PENYANYI lagu Pudar, Rossa menganggap bulan Ramadan adalah bulan di mana dirinya akan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.
Biarpun tidak banyak perbezaan menjalani ibadah dari bulan sebelumnya, namun Rossa percaya rahmat yang dikurniakan pada bulan lebih berlipat ganda.
“Pada saya rahmat pada bulan Ramadan sangat besar. Mudah-mudahan ia membuatkan saya untuk banyak bersabar lagi.
“Setiap pekerjaan yang kita lakukan sama ada di pejabat, di rumah atau kerja sendiri pastinya akan disertai dengan kesabaran. Semoga pada bulan ini membuatkan kita untuk menahan nafsu dan amarah kita,” ujarnya.
Dalam pada itu, ibu kepada Rezki Langit Ramadhan ini memberitahu bahawa dia berhajat untuk lebih meningkatkan ibadah solat tarawih berbanding tahun lalu.
“Biasanya saya jarang dapat pergi ke masjid, kerana terlalu sibuk dengan kerja. Biasanya saya melakukan solat tarawih sendirian.
“Pulang dari majlis baru pergi tarawih. Biasanya pada 10 malam yang akhir saya akan ke masjid kerana pahala lebih tinggi pada hari-hari tersebut,” katanya.
Ditanya tentang juadah Ramadan yang istimewa, Rossa memberitahu dia tiada makanan istimewa selain manisan dan kurma.
“Tiada yang istimewa. saya selalu bertukar-tukar juadah setiap hari. Biasanya ada manis-manisan, air kelapa muda, kurma, janji makanan yang buat pemanis mulut,” katanya.
Selain itu, Rossa turut memberitahu jadualnya pada bulan Ramadan telah disusun dengan baik kerana dia tidak mahu mahu menjejaskan ibadat dan kesihatannya.
MSTAR
No comments:
Post a Comment