuk menggantikan ‘single’ tersebut.

Walaubagaimanapun setelah selesai rakaman dibuat, Cat mendapati Tasha sukar untuk menyanyikan lagu tersebut dengan baik dan memerlukan latihan vokal bagi melancarkan proses rakaman sekaligus pihak kami mengugurkan lagu itu sebagai ‘single’ terbaru Tasha. Ketika itu juga, perbincangan sekali lagi dibuat, kedua belah pihak bersetuju untuk mengambil lagu ciptaan Aqasha sebagai single barunya, lagu ini adalah lagu duet Tasha bersama Aqasha. Sekali lagi Cat sebagai Artis & Repertoire (A&R) Alibi Music diberi tangungjawap untuk memastikan lagu ini siap dirakam sepenuhnya.

Masalah lain pula yang timbul apabila lagu itu gagal disiapkan oleh Cat setelah beberapa minggu diberikan. Dari situ timbulnya isu dimana Tasha telah menyalahkan Alibi Music kerana gagal mengeluarkan sebarang lagu baru untuknya. Tasha menyifatkan kami telah gagal menunaikan janji dan tidak bersungguh-sungguh untuk menghasilkan ‘single’ terbarunya. Segala usaha dan rundingan telah menemui jalan buntu. Akhirnya sebagai jalan penyelesaian, Tasha mengambil keputusan untuk keluar daripada Alibi Music dan pihak kami juga telah bersetuju untuk melepaskannya dengan cara baik.

Akur dengan keputusan Tasha, kami merasakan isu ini telah selesai dengan baiknya, akan tetapi satu demi satu kenyataan Tasha kepada media, kami rasakan adalah kurang tepat dan hanya berpihak kepada sebelah pihak sahaja. Di harap dengan penjelasan ini dapat memberi gambaran jelas tentang isu yang berbangkit ini."


Saturday, July 17, 2010

Siti Nurhaliza Paling Kaya


http://1.bp.blogspot.com/_RZZEzqiR9hs/Sbes3F7bmBI/AAAAAAAAE5c/SDj4LhVjVeo/s400/SitiNurhaliza2.jpg

Agak mengejutkan bila membaca statistik pasal bayaran yang diterima oleh penyanyi Malaysia untuk setiap nyanyian mereka. Memang kalah gaji kita setahun..jom tengok.

Dato’ Siti Nurhaliza
* RM45,000 for a 30-minute show
* RM70,000 for a one-hour show

Dato’ Sheila Majid
* RM35,000 for a 30-minute show
* RM55,000 for a one-hour show

Anuar Zain
* RM25,000 for a 30-minute show
* RM55,000 for a one-hour show

JACLYN VICTOR
* RM18,000 for a 30-minute show
* RM30,000 for a one-hour show

Sebab tu la bebudak melayu beria-ia sangat nak masuk reality TV show...

Sunday, July 11, 2010

(PANAS)Suami Isteri Buat Laporan Polis Tentang Kes Tom Mystarz LG


tom mystarz LG

Ingat lagi tak dengan artikel artis juara realiti TV pukul isteri orang yang pernah kami keluarkan baru-baru ini? Rasanya semua orang sudah sedia maklum yang artis dimaksudkan ialah Tom Mystarz LG atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal. Kalau anda tengok Melodi petang tadi, pastinya anda percaya yang nama Tom sudah dibersihkan kerana suami isteri tersebut telah mengaku sebenarnya perkara ini tak terjadi.

Tapi tunggu dulu. Ada kejutan di sebalik rakaman Melodi tengah hari tadi. Sebenarnya pengakuan tersebut bukanlah pengakuan ikhlas pasangan suami isteri yang terlibat. Ini kerana mereka berdua telah diugut oleh pihak tertentu untuk tidak mengeluarkan cerita sebenarnya. Semua yang ada lihat di Melodi adalah palsu semata-mata. Itu hanyalah drama.

Mengikut sumber yang memang sangat boleh dipercayai, kini pasangan suami isteri tersebut telah mengambil langkah berani dan sedang berada di Balai Polis Damansara untuk membuat laporan polis mengenai kes ini. Maknanya gosip yang menyatakan Tom Mystars LG memukul isteri orang sebenarnya memang berlaku. Kalau tak terjadi buat apa nak report polis kan?

Dengar ceritanya beberapa media turut hadir di Balai Polis Damansara untuk membuat liputan lanjut. Kita nantikan perkembangan kes Tom Mystarz LG ini. Nampaknya ada suatu konspirasi oleh pihak tertentu untuk menjaga nama Tom Mystarz LG.

* Kredit to http://beautifulnara.com/

Wednesday, July 7, 2010

AMY SEARCH opens SLASH (of Guns N’ Roses) CONCERT in Kuala Lumpur

23669 slash Amy Search gets Slash ed

Kuala Lumpur – Tuesday 6 July 2010 – Firefly, Your Community Airline, announced today Malaysia rock star legend “Amy Search” as the opening act of Slash Live in Kuala Lumpur 2010 Concert to be held at the Surf Beach @ Sunway Lagoon Theme Park on 5 August 2010.

Slash concert press conference - Announcing Amy Search as opening  act

“It’s indeed a privilege for us to have Amy Search, our very own legendary rock star as the opening act of Slash concert. Amy’s fans transcends on the older generations from the 70’s as well as the younger ones. We want to ensure that all concert goers get a “rocking” good time,” said Ms Angelina Fernandez, Head of Marketing & Communications.
Angelina added that our showcase of Amy is to promote quality entertainment in Malaysia. Having two rock legends perform live in Kuala Lumpur will surely take the highlight.

Slash concert press conference - Announcing Amy Search as opening  act

Fans will be able to see Amy performing his famous and earliest tracks “Isabella”, “Mentari Merah Di Ufuk Timur” and “Fenomena”.

Angelina urged fans to take advantage of the incredible value, pay for one live concert and get two live performances both of whom are legends. Amy will be giving us a good 40 minutes opening act and “Slash” will perform for 1 and a half hour.

Angelina & Amy Search

Doors will open to fans from as early as 6.00pm. Concert will start at 7.00pm with a flavor from our young local talent with details as per below:

7.00pm: “Bintang Rock Hot FM” Search showcase
7.30pm – 8.15pm: Malaysia Rock Star legend “Amy Search” opening act
8.45pm – 10.15pm: Slash of Guns N’ Roses live in Kuala Lumpur belting “Sweet Child of Mine”, “November Rain” and its lead singer Myles Kennedy

Tickets for the concert are available online at www.fatdeal.com.my or call the official ticketing agent Fatdeal at 03-7862 2000. Tickets are also available at all Firefly Airport Ticketing Offices (ATO) and City Ticketing Offices (CTO).

Firefly Holiday “Slash live in Kuala Lumpur” packages

Angelina also highlighted, “Firefly Holiday has launched its special concert holiday packages regionally and domestically via its website. Packages cover both flights and ground or one of the other with the concert tickets given at almost NO cost. This is one of the many unique features and offers that Firefly Holiday as a travel portal has.”
Enjoy the convenience and book your concert cum holiday packages online via Firefly Holiday website at www.fireflyholiday.com.

Slash Promotional Activities

Firefly also announced some of its planned activities for rock fans in collaboration with TV3 and Hot and Fly FM as the official TV and radio for “Slash Live in Kuala Lumpur 2010”.

1)”Slash Look-A-Like” co-hosted by 8TV Quickie

Firefly will collaborate with 8TV Quickie to hold a “Slash Look-A-Like” contest .

“This contest will give the winning rock fans a chance to meet the legendary artiste and to watch the concert on 5 August. It is yet another “fun and vibrant” activity organized by Firefly in line with our tag line of “Your Community Airline” said Angelina.

This contest is open to all. The simple criteria for the contestants are as follows: Wear black shirt and pants; Leather jacket/pants; Rock star motives on clothes (e.g. Ed Hardy style); Similar Slash’s sunglasses; Torn jeans/vest/jacket ; Sneakers; Curly hair; Top Hat (points for similar motive on hat); Guitar-additional; Rock star attitude; Air guitar act.

A catwalk on stage is required for the contestants, and this is followed by performing an air guitar act for two minutes with songs from Guns N’ Roses. The top winner will be given a chance to meet their idol – Slash in person, attend his concert, and enjoy Firefly flights and its merchandises.

To participate, watch out for more information in our next 8TV Quickie programme or visit Firefly Facebook at http://www.facebook.com/firefly.

2. “Bintang Rock Hot FM” Search co-hosted by Hot FM

Firefly in collaboration with Hot FM will hold what might be the most exciting audition in Malaysia! In line with the tagline “Lebih Hangat Daripada Biasa” and “Your Community Airline”, both companies are in search for an amazing Malaysian young band to be one of the opening acts for guitar legend, Slash’s live concert in Kuala Lumpur this coming August. The winner of the “Bintang Rock Hot FM” search will grab the winning prize of 15 minutes of fame to perform their songs in front of both rock legends’ fans and other attractive Firefly prizes.

On 24th July, Hot FM and Firefly urge talented local young bands to join this once in a lifetime audition. In line with Hot FM’s segment, Hot FM Kita Punya, this audition gives an opportunity for local bands to showcase their talent. Hot FM and Firefly strongly believe that this opportunity will prove that our musicians do have world class talent! This coveted spot will go to only one band, so musicians out there, bring on your A game as our panel of professional judges want to be wowed and impressed by YOU! (cheers from the crowd). Catch us on Hot FM and Fly FM radio or visit us at Firefly, Hot FM and Fly FM websites.

Chief Operating Officer of Media Prima Radio Networks, Mr Seelan Paul said, “We are honoured to be working for the first time with Firefly which is one of the most popular airline companies in the region. We are also delighted to be a partner in what promises to be one of the most anticipated and exciting musical extravaganza in the country. The idea of unearthing new world class local talents coincides with our philosophy of supporting home grown musicians, and we look forward to see more new local talents emerging from this audition. We also hope to break the stereotypical perception that Malaysian musicians are only fit for the local market as we believe that they are much better than that.”

Angelina of Firefly added, “This is only the beginning of our commitment to showcase our Malaysian talents in such international event. We are very pleased with the support and spirit that Hot FM has in this project. We look forward to an exciting “show off” audition and opening act”.

However to those non-musicians, you too can be a part of the mammoth concert, tune in to Hot FM starting 19 July because we will be giving out exclusive VIP passes to catch Slash Live In Kuala Lumpur 2010 on 5 August at the Surf Beach, Sunway Lagoon!

Slash Amy Search 010 150x150 Amy Search gets Slash edSlash Amy Search 002 150x150 Amy Search gets Slash edSlash Amy Search 001 150x150 Amy Search gets Slash edSlash Amy Search 003 150x150 Amy Search gets Slash edSlash Amy Search 004 150x150 Amy Search gets Slash edSlash Amy Search 005 150x150 Amy Search gets Slash edSlash Amy Search 006 150x150 Amy Search gets Slash edSlash Amy Search 007 150x150 Amy Search gets Slash edSlash Amy Search 008 150x150 Amy Search gets Slash edSlash Amy Search 009 150x150 Amy Search gets Slash edSlash Amy Search 010 150x150 Amy Search gets Slash ed23669 slash 150x150 Amy Search gets Slash ed

Thursday, July 1, 2010

Pos gambar bogel dalam Twitter

SALAH satu pos seksi yang disiarkan Adrianne Curry di laman Twitter miliknya.

LOS ANGELES - Pemenang program realiti televisyen, America's Next Top Model yang pertama, Adrianne Curry menyiarkan beberapa gambar termasuk dalam keadaan bogel di laman Twitter miliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Gambar di dalam bilik mandi itu menunjukkan tubuhnya yang hanya ditutupi oleh buih sabun dengan kedudukan sedikit mengiring.

Model terkenal berusia 27 tahun itu telah berkahwin dengan pelakon siri televisyen The Brady Bunch, Christopher Knight dalam satu majlis perkahwinan pada tahun 2006.

Di bawah gambar itu mengandungi mesej: "Saya sentiasa berpegang kepada janji."

Adrianne dikatakan sangat gemar menggunakan Twitter. Sebelum ini, dia pernah menghantar gambar kurang senonoh ketika bermain permainan World Of Warcraft. - Agensi

SIMPLY SITI Produk Kecantikan Dato Siti Nurhaliza

Pelancaran SIMPLY SITI iaitu Produk Kecantikan artis kesayangan tanah air, Dato Siti Nurhaliza akan dilancarakan bulan November ini.

Majlis taklimat produk Simply Siti kepada rakan niaga dan media telah pun selamat dijayakan di The Zon Hotel, Kuala Lumpur beberapa hari yang sudah. Produk ini turut membuka kepada rakan niaga dalam bentuk franchais.

Tumpuan produk Simply Siti ini bukan sahaja untuk pasaran dalaman tetapi juga untuk luar negara terutamanya dinegara jiran. Simpli Siti akan bekerja sama dengan TEKUN NASIONAL bagi menjalankan program bimbingan usahawan.

Kami di Blog Selebriti yakin dengan populariti yang ada pada selebriti Dato Siti Nurhaliza, tentunya produk ini akan meletup-letup nanti. Tahniah kami ucapkan kepada Dato Siti Nurhaliza yang kini telah pun menjadi usahawan kepada produk kecantikan jenama sendiri.

Kepada sesiapa yg berminat utk menjadi pengusaha franchais produk ni, anda boleh download borang dihttp://simplysiti.com.my/

Gambar disekitar Majlis Pengenalan Produk Simply Siti :

simplysiti produk kecantikan Dato Siti Nurhaliza

Simplysiti Produk Kecantikan Dato Siti Nurhaliza

Gambar honeymoon Ashraf Sinclair dan Bunga Citra lestari


Ha ni gambar terbaru pasangan hangat dari Malaysia dan Indonesia, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Gambar di ambil semasa mereka berbulan madu baru-baru ini. Gambar ni mereka sendiri yang upload di facebook untuk memperlihatkan keseksian mereka kepada semua peminat.



























Hmm, kadang kala terasa yang si Bunga Citra Lestari ni terlalu seksi. Memang tak salah nak seksi kepada laki sendiri tapi ni dah upload pulak kat facebook, bukannya untuk laki sendiri, satu dunia boleh tengok. Tak gitu?



10 Kontroversi Dunia Seni 2009

Ida Nerina, Ibarat Sudah Jatuh Ditimpa Tangga




Tahun 2009 mencatatkan dugaan besar buat aktres berkarisma, Ida Nerina. Pertama, dunia hiburan dikejutkan dengan insiden aktres itu tergelincir tangga di kediamannya sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang belakang, 21 Jun lalu.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Timbul desas-desus mengatakan insiden itu berpunca daripada Ida yang hilang pertimbangan kerana 'mabuk' dan ada juga yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Ida sekali lagi diduga apabila suaminya didakwa telah melafazkan cerai pada Hari Raya Puasa kedua lalu. Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan menyebabkan Shahrin tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.

Pada 9 Oktober lalu, Sha'arin telah mengisi borang pengesahan lafaz cerai di mahkamah itu. Terbaru, Ida yang sedang menjalani rawatan tulang belakang di India juga berhadapan dengan perbicaraan kes penceraiannya dengan suami.

Fasha Sandha & Lamaran 4 Lelaki





Kisah 'panas' tentang aktres popular ini lebih rancak menghiasi dada akhbar dan liputan media berbanding karier seninya. Tahun 2009, Fasha sekali lagi menggegarkan industri seni dia membuat pengakuan pernah dilamar empat kali dan juga sudah empat kali menerima cincin.

Empat lelaki - Ally Iskandar, Rizal Ashram dan seorang lelaki misteri adalah empat lelaki yang menjadi bualan hangat dan dikaitkan dengan kisah lamaran aktres penuh kontroversi. Namun, kebenarannya hanya Fasha sahaja yang tahu. Sehingga hari ini, Fasha masih lagi berteka teki mengenai identiti temannya itu.

Macam-macam cerita tentang Fasha Sandha sering diperkatakan, namun aktres berusia 25 tahun ini cukup 'kuat' mengharungi segala cabaran yang singgah. Moga tahun 2010 nanti Fasha akan lebih rancak mengutarakan cerita kerjaya berbanding isu kontroversi yang tidak sudah-sudah menghambatnya.

Hans Isaac vs AC Mizal




Perang dingin antara penerbit dan pelakon,
Hans Isaac dengan aktor dan pengacara, AC Mizal yang tercetus semasa pementasan teater muzikal Cuci The Musical (CTM) antara cerita kontroversi yang paling menarik dalam tahun 2009. Ketegangan antara Hansdan AC bermula apabila pemilik produksi Tall Order Productions itu mendakwa AC tidak berdisiplin dan kurang memberikan kerjasama untuk pementasan teater tersebut.

Versi Hans: Hans mendakwa AC tidak komited dengan sesi latihan dan pementasan teater itu.

Versi AC: AC bertegas bahawa Hans telah melanggar perjanjian yang dipersetujui. Hans membatalkan sesi latihan yang sepatutnya berlangsung sekitar Julai, di mana AC telah susun jadualnya seperti yang dirancangkan. Namun, sesi latihan hanya bermula pada bulan Septermber, di mana pada ketika itu jadual kerja AC sudah pun terisi untuk komitmen lain.

Sejak dari itu, hubungan Hans dan AC Mizal dikhabarkan agak tegang. Malah, baru-baru ini AC Mizal juga memberitahu yang dia tidak akan berlakon di bawah produksi Hans lagi. Terbaru, Hansbagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung hal itu kerana belum mendapat apa-apa surat rasmi daripada pengacara program AC? itu.

Gambar 'Panas' Azizah Mahzan & Zaefrul Nordin




Isu gambar intim antara dua pelakon Spa Q 2, Azizah Mahzan dan Zaefrul Nordin yang tersebar di internet sekitar Februari lalu turut menjadi perbualan hangat di dalam industri hiburan tahun ini. Gambar tersebut boleh menimbulkan salah faham ke atas sesiapa yang melihatnya kerana tidak wujud langsung batasan di antara kedua-dua pelakon ini. Lebih 'panas', terdapat sekeping gambar yang menunjukkan botol minuman keras antara banyak-banyak gambar yang disebarkan itu.

Jika Zaefrul memberikan alasan terlupa batasan kerana menganggap aktres itu ibarat kakaknya. Azizah pula mengakui dirinya teraniaya namun dalam masa yang sama dia pasrah dengan apa yang terjadi. Azizah Mahzan berasa terkejut apabila puluhan gambar koleksi peribadinya yang lain termasuk gambar intim dengan Zaefrul disebarkan di internet.

Azizah turut mengakui kes gambar 'intim' itu telah mengajarnya supaya lebih berhati-hati di hari mendatang bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi.

Kemelut Akhil Hayy - Waheeda - Maizawati




Kisah penceramah bebas dan penyanyi nasyid, Akhil Hayy dengan dua wanita ini telah menjadi bualan ramai berbulan-bulan lamanya. Hampir dua tahun kisah 'panas' antara Waheeda dan Akhil begitu hebat diperkatakan. Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Puas mereka menafikan dan menegaskan mereka hanya berkawan baik, namun isu tersebut masih belum reda apatah lagi bila kedua-duanya muncul membawakan watak sebagai suami isteri di dalam program Cafe Akhil Hayy musim kedua yang telah ditayangkan di Astro Oasis sekitar pertengahan tahun ini.

'Keakraban' Akhil dan penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu terus diperkatakan apabila mereka dilihat sering bersama termasuklah menonton wayang dan setelah tersebarnya gambar 'mesra' mereka bersama beberapa orang rakan di Port Dickson.

Kemuncak kontroversi ini akhirnya berlaku pada Mei lalu apabila Maizawati Zainal yang ketika itu masih merupakan isteri Akhil tampil membuat pendedahan tentang suaminya itu dan pergolakan rumahtangganya.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri pada waktu itu sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan pada 15 Julai lalu, pasangan ini sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Sebulan selepas itu, Akhil menamatkan spekulasi hubungannya dengan Waheeda apabila pasangan itu selamat bernikah pada 16 Ogos di Masjid Ar Rahimah Kuala Kubu Baru.

Kes Langgar Kontrak Dan Isu Peribadi Farawahida & Julfekar





Perang besar antara mereka bermula apabila komposer terkenal, Julfekar mendakwa Farawahida telah melanggar kontrak dengan syarikatnya, Millenium Art Sdn Bhd (MASB) dan penyanyi itu masih mempunyai kontrak pilihan setahun.

Penyanyi lagu Persoalan Cinta itu dikatakan pernah menghantar surat sebanyak dua kali untuk keluar daripada pengurusan MASB pada Februari dan awal Jun lalu, namun permintaannya ditolak memandangkan kuasa menamatkan kontrak pilihan bergantung kepada MASB.

Kemelut yang melanda mereka berterusan apabila Farawahida membuat laporan pada 1 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya atas dakwaan komposer itu mengugutnya mahu menyebarkan video serta gambar lucahnya.

Sebelum ini, Farawahida telah membuat dua laporan polis di
BalaiPolis Klang pada 6 November tahun lalu dan Taiping, Perak (9 Februari). Berikutan itu, polis telah memanggil Julfekar untuk merekodkan keterangannya berhubung dakwaan itu.

Pada masa yang sama, Farawahida menafikan kenyataan Julfekar bahawa mereka pernah menjalinkan hubungan cinta.

Julfekar turut memfailkan saman ganti rugi sebanyak RM436,700 terhadap Farawahida pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjelaskan kos-kos kerugian berikut yang telah ditanggung oleh pihak syarikatnya dalam menerbitkan album terbarunya Farawahida ‘09.

Nora Danish Tarik Diri Daripada Spa Qistina Gara-Gara Fasha





Kisah 'ketegangan' antara dua selebriti ini bukan lagi cerita baru dalam dunia seni tempatan. Semuanya gara-gara Fasha dikatakan menjadi punca perceraian Nora dengan Rizal Ashram pada tahun lalu.

Namun, Fasha akui sentiasa bersikap profesional dan boleh bekerjasama dengan Nora di dalam mana-mana drama mahupun filem. Persetujuan dua aktres ini untuk membintangi drama bersiri Spa Qistina menjadi perhatian ramai kerana ia adalah gandingan mereka buat pertama kalinya selepas kontroversi itu.

Menurut Nora, dia tidak ada masalah untuk berlakon di dalam drama yang sama dengan Fasha apatah lagi mereka tidak akan dipertemukan di dalam babak yang sama.

Namun, ketika penggambaran masih berjalan, Nora nekad melepaskan watak Maya yang dipegangnya itu kerana terkilan dengan sikap sambil lewa pihak produksi drama tersebut Global Station Sdn Bhd yang membiarkan Fasha hadir ke lokasi penggambaran drama itu sehingga mengganggu konsentrasi lakonannya.

Menurut Nora, dia sudah membuat perjanjian mulut dengan produser, Datin Zaiton Mohd Jiwa agar tidak dipertemukan langsung dengan Fasha. Bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi, Nora nekad mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran yang melibatkan dirinya dengan Fasha.

Insiden 'Tampar-Menampar' Haleeda




Sekitar Jun lalu, kecoh tentang insiden 'tampar-menampar' yang membabitkan pelakon Haleeda dan isteri kepada pelakon drama bersiri Kecuali Cintamu iaitu Shah Hassan.

Isteri Shah telah menyerbu lokasi penggambaran drama itu yang dibintangi oleh Shah dan Haleeda di Bukit Jelutong dan 'menyerang' Haleeda yang dikatakan ada hubungan dengan suaminya. Disebabkan itu. Haleeda dan Shah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam sejurus insiden tersebut.

Bekas isteri kepada pemain bola sepak, Azman Adnan ini mendakwa, serangan itu berlaku berikutan hasutan pihak tertentu dan dirancang untuk mengaibkannya. Seorang lelaki berstatus Datuk turut dikaitkan dengan kejadian itu.

Kisah 'Belasah' Remy Ishak & Ummi Nazeera



Awal bulan ini, Remy Ishak atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak dibelasah oleh sekumpulan lelaki ketika ingin menuju ke bilik persalinannya di dalam Istana Budaya (IB) sebaik pementasan teater Natrah dan sesi beramah-mesra dengan penonton berakhir.

Remy diserang oleh tujuh orang lelaki yang berjaya melarikan diri setelah kejadian tersebut disedari oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu.

Akibat serangan tersebut, pelakon berusia 27 tahun itu dibawa ke hospital setelah mengalami kecederaan di kepala dan kakinya. Remy bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan polis.

Namun begitu, semuanya dikatakan berlaku gara-gara Remy memukul kekasihnya, Ummi Nazeera sebelum itu sehingga menyebabkan muka pelakon baru itu cedera. Remy menafikan ada mengasari Ummi secara sengaja, namun mengaku wujudnya pertengkaran antara mereka pada 4 Disember lalu.

Pembantu rumah Ummi, Susi Sumarni membuat pengakuan di dalam sebuah akhbar baru-baru ini bahawa dia menyaksikan pergaduhan antara Remy dan majikannya, Ummi di bawah kondominium yang terletak di Jalan Ampang itu dan pada masa kejadian, Remy dilihat melibas tangannya dengan laju ke muka Ummi sehingga menyebabkan pelakon itu terjatuh.

Menurut Susi, Remy kemudian datang kepadanya dan memintanya agar tidak melaporkan perkara tersebut dan menyuruh Susi mengambil bedak asas di rumah bagi menutup luka di muka pelakon wanita itu. Pendedahan yang dibuat oleh Susi di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, itu tidak terhenti di situ saja apabila dia turut mengaku, Ummi sebelum ini juga pernah dicederakan Remy ketika mereka bertengkar.

Remy bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu, tetapi tetap mempertahankan dirinya.

Perkahwinan Rahsia Zizie Ezette & Bung Mokhtar





Kontroversi perkahwinan rahsia aktres jelita Zizie Ezette dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin adalah antara kisah panas yang menjadi 'penutup' tirai 2009.

Mereka dikatakan telah pun bernikah awal Disember lalu, namun masing-masing menafikan tentang perkara itu.

'Sandiwara' mereka berterusan apabila Zizie, Bung Mokhtar dan ibu Zizie, Khaty Fauziah menafikan sekeras-kerasnya tentang perkahwinan tersebut walaupun ada di antara ahli-ahli parlimen yang merupakan rakan kepada Bung Mokhtar sendiri mengaku pasangan telah berkahwin.

Kata Zizie, dia masih dalam proses perkenalan dengan ahli politik itu manakala Bung Mokhtar pula mengeluarkan kenyataan "saya tidak cukup kacak untuk beliau".

Ibu Zizie juga menegaskan bahawa anaknya sedang sibuk di lokasi drama, namun tidak menafikan kedua-duanya sedang mengenali hati budi dan turut merestui hubungan mereka jika sudah ditakdirkan jodoh bersama walaupun Zizie akan dikecam kerana berkahwin dengan suami orang.

Namun, 20 Disember lalu, Bung Mokhtar sendiri mengesahkan bahawa beliau dan Zizie memang sudah berkahwin seperti yang digembar-gemburkan. Tetapi beliau tidak memaklumkan tarikh dan tempat pernikahan itu berlangsung.

Zizie juga secara tidak langsung turut mengesahkan tentang perkahwinannya itu tetapi enggan mengulas lanjut tentang perkara ini.

"Kalau Datuk dah cakap ya (sudah berkahwin), ya lah...," kata Zizie yang dikatakan menjadi isteri kedua.