Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label kereta nasional. Show all posts
Showing posts with label kereta nasional. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Reka Bentuk Dan Design Dalaman Proton Inspira 2010



Ramai antara kita dah lihat rekabentuk dan design luaran Proton Ispira tetapi pasti ramai yang belum tengok lagi reka bentuk dan design dalaman Proton Inspira 2010 ini.


Kali ini nak share dengan anda semua reka bentuk dan design dalaman Proton Inspira 2010 ini dengan lebih dekat.



Gambar ruang dalaman bumper kereta



Spesifikasi enjin masih belum di ketahui


Dashboard yang simple dan kemas



Stereng dan meter yang sporty dan elegan



Gear automatik juga nampak simple dan kemas



Radio yang mesra pemandu. Memudahkan pemandu menukar siaran radio atau cd



Pintu kereta yang boleh di buka luas


Secara peribadi, rekabentuk dan design dalaman Proton Inspira ini memang memuaskan dan menarik. Rekabentuk yang sporty dan ruang dalaman yang selesa menjadikan kereta ini sesuai untuk kegunaan si bujang mahupun untuk yang keluarga...

Proton Inspira R3 2011



Belum pun sempat model Proton Inspira dilancarkan sepenuhnya kini ura-ura Proton akan melancarkan model Proton Inspira yang berprestasi tinggi yang dikenali sebagai Proton Inspira R3 pada 2011 mula kedengaran.


Kepada mereka yang bercita-cita memiliki kereta berprestasi tinggi seperti Mitsubishi Evo X, Proton Inspira R3 ini bakal menjadi platform untuk mereka yang suka mengubah suai kereta menjadi model itu.


Pasukan Proton R3 dijangkakan akan membangunkan model dinaik taraf Proton Inspira, sama seperti yang dinaik taraf oleh R3 dan Lotus, iaitu Proton Satria Neo Lotus R3 Racing.




Walaupun penukaran enjin mungkin tidak akan berlaku, namun kosmetik luaran adalah jalan penyelesaiannya yang paling ‘simple’ dan popular.


Ini kerana Team R3 Proton diakui mempunyai kemampuan dalam mereka bentuk kembali Proton Inspira dengan rupa yang lebih garang dan pantas.


Jadi jika anda mempunyai bajet hampir kepada RM150K, adalah berbaloi jika anda menunggu model itu dikeluarkan pada tahun 2011. Secara peribadi, Proton telah membuat pilihan yang tepat apabila bekerjasama dengan Mitsubishi untuk mengeluarkan Inspira..

Monday, September 6, 2010

Gambar: Proton Waja Baru mirip Mitsubishi Lancer

Proton akan melancarkan Proton Waja baru pada 2010 ni tak lama lagi. Di TV3 tadi ada tunjuk sikit gambar Proton Waja baru tu tapi sikit sangat. Yang jelas dan nyata lampu depan dan belakangnya sebijik macam Mitsubishi Lancer. Yalah teknologi waja baru ni adalah program bersama MMC. Gambar proton waja 2 ni aku ambil dari blog Paultan.org, iras-iras macam Mitsubishi Lancer Fortis. Sama macam yang tunjuk di TV3 tadi, cun jugak. Jadi sesiapa yang ada hati nak beli kereta baru tu, boleh tunggu Proton Waja ni dilancarkan nanti, kot-kot berkenan.

Proton Waja Baru 2010


Proton Waja Baru 2010

Proton Waja Baru 2010

Proton Waja Baru 2010

Proton Waja Baru 2010

Proton Waja Baru 2010

Ini pula Mitsubishi Lancer

Proton Waja Baru 2010

Saturday, August 14, 2010

Proton Waja Baru 2010: Apa Kata Anda?

Dulu Proton pernah bekerjasama dengan Citroen untuk menghasilkan Proton Tiara, dan hasilnya amat mendukacitakan. Kini Proton akan tampil pula dengan Proton Waja baru (replacement model) yang berasaskan model Lancer Mitsubishi. Cantik memang cantik tapi tertanya-tanya juga apa kewajaran Proton meniru model Lancer ni. Kereta-kereta keluaran Proton kebanyakannya tiada identiti dan trademark. Sampai bila nak bergantung kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta yang lain kan?

Proton Waja baru: pandangan sisi

Proton Waja baru: pandangan belakang

Proton Waja baru: pandangan depan

Sunday, July 11, 2010

Exora edisi terhad sempena ulangtahun 25 proton tampak mewah

Proton telah pun melancarkan tiga model kereta peringatan sempena ulang tahun Proton yang ke-25 di majlis makan malam gala sambutan ulangtahunnya.


Exora merupakan salah satu daripada tiga model proton yang dilancar sempena ulangtahun itu termasuk model Persona dan Saga. Namun, bagi setiap model hanya akan disediakan 25 unit sahaja.

Semua model edisi khas itu dilengkapi dengan tema harimau dan disertakan dengan reka bentuk rim aloi yang unik, melambangkan jalur harimau, tempat duduk kulit Napa serta logo ulang tahun ke-25 ditekap pada penyandar kepala. Model Proton edisi terhad itu juga dikeluarkan dengan warna ‘White Pearl’ eksklusif untuk permulaannya.


Pada model Exora, apa yang paling menarik adalah kemasan dalaman, yang disediakan dalam warna coklat dengan kemasan logo 25 tahun timbul di penyandar kepala kusyen dan ia menampak mempunyai citarasanya tersendiri dan benar-benar memberi satu dimensi baru terhadap model proton Exora. Tidak keterlaluan jika merasakan berada dalam sebuah kereta MPV bertaraf elit dengan penyediaan skrin sentuh di bahagian penumpang belakang.

Bahagian luaran, terdapat bodykit yang kemas dan bumper depan yang dikelilingi krom di foglamps serupa dengan Prestige Exora bumper.

Pada bahagian paparan di kabinnya Exora edisi terhad ini telah dilengkapi dengan skrin sentuh lebar yang boleh beroperasi dengan SD card dan USB bersama-sama dengan pemain cakera. Skrin itu juga boleh digunakan untuk paparan video dari kamera reverse serta paparan navigasi GPS.

Bagi penumpang baris kedua, setiap seorang dibekalkan dengan skrin LCD yang diletakkan pada penyandar kepala kerusi depan. Skrin LCD berkenaan dilengkapi port USB. Kerusi penumpang di baris ini juga telah pun diubahsuai dengan hanya dua kerusi yang mempunyai jarak yang selesa antara kedua-duanya jika dibandingkan keluaran biasa yang dilengkapi hanya kusyen biasa.

Exora edisi terhad sempena ulangtahun ke 25 proton itu akan dijual dengan harga RM91, 998 di atas jalan berserta insurans. Disamping harga edisi terhad model lain ialah RM54,500 bagi Saga, RM69,500 untuk Persona dan RM91,998 (Exora) atas jalan termasuk insurans. Tempahan bermula 12 Julai ini di semua ruang pameran Proton seluruh negara.