Pages

Tuesday, August 31, 2010

Best | Gerai Air Buah Gelas Besar Seberang Takir

Walaupun anak jati terengganu, inilah pertama kali aku dapat singgah dan menikmati di gerai Air buah gelas besar, seberang takir yang begitu tersohor dan terkenal di terengganu ini. Itupun singgah selepas shopping di Mydin Mall.
Air Tembikai Gelas Sedan@Sederhana
Fuhh, memang best. Dahla pekena time tengah panas. Harganya pun berpatutan, gelas kecil RM1.50, gelas sederhana RM2.00 dan gelas besar RM3.00. Ingatkan nak pekena gelas besar, tapi gelas sederhana pun cukup-cukup dapat habiskan. Sedap memang sedap, patutla tersohor gitu. Inilah nama gerai tu :
Gerai Air Buah Pior
Nasib baik datang sebelum pukul 6 dan bukan weekend, jadi takde ramai orang sangat. Tapi masa sebelum nak balik, dah berduyun-duyun kereta sampai dari dalam Terengganu dan juga luar Terengganu. Minum air buah sambil pekena :
Keropok Lekor
Tapau di Kedai Keropok Lekor B.T.B 2209
Memang famous kedai ni . Masa aku sampai ada lebih 10 buah kereta dan berduyun-duyun orang beratur di gerai keropok lekor ini. Sedap keropok lekor namun aku rasa ada satu lagi kedai yang lagi sedap. Nanti saya updatekan balik bila singgah di sana.
Apapun, 2 tempat ni memang terbaik dan memang famous di Terengganu. Kalau singgah terengganu singgah-singgahla ye. Anda pasti tidak kecewa.

No comments:

Post a Comment