Gotong Royong membawa berkat.Pada 6 Ogos 2010, Bahagian Tanah dan Kuasa Tempatan telah mengadakan program gotong royong sempena menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1431H dan Hari Kebersihan Negara 2010 di Perbandaran KETENGAH iaitu Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi dan Bandar Ceneh Baharu.
Program ini melibatkan pembersihan masjid, surau, tapak perkuburan dan sebagainya. Objektifnya ialah bagi menjadikan perbandaran KETENGAH sentiasa bersih, teratur, selesa dan selamat didiami oleh semua penduduk. Selain itu, ianya dapat mengeratkan tali silatulrahim di antara penduduk setempat, pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan swasta dengan pihak KETENGAH.
No comments:
Post a Comment