Pages

Tuesday, August 31, 2010

Restoran Air Buah Gelas Besar @ Datuk Keramat,KL

Jalan-Jalan Cari Makan. Sebut pasal makanan mesti ramai yang teruja kan? Kalini saya ingin berkongsi satu tempat makan yang agak seronok dan best juga untuk disinggahi. Harganya murah, tempatnya santai, dan selesa. Rasa cam berada di kampung pula. Tempat yang dimaksudkan adalah :
Restoran Air Buah Gelas Besar, Datuk Keramat, KL
Itulah Air Buah Gelas besar di sana. Yang saya dan isteri order ni, Air Buah Naga dan Air Tembikai. Memang menyegarkan .Murah pula tu, RM2 sahaja. Kali pertama kenal restoran ni masa buat A Level, ada seorang rakan ni selalu sebut pasal gerai air buah ni.
Bila dah start kerja, ada member bawakan ke kedai ni. Fuhh, sekali cuba terus aku jatuh cinta. Memang memuaskan ,sedap dan ada Ummpph. Terbaik punya. Isteri pun dah kemaruk asyik weekend je ajak pi Restoran ni, dia suka sangat dengan :
Char Kuey Teow
Char Kuey Teow ni kali ke berapa puluh aku datang baru aku first time cuba. Sekali mencuba, aku pun turut jatuh cinta. Cewah, makanan sedap mestilah jatuh cinta kan? Lagipun, kat KL ni tak banyak tempat makan yang murah, sedap, dan memuaskan. Satu lagi tempat yang aku suka lepak di KL ni adalah Kampung Baru, tapi mungkinkah Kampung Baru akan terus kekal?Ewahh,melencung pula.
Selain tu, aku rekomenkan :
Keropok Lekor
Keropok Lekor Restoran Air Buah Gelas Besar ni memang sedap. Sebagai anak jati Terengganu, rasa keropok sebegini memang susah dicari di KL. Di Terengganu berlambak-lambak la. Segar, rasanya tak sampai seminggu keropok yang diorang sediakan ni sampai. Takpun, diorang buat sendiri. Hik3. Dengan ladanya yang menyengat, tak pedas sangat, tapi menyelerakan.Yang lagi mengujakan, keropok ini akan digoreng sebaik kita order. Jadi, memang makan panas-panas lagi.
Jadi, apa tunggu lagi . Jom terjah Restoran Ini. Ianya berdekatan dengan LRT Datuk Keramat dan Masjid Datuk Keramat, kalau singgah sana ,tanya orang mesti semua kenalnya. Famous Amous gitu.Satu pantun buat Restoran Air Buah Gelas Besar Datuk Keramat :
Restoran Air Buah Gelas Besar nama diberi
Harga berpatutan ,makanan dan airnya sedap sekali
Sekali singgah terus jatuh hati
Rasa nak singgah hari-hari
Tryla air buah gelas besar madu tiga 3 kali.

P/s : Kat mana lagi ye tempat best pekena Air Buah ?Ingin juga aku terjah.

P/s/s : Ada restoran menarik untuk disinggahi?Kongsi-kongsila.
* Kredit to http://www.eyriqazz.com

No comments:

Post a Comment