Pages

Saturday, February 11, 2012

THE CRANBERRIES Live In Malaysia

thecranberries
Tour Sempena Album Terbaru Mereka 'Roses' Yang secara Rasminya Berada di Pasaran Pada 27 February 2012

Para fanatika The Cranberries pastinya sudah menghafal bait-bait lagu yang terdapat pada lagu-lagu seperti ‘Zombie’, ‘Dreams’, ‘Ode To My Family’, ‘Salvation’, ‘Linger’ dan ‘Animal Instinct’. The Cranberries menjadi satu fenomena dalam dunia hiburan antarabangsa sekitar era penghujung tahun 90-an. Kini kumpulan yang memiliki pelantun vokal yang cukup unik vokalnya, Dolores O’Riordan diberitakan akan membuat persembahan di Malaysia sempena konsert jelajah dunia yang bakal diadakan pada 4 April 2012 bertempat di Stadium Negara, jam 8.30 malam.

The WonderLandtelah bekerjasama dengan Sevent Media untuk menganjurkan konsert yang diberi nama “The Cranberries Live In Malaysia2012”,sememangnya sebuah konsert kemunculan semula salah satu daripada band terbesar dunia dan tidak harus dilepaskan oleh peminat mereka. Bagi yang ingin menyaksikan persembahan kumpulan yang diasaskan di Ireland ini bolehlah mendapatkan tiket yang dibahagikan mengikut kategori iaitu RM110 dan RM170 untuk tempat duduk bebas, tempat tiket bernombor pula dijual dengan harga RM230 dan RM280 (VIP).Manakala harga RM220 dan RM300 pula masing-masing adalah untuk kategori Rock Zone dan juga The Pit.

Bersempena dengan kehadiran Hari Valentine yang bakal disambut 14 Februari ini, satu promosi khas untuk pembeli awal akan diadakan mulai 13 Februari hingga 19 Februari. Potongan sebanyak 15% akan diberikan kepada pelanggan yang membeli secara eksklusif melalui internet di www.ticketcharge.com.mydan juga melalui tempahan telefon dengan menghubungi talian 03- 92228811.

Selepas beberapa tahun sibuk dengan urusan membesarkan keluarga, kini The Cranberies sudah bersedia untuk kembali menghiburkan peminat mereka. Kehadiran The Cranberries ini sememangnya dinantikan peminat setianya kerana kemunculan mereka serentak dengan kehadiran album studio keenam dan terbaru mereka berjudul ‘Roses’. Fasa terbaru karier The Cranberries kembali memuncak melihat sambutan menggalakkan yang diterima terhadap konsert reunion yang diadakan pada tahun 2010.

Segalanya bermula ketika anggota kumpulan itu sedang melakukan sesi ujian bunyi apabila vokalis mereka, Dolores, gitaris Noel Hagon dan pemain bass, Mike serta pemain dram, Fergal Lawler mencuri masa untuk bertukar-tukar idea sambil mencari melodi yang sesuai untuk material album terbaru sekali gus menepati identiti muzik mereka. Hasilnya, lahirlah album ‘Roses’ yang mengandungi 11 lagu baru yang kesemuanya ciptaan mereka serta diterbitkan oleh teman baik mereka sendiri iaitu Stephen Street

No comments:

Post a Comment