Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.
Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.
Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.
Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu
terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man
yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada
Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.
Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.
Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata
Sumber laporan dan gambar : Ajijoi |
Lepas ni aku rasa kalau dijemput buat ceramah kat situ.. mati hidup balikpun penceramah dari UMNO tu tak mahu pergi...
Kah..kah..kah.. malu weh!!!
No comments:
Post a Comment