Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label jutawan kosmetik. Show all posts
Showing posts with label jutawan kosmetik. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

Pembunuhan kejam Sosilawati: 8 suspek jalani ujian sperma

Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol

KUALA LUMPUR: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
KAWAL...anggota polis membawa suspek utama kes pembunuhan Sosilawati ke HKL, semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.

Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya).

Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.
Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.

Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.

Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu.

Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang, katanya.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat dibakar serta abu mereka dibuang ke beberapa sungai berhampiran.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Januari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Tuesday, September 21, 2010

Bukti terbaru: Gelang emas berlumpur

BANTING: Satu gelang emas dipercayai milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menjadi bukti terbaru yang ditemui dalam tali air berdekatan kunci air Sungai Lang di sini, petang semalam.

CARI...penyelam PDRM mencari bahan bukti di sungai berhampiran Pasar Besar Banting, semalam.
CARI...penyelam PDRM mencari bahan bukti di sungai berhampiran Pasar Besar Banting, semalam.
sebelum - selepas
KAWAL...anggota polis membawa suspek utama ke pejabatnya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.


KAWAL...anggota polis membawa suspek utama ke pejabatnya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.
Gelang emas bersalut lumpur itu ditemui kira-kira jam 4 petang hasil pencarian tiga anggota polis daripada Unit Menyelam, Pasukan Gerakan Marin (PGM).

Sepasukan polis turut membawa suspek utama yang juga seorang peguam ke lokasi terbabit difahamkan untuk mencari telefon bimbit milik mangsa. Bagaimanapun, selepas hampir dua jam menyelam, telefon itu gagal ditemui sebaliknya penyelam menemui satu gelang emas.

Usaha mengesan bukti baru itu dihentikan kira-kira jam 5.30 petang berikutan hujan lebat.

Sebelum itu, pada kira-kira jam 2.25 petang, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dengan tangan bergari diiringi anggota polis terlebih dulu memasuki pejabat guaman miliknya yang terletak berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini.

Ini kali kedua polis memasuki premis terbabit selepas kali pertama pada Selasa lalu. Turut memasuki premis terbabit ialah dua wanita berusia 20-an dipercayai pekerja suspek. Ketika meninggalkan premis itu, seorang anggota polis dilihat membawa beberapa dokumen.

Sosilawati bersama tiga lagi rakannya dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu sebelum ditemui dibunuh di Ladang Gadong, di sini.

Sebelum ini, polis menjalankan operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau dan menemui serpihan tulang manusia dipercayai milik keempat-empat mangsa.

Selain itu, beberapa senjata seperti pisau, batang besi dan dua jam tangan dipercayai milik mangsa ditemui di Sungai Kanchung Laut, di sini. Polis turut menemui enam zink di dasar Sungai Gelanggang Buaya di Kampung Kelanang, di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin gagal dihubungi bagi mengesahkan penemuan bukti baru itu.

Monday, September 20, 2010

Arwah Sosilawati Dikebumikan di Johor?

Keluarga jutawan kosmetik terkenal, arwah Datuk Sosilawati Lawiya, berhasrat untuk mengebumikan beliau di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan. Perkara tersebut dimaklumkan oleh adik iparnya, Misjan Jamikan yang berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama ahli keluarga termasuk anak-anak arwah di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Beliau menambah anak-anak Sosilawati perlu ke hospital untuk mendapatkan tulang-tulang atau apa saja untuk dibawa balik dan beliau akan uruskan yang lain di kampung ini - malaysiasensasi.net

Suspek utama kes bunuh Jutawan kosmetik Pakai Datuk Palsu

Polis mengesahkan Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu, ia dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin yang memberitahu bahawa beliau tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri.

Difahamkan, Patmanaban sebelum ini pernah cuba membeli gelaran itu dari sebuah negeri, namun dia menjadi mangsa penipuan walaupun selepas menyerahkan sejumlah wang yang dianggarkan beratus ribu ringgit untuk tujuan mendapatkan anugerah itu.

Malah dia ketika itu dikatakan menerima surat penganugerahan daripada pihak istana, namun pada saat-saat akhir namanya tidak tersenarai.

Dalam pada itu, Bakri berkata, aset Patmanaban yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati telah dibekukan, namun buat masa ini berapa jumlah aset peguam itu yang dibekukan belum dapat diumumkan.

Pekida Bakar Kain Rentang

Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah.

Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.
180910 pekida tahlil noorhisham sosilawati
Noorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

"Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya.

Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.
Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun.

180910 pekida burn bar council banner sosilawati
Sejurus selepas tamat sidang media itu, kelihatan beberapa orang yang hadir membakar (kiri) kain rentang bertulis "Presiden majlis peguam mesti letak jawatan" tanda tidak puas hati mereka.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kecekapan polis menyiasat kes itu dengan segera, Shahril juga mengingatkan supaya isu pembunuhan itu tidak dipolitikkan.

"Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," katanya.

Sebelum itu, pertubuhan itu juga membuat kutipan wang bagi membantu meringankan beban keluarga Noorhisham.

Kelihatan beberapa anggota keluarga pegawai bank itu agak tenang dan menyertai majlis bacaan tahlil di halaman rumah keluarga si mati.

(GAMBAR) Suspek Yang Terlibat Dengan Kes Bunuh Sosilawati

gambar suspek

Inilah gambar suspek yang telah ditahan reman oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang lagi. Mengikut Utusan, suspek adalah seorang peguam yang bergelar Datuk. Suspek berumur 41 tahun.

gambar suspek datuk sosilawati

3 lagi suspek turut ditahan reman dan dipercayai salah seorang daripada suspek adalah adik kepada peguam yang bergelar Datuk ini.Kesemua suspek ditahan reman selama 7 hari di Balai Polis Bukit Jalil.

Kami di BeautifulNara mengucapkan tahniah atas kepantasan pihak polis Malaysia bertindak dalam hal ini. Semoga kebenaran akan terbukti jua. Kalau betul-betul bersalah, biarlah hukuman yang diberikan setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

Update: Abang Nara dah delete komen yang berunsur perkauman. Sila jaga tata tertib. Bunuh tak ada kaitan dengan mana-mana kaum. Kalau dah mata gelap dengan wang, tak kira anda kaum apa pun sanggup membunuh asalkan wang dalam tangan.

*Artikel dari http://beautifulnara.com

Thursday, September 16, 2010

16 anjing ganas pembunuh

16 anjing ganas

BANTING: Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.

PERSINGGAHAN TERAKHIR...Sosilawati dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhan jutawan kosmetik bersama tiga rakannya.
PERSINGGAHAN TERAKHIR...Sosilawati dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhan jutawan kosmetik bersama tiga rakannya.
Semua mangsa suspek dikatakan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan sekiranya tidak mahu bekerjasama atau enggan mematuhi arahan.
Difahamkan, ladang berkenaan juga mempunyai beberapa unit rumah seakan chalet menempatkan sebuah rumah yang eksklusif dan kolam renang.

Sosilawati dan rakannya juga dipercayai ditakutkan dan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan. Malah, semua mereka dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka.

Semua mangsa dibelasah dengan kayu kriket sebelum dibunuh seorang demi seorang. Mayat mangsa dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai dengan tujuan melupuskan bukti.

Menurut sumber, sebelum ini pernah seorang lelaki dicampak suspek ke dalam kandang anjing berkenaan selepas ingkar arahan membabitkan satu urus niaga.

Suspek yang juga seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun ditahan serta adiknya berusia 38 tahun pada 11 September lalu bersama enam lain termasuk dua wanita sebelum kes pembunuhan kejam dilakukannya terbongkar.

Berdasarkan maklumat, suspek memiliki kekayaan melampau dalam akaun berjumlah jutaan ringgit di dalam dan luar negara, selain hartanah antaranya dua unit rumah semi-D di Banting, unit apartmen di Taman Kinrara, ladang ternakan ayam, lembu dan kambing di Batu Laut, Morib dan rumah sewa di Taman Cempaka.

Malah, kes pembunuhan Sosilawati juga ada kaitan dengan suspek kerana sebelum kejadian, berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun jutawan itu ke dalam akaun milik suspek.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga lain.

“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa meningkat.

Saturday, September 11, 2010

Sosilawati Lawiya Dibunuh?




KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor-Utusan

Update-Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya

Semalam rasanya kami menulis entri misteri kehilangan hartawan kosmetik,Datuk Sosilawati,kini timbul pula tanda-tanda yang menunjukkan kemisteriaan kehilangan beliau.Mungkin post ini lebih detail akan kami ulas berkenaan Datuk Sosilawati kerana pada pendapat kami,kes beliau mungkin ada kaitan dengan status dirinya yang bergelar jutawan kosmetik negara..

Sedikit info berkenaan Datuk Sosilawati

Datuk Sosilawati Lawiya mengusahakan rangkaian produk kecantikan Nouvelles Visages (NV) mempunyai enam anak melalui perkahwinan pertamanya. Beliau berkahwin dengan Nash pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009. Setelah bercerai , dia sekali lagi berkahwin namun identiti suami terbarunya, seorang ahli perniagaan berasal dari Indonesia pernah menimbulkan kontroversi apabila ditangkap berkhalwat gara-gara bernikah di negara jiran iaitu Thailand.

Rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya

Kronologi dan Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya

  • Memaklumkan kepada keluarga untuk urusan Bisnes di Banting, Selangor selama 3 hari.
  • 30 Ogos 2010 pergi ke Banting, difahamkan Datuk Sosilawati ada urusan untuk membeli tanah.
  • Membawa RM 4 Juta bersamanya dan ditemani peguam, pegawai bank dan pemandu beliau. (Mengenai keterangan ini,anaknya sangat kesal kerana isu Rm 4 juta yang tidak pasti ini hanya akan membahayakan keselamatan ibunya)
  • Menaiki dua kereta mewah berlainan, masing-masing jenis BMW X5 warna hitam bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati dan BMW 525i bernombor pendaftaran AAJ 5 dipercayai Ahmad Kamil

Individu yang Turut dilaporkan Hilang bersama Datuk Sosilawati Lawiya

  • Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dari Tetuan Kamaruddin & Partners
  • Noorhisham Mohammad, 38, pegawai kredit CIMB Bank
  • Kamarudin Shansuddin, 44, pemandu peribadinya yang baru bekerja

mh_04.1Kereta Ahmad Kamil yang dijumpai oleh orang awam jam 9.45 malam..

Perkembangan Kes

Suami Sosilawati telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan kehilangan isterinya.

Anak Sulung Sosilawati juga telah hadir memberikan maklumat.

6 September 2010 , 9.45 malam – Kereta milik Sosilawati jenis BMW X5 menggunakan nombor pendaftaran WTL 11 berwarna hitam ditemui di kawasan letak kereta Flat Angsana USJ1 pukul 9.45 malam tadi oleh orang awam.

6 September 2010, 10.45 malam – kereta jenis BMW M5 milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 ditemui di tempat letak kereta depan Hotel Dorsett diletakkan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tiada sesiapa di dalamnya.

Pihak Polis sedang menunggu data panggilan daripada syarikat telekomunikasi dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai.

Kepada keluarga Datuk Sosilawati,kami hanya mampu menasihati anda agar bersabar dan banyak berdoa.Semoga beliau selamat.Amin..

GEMPAR: SOSILAWATI MATI DIRBUNUH & DIBAKAR DI LADANG KEPALA SAWIT MORIB

Photobucket

Update penemuan mayat Sosilawati dan 3 lagi di Tg Sepat Morib di Ch 501 Jam 1:00 sebentar tadi. Footage di Bernama TV mengatakan penemuan mayat mereka.


Monday, September 6, 2010

Hartawan kosmetik hilang, keretanya ditemui

Dua buah kereta mewah dipercayai milik hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan seorang peguamnya ditemui oleh orang awam di dua lokasi berbeza di Subang Jaya malam semalam.

NONEDifahamkan kereta terbabit iaitu BMW M5, dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5series dipercayai milik peguamnya ditemui berhadapan sebuah rumah teres berdekatan sebuah hotel di sini, kira-kira 10 malam semalam.

Terdapat dua pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman sedang mengambil bukti dan maklumat lanjut dari dua kawasan penemuan kereta berkenaan.

Difahamkan kenyataan media berhubung penemuan dua buah kereta ini akan dikeluarkan esok pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penemuan kereta terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Akhbar hari ini melaporkan Sosilawati, 44, gagal dikesan selepas dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu.

Bekas isteri Nash Lefthanded:Jutawan kosmetik hilang bersama wang RM4 juta


KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang bersama Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan Nouvelles Visage itu ialah seorang peguam, pegawai bank dan pemandu wanita itu.

Mereka hilang bersama kereta BMW X7 milik Sosilawati.

Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa.


Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai
Polis Gombak.

Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.
Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu raji'e di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009.