Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label neelofa. Show all posts
Showing posts with label neelofa. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Aaron Aziz Dan Neelofa Di Muka Hadapan Media Hiburan Terbaru

Sebetulnya, kami meminati gandingan ini sejak mereka berlakon bersama dalam drama arahan Heykal Hanifah, Jiwa dan Lara yang disiarkan beberapa bulan dahulu di TV3. Jadi kami berpendapat cover Media Hiburan (MH) kali ini memang menarik habis. Walau bagaimanapun, kami masih ingat satu ketika dahulu Media Hiburan (sekitar akhir 90′an dan awal 2000′an) lebih banyak memberikan ruang pada selebriti muka hadapan untuk menonjol. Bukan apa, kami rasakan snippet berita di bahagian kiri dan bawah itu menyebabkan muka hadapan MH nampak crowded (bekas pembeli tegar majalah MH).

Cerita terbaru, Neelofa telah hadir ke konsert Awie dan Ella di Istana Budaya baru-baru ini bersama Hans Isaac manakala Aaron pula telah ke Jepun bersama isterinya. Harap-harap dapat melihat gandingan mereka ini di filem pula. Dengan populariti Aaron dan faktor X Neelofa, pasti meletup.

Thursday, January 26, 2012

Kontroversi Neelofa Bawa Tuah

Leave a Comment

neelofa
Walaupun namanya sering dikaitkan dengan kontroversi seperti sindiran Fazura kepada Neelofa, namun nama Neelofa tetap tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25.

Dalam usia setahun jagung, Neelofa bersyukur kerana tercalon kerana ada artis yang mengambil masa yang lama untuk dikenali.

“Syukur Alhamdulillah. Lofa sedar Lofa artis baru dan apabila tercalon dalam Top 5 ia sesuatu yang menggembirakan Lofa. Lofa tidak sangka dalam usia setahun jagung ini sudah pun terpilih kerana ada artis lain pun mengambil masa yang lama untuk dikenali. Lofa anggap ia satu penghargaan daripada peminat dan Lofa tidak anggap ABPBH ini sebagai satu pertandingan pun.”

Tidak menafikan kelibatnya dalam industri seni tanahair terlalu diselubungi kontroversi, namun dia bersyukur kerana kontroversi itulah yang telah melonjakkan namanya sehingga dikenali dan menerima pelbagai tawaran.

“Lofa tidak nafikan yang kontroversi banyak menaikkan nama Lofa. Namun dalam waktu yang sama, kontroversi itu telah memperkenalkan nama Lofa di pesada seni tanah air dan banyak tawaran yang Lofa terima. Bukan sekadar watak sampingan tetapi watak utama seperti Azura dan Lemak Kampung Santan, termasuk peluang mengacarakan rancangan wanita popular, Nona.”

Dengan deretan filem seperti Azura, SAM dan banyak lagi yang menanti tayangan pada tahun ini, Lofa berharap persepsi masyarakat akan mula berubah terhadapnya.

“InsyaAllah pada tahun 2012, peminat Lofa akan dapat menilai bakat Lofa pula apabila filem-filem Lofa akan ditayangkan dan Nona telah pun mula bersiaran. Harapan Lofa, persepsi orang yang Lofa hanya popular kerana kontroversi akan mula berubah. Lofa mahu buktikan yang Lofa ada potensi dalam dunia hiburan ini. Lofa harap juga kontroversi akan berkurangan pada tahun ini.” Ulas Lofa mengakhiri bicara.

Sumber: GUA untuk Portal Berita Malaysia

5 Sebab Kenapa Neelofa Popular Sekarang Ini

Admin dah pernah cakap suatu ketika dahulu yang Neelofa pasti akan menggegar dunia hiburan tanah air selepas bergelar Dewi Remaja. Tapi tak adalah Admin sangka dia akan popular sebegini cepat. Memang pantas populariti Neelofa meningkat. Sepantas kilat.

Ini teori Admin tentang punca-punca bagaimana nama Neelofa boleh menuju ke puncak seperti sekarang. Kalau rasa nak tambah silakan.

1. Gosip cinta 3 segi antara Neelofa, Shah Jaszle dan Maria Farida.
2. Gosip pergaduhan antara Neelofa dan Fazura
3. Neelofa memang hebat dan pandai berlakon.
4. Wajah Neelofa memang sangat komersil.
5. Neelofa memang mesra peminat, wartawan dan blogger.

Semoga bila dah popular, Neelofa tidak sombong dan mudah lupa diri. Dan kalau boleh tue, janganlah sentiasa pakai seksi melampau time photoshoot. Pakai biasa-biasa sudah la. Kalau dah cantik tue, tak perlu seksi-seksi sangat kan?

sumber: informasi.my

Saturday, January 21, 2012

Neelofa Kini Punyai Laman Web Rasmi Sendiri | Neelofa.my


As-Salam.
Ntah macam mana, HH temui laman web ini, ianya merupakan laman web rasmi Neelofa, pelakon cun melecun yang semakin meletup-letup. Nampaknya lembaran 2011 ditutup dengan pelbagai kisah menarik mengenai gadis ini, dan 2012 pula membuka tirai dengan penampilan pertama Neelofa dalam sebuah rancangan berkonsepkan majalah di TV3 iaitu Nona.


Mungkin, laman web rasmi ini sebagai satu tanda aras bahawa nama Neelofa bukan sekadar nama seorang selebriti yang ada bakat berlakon, tetapi juga bijak dalam mengatur perjalanan karier sebagai seorang usahawan, sebagai seorang model, sebagai seorang pereka ... sebagai penyanyi dan juga sebagai pengacara.

Menerusi laman web rasmi Neelofa ini, anda akan mengetahui mengenai sejarah karier Neelofa sejak menjadi Dewi Remaja, anda akan temui galeri yang memuatkan gambar-gambar cun Neelofa, video-video yang hot Neelofa dalam sessi fotografi, temubual dan sebagainya termasuklah perkembangan terbaru mengenai kariernya.


Tahniah, HH ucapkan pada Neelofa. Moga bertambah berjaya, dan ingat semakin cepat kita naik, semakin mudah kita jatuh. :)

Nak jenguk dan lihat apa yang ada dalam laman web Neelofa serba baru ini? KLIK SINI.

Neelofa Ambil Kolagen Untuk Kekal Cantik


BIARPUN digelar pendatang baru, wajah jelita pelakon, Neelofa sudah menjadi rebutan ramai penerbit.
Seunik orangnya, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 22, ini bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah setelah menjuarai Dewi Remaja 2010.

Bermula dengan filem Azura, dalam masa tidak sampai setahun dia sudah berlakon lima filem.
Selepas Azura, dia berlakon dalam filem Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko yang dijangka memasuki penggambaran pada bulan ini.

Kesemua filem tersebut dijadualkan masuk panggung tahun depan.

Selain bidang lakonan, Neelofa juga meluaskan karier seninya dalam bidang pengacaraan apabila digandingkan dengan pengacara dan penyampai Hot FM, Fara Fauzana untuk mengendalikan program Nona di TV3.


Neelofa sempat berkongsi tentang pengalaman pertamanya menjalani penggambaran episod pertama Nona di Lombok, Indonesia.

“Dalam setiap episod ada enam segmen dan saya mengendalikan segmen makan angin di Lombok.

“Saya rasa seronok kerana pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Jika dulu, saya memberi tanggapan negatif dengan tempat ini memandangkan ramai wanita Malaysia yang dibawa lari oleh lelaki Indonesia ke sana.

“Tetapi apabila sampai ke sini, persepsi itu berubah dan saya rasa tempat ini menjadi popular kerana kecantikan tempatnya serta banyak lagi lokasi yang belum diterokai dan boleh dibangunkan seperti Bali.

“Saya ke Lombok ditemani orang lain termasuk panel yang mengendalikan kru Nona di sana. Alhamdullillah, ada yang memaklumkan mereka berpuas hati dengan hasil kerja saya.

“Apapun, saya tahu program ini sangat besar dan jika ada penonton yang tidak berpuas hati, saya tidak akan rasa kecewa kerana saya sudah memberikan yang terbaik dan saya, pengalaman akan mengajar seseorang itu untuk menjadi lebih baik,” ujarnya yang berada di Lombok selama empat hari bermula 28 November hingga 2 Disember lalu.



Jelasnya lagi, dia tidak akan menyesal menerima tawaran pengacara Nona walaupun masih muda untuk mengendali program tersebut.

“Saya mengidam program seperti ini dan mahu menjadikan Nona sebagai batu loncatan untuk melonjak karier saya.

“Usia tidak semestinya menentukan seseorang itu lebih berbakat atau tidak kerana yang penting adalah ilmu pengetahuan.

“Lagipun, program ini mahu mensasarkan remaja perempuan yang mungkin sebelum ini menganggap Nona hanya sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin.

“Apabila saya banyak membaca dan bertanya kepada orang lain, secara tak langsung akan mematangkan diri saya,” ujarnya.

Kecantikan sebenar

Menyelami erti kecantikan sebenar buat si jelita ini, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik.

“Walaupun orang kata saya menang Dewi Remaja sebab cantik, kadang-kadang saya rasanya tidak juga kerana kemenangan mungkin dinilai dari banyak segi.

“Paling penting, wanita itu perlu kerana jika tidak cerdik, bagaimana nak maju dalam industri ini,” katanya lagi.

Memiliki sepasang mata yang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki, Neelofa berkata bahagian matanya jarang sekali disolek tebal.

“Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja.

“Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam.

“Saya juga membuat rawatan muka di Chemical Peel setiap dua kali sebulan. Cara paling mudah untuk kecantikan kulit adalah minum banyak air kosong,” ujarnya tentang tip kecantikan yang diamalkan untuk OopStarz! kali ini.

Tambahnya lagi, untuk mengelakkan kulit muka menjadi gelap akibat berjemur di bawah cahaya matahari, Neelofa akan membuat lulur badan dan mengambil vitamin C untuk mencerah semula kulit.

“Saya takut kulit gelap, jika kulit berjerawat masih ada banyak cara untuk atasi,” katanya.