PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor
plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.
Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain
termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW
15".
Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan
nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan
tertinggi sehingga kini.
Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.
Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.
Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala
Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang
merupakan singkatan bagi "World Wide Web".
Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor
adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan
dikehendaki ramai - WWW 1.
Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya
dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang
dikehendakinya.
Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia.
Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin.
Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru.
Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri.
No comments:
Post a Comment