Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label scorpions. Show all posts
Showing posts with label scorpions. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Comeblack Legasi Terakhir Scorpions

Scorpions

Sebagai kumpulan Hard Rock yang paling berjaya dalam sejarah , Scorpions secara dasarnya amat dikenali dengan lagu-lagu ballad mereka yang menguasai ruang-ruang radio diseluruh dunia , melewati muzik psydelic dan Heavy Metal pada album-album awal mereka , siapa tak kenal dengan guitarist hebat mereka waktu itu , Uli Jon Roth yang mendefinasikan solo gitar Scorpions dengan pengaruh Jimi Hendrix.

Scorpions ComeblackAmat memeritkan ialah apabila mereka mengumumkan album “Sting In The Tail” (2010) sebagai album terakhir , ia bagaikan tragedi kerana dengan 18 album mereka masih kukuh dan mampu memukau para peminat . Album “Humanity:Hour 1” (2007) membuka mata ramai peminat muzik Rock , ia merupakan album yang sangat hebat dan padu , gabungan muzik ballad Scorpions dan Hard Rock yang seimbang dan menyerlah antara satu sama lain .

Album terakhir “Sting In The Tail” bagaikan kehebatan yang berterusan dan meneruskan kejayaan sebagaimana album “Humanity:Hour 1” . Album “Sting In The Tail” memberikan lambaian terakhir yang begitu klasik untuk para peminat . Dengan rilisan terakhir tersebut, Scorpions berada di jalanan di seluruh dunia dengan rangka konsert jelajah “Farewell Tour”.

Namun ketika dalam keseronokan dalam siri konsert di Eropah/Asia dan Amerika , Scorpions mengambil keputusan yang tidak dijangka untuk merakamkan lagu-lagu lama mereka semula dengan beberapa lagu cover dan lagi sekali ‘encore-album’ “Comeblack” telah menemui peminat semenjak November lalu dibawah Sony Music . Walaupun ramai yang memberi pendapat mereka seharusnya mengeluarkan album baru dan bukannya merakamkan semula lagu-lagu lama tapi secara jujurnya saya melihat album “Comeblack” bagaikan sesuatu yang personel buat Scorpions kerana pemilihan lagu-lagu cover yang popular pada tahun 60 dan 70an yang tentunya banyak memberikan kenangan semasa Scorpions mula-mula ditubuhkan dengan kumpulan seperti The Beatlles . Rolling Stones , The Kinks , Small Faces , T.Rex dan Gloria jones.

Tidak banyak yang dapat dikatakan mengenai lagu-lagu mereka didalam album ini kerana ia adalah lagu lama yang dirakamkan semula dengan teknologi masa kini dan apatah lagi ia adalah lagu-lagu hit Scorpions , teknologi terkini memberikan lagu-lagu hit Scorpions dengan sounds yang lebih besar dan tersebar tapi gitar distortion diperlahankan , mungkin ramai akan lebih suka dengan versi live dan kompilasi mereka yang lain .

Namun album “Combeblack” sangat essential , ia adalah sentuhan terakhir mereka distudio dan membuktikan Klaus Meine , Rudolf Schenker dan Matthias Jabs masih mempunyai sentuhan yang berbisa. Berakhirnya legasi lebih 40 tahun kumpulan rock terbaik dunia daripada Jerman . Au Revoir Scorpions …

Track List

1. "Rhythm of Love" - 3:39
2. "No One Like You" - 4:06
3. "The Zoo" - 5:38
4. "Rock You Like a Hurricane" - 4:15
5. "Blackout" - 3:48
6. "Wind of Change" - 5:08
7. "Still Loving You" - 6:43
8. "Tainted Love" (Gloria Jones cover) - 3:27
9. "Children of the Revolution" (T. Rex cover) - 3:33
10. "Across the Universe" (The Beatles cover) - 3:17
11. "Tin Soldier" (Small Faces cover) - 3:14
12. "All Day and All of the Night" (The Kinks cover) - 3:15
13. "Ruby Tuesday" (Rolling Stones cover) - 3:54