Sebilangan besar daripada mereka sudah
pun mula beratur di hadapan Fahrenheit88, Bukit Bintang sejak jam 11
malam (Jumaat lalu) iaitu 22 jam sebelum jualan tiket dilancarkan.
Bahkan kalau pergorbanan itu masih belum cukup membuktikan yang mereka
adalah peminat tegar BIGBANG, lagi dahsyat!-ada antara mereka sebenarnya
sudah beratur seawal jam 12 tengahari (Jumaat).
Dan pada Sabtu minggu lalu, sekalian
VIPs (gelaran buat peminat) membuktikan populariti BIGBANG apabila
seramai 3500 peminat gigih beratur semata-mata mahu menjadi antara
individu terawal yang membeli tiket konsert yang julung kalinya diadakan
Malaysia-BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012.
Sekaligus, rekod tersendiri tercipta apabila sebanyak 95% tiket habis dijual dalam hanya beberapa jam sahaja sejak kaunter dibuka pada jam 10.30 pagi, semalam.

Sebanyak 600 tiket paling mahal dalam
kategori VIP (RM 688) telah habis dijual dalam masa p 30 minit sahaja.
Manakala kategori 2 (RM 588), Kategori 3 (RM 488) dan Kategori 4 (RM
388) habis dijual dalam tempoh 1jam.
Sebanyak lebih 11,000 tiket telah dijual semalam, menjadikan jualan kali ini sebagai rekod jualan bilangan terbesar tiket yang dijual dalam tempoh sehari untuk mana-mana konsert K-Pop di Malaysia.

Bagaimanapun, bagi peminat yang masih
belum mendapatkan tiket, kategori 5-8 masih sedia ada untuk dijual (RM
288, 198 RM, RM 188, RM 98).
"Kami memang menjangka akan mendapat sambutan yang besar kerana seperti yang kita tahu BIGBANG adalah satu tarikan yang besar di Malaysia. Tetapi apa yang penting ialah semua peminat yang sangat membuatkan kami terharu kerana mereka membantu satu sama lain sama ada yang berada di dalam barisan, di Twitter dan Facebook.
Malah kami kagum melihat peminat yang hadir terdiri daripada kalangan semua peringkat umur, bangsa dan demografi. Sekaligus membuktikan muzik benar-benar menjadi 'bahasa' universal. Kami yakin konsert BIGBANG Alive Tour'12 pasti tidak akan mengecewakan sebaliknya menjanjikan peminat sebuah konsert paling menakjubkan pada 27 Oktober ini ", kata Penerbit Eksekutif Running Into The Sun yang meruoakan penganjur konsert, Wendy Ng.
Ini juga merupakan konsert outdoor pertama seluruh Asia buat lima anggota BIGBANG ni- G-Dragon, Taeyang, TOP, Seungri dan Daesung.Bakal berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia akan direalisasi dengan anggaran kos sebanyak RM 4 juta.
BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia ditaja oleh Samsung Galaxy, dipersembahkan oleh YG Entertainment dan Livenation serta dianjurkan oleh Running Into The Sun dengan PMP sebagai rakan kerjasama rasmi.

No comments:
Post a Comment