Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, April 30, 2012

6KM BACK TO BACK EVENT, KELAINAN HBN2012



PUTRAJAYA, 23 APRIL 2012 - Suatu kelainan yang dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini adalah 6km back to back events sepanjang 23 hingga 27 Mei 2012.
Terdapat lebih 500 aktiviti disenaraikan dengan 38 segmen. Selain itu, lebih 1000 orang penghibur akan menghiburkan pengunjung di 22 pentas di Putrajaya, kata Dato’ Mohid Mohamed, Ketua Setiausaha KBS semasa ditemuramah wartawan di sini, hari ini.
Dengan sasaran 2 juta pengunjung selama  5 hari kali ini, pelbagai aktiviti yang telah susun bagi menjanjikan Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena hari Belia Negara 2012 ini luarbiasa dan antara 10 himpunan atau gathering terbesar di dunia. Dengan bertemakan Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan, HBN2012 menjanjikan sebuah karnival yang besar, menyeronokkan, membuka peluang dalam pelbagai peluang dan sukar dilupakan.
Selain konsert KPOP yang ditunggu-tunggu oleh para belia yang meminati genre pilihan anak muda Korea Top Teen dan Dal Shabet, KBS juga menyediakan pelbagai pentas dengan genre yang berbeza untuk belia Malaysia yang mempunyai bakat dan ingin membuat persembahan mengikut genre yang diminati.
Segmen World Jazz Festival HBN 2012 yang bakal menutup penyertaannya pada 28 April nanti adalah satu platform yang harus direbut oleh jutaan belia di luar sana. Maklumat lanjut, sila melayari www.hbn.gov.my atauwww.kbs.gov.my

K-POP GEGARKAN HIMPUNAN BELIA !


K-Pop Gegarkan Himpunan Belia !
KUALA LUMPUR – Para pengunjung Himpunan Jutaan Belia Putrajaya Mei 2012 yang akan diadakan dari 23 hingga 27 Mei depan bakal dihiburkan dengan persembahan bertenaga dua buah kumpulan muzik terkemuka dari Korea Selatan iaitu Teen Top dan Dal Shabet.
Persembahan yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara itu boleh disaksikan secara percuma pada pukul 8 malam 26 Mei di pentas utama tapak himpunan tersebut di Putrajaya.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed (gambar) berkata, kehadiran kumpulan muzik dari Korea Selatan itu bukanlah semata-mata untuk memastikan sasaran menghimpunkan jutaan belia pada hari tersebut tercapai, malah ia sebenarnya turut mempunyai maksud yang tersirat.
“Sambil berhibur, golongan belia Malaysia sebenarnya boleh melihat perkembangan muzik dari sudut yang positif dan perlu belajar daripada mereka.
“Bagaimana Korea Selatan, sebuah negara yang dahulunya mundur, kini sudah menjadi negara yang amat maju. Bukan dari segi muziknya sahaja, malah teknologi yang dimiliki mereka turut berkembang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Thursday, April 26, 2012

Gambar: Di Sekitar Pengumuman Wawa Zainal Sebagai Duta Baru LIPICE


Oh Wawa Zainal. Ada peminat dunia hiburan yang meramalkan bahawa Wawa Zainal bakal bergelar Malaysian Darling yang seterusnya menggantikan Lisa Surihani. Anda setuju? LIPICE setuju. Eh.
Melihat kepada potensi & bakat yang ada dalam gadis berusia 20 tahun ini, jenama pelembap bibir terkemuka ini berkenan untuk memilih Wawa Zainal sebagai duta rangkaian produk popular mereka menggantikan Lisa Surihani yang menjadi duta untuk tahun 2010/11.
Pengurus besar Lipice, Lim Mei Yuen berkata pihak mreka tertarik dengan gadis ini sejak pertama kali bertemu & menekankan yang Wawa Zainal  mempunyai kebolehan serta bakat yang versatil sesuai dengan jenama pelembap bibir mereka yang menawarkan pelbagai pilihan.
“Wawa Zainal menjadi teladan yang baik kepada gadis gadis muda & kami amat teruja mempunyai seseorang yang serba boleh, peramah dan berkeyakinan untuk menyertai jenama Lipice. Dia merupakan seorang yang ceria, muda dan penuh tenaga,” ujar Lim Mei Yuen. 
 * Kredit to ROTIKAYA.COM

Hattan Terima Darjah Kebesaran Pahang & Membawa Gelaran Datuk. Tahniah


Sebagai pesanan manja, logik tidak di’perlukan untuk anda menerima beita ini bulat bulat. Penyanyi popular sekitar tahun 90′an dan kini popular dengan kontroversi, Hattan kini bergelarDatuk HattanSee, no logic required. Na’ah.
Awal pagi tadi, Hattan atau nama sebenar beliau Mohd Sukri Shahabudin telah di’kurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan menyampaikan anugerah tersebut dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan.
Kami kehabisan perkataan untuk di’tulis dan editor kami kini mula bercita cita untuk mendapat gelaran yang sama. Eh. Gambar penuh dari laporan asal Berita Harianselepas ini. Sekalung tahniah buat Datuk Hattan.

Ketua Wanita PKR Bakal Adakan Sidang Akhbar Tunjuk Bukti Skandal Zahida Rafik


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin semalam berkata yang beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada aktressZahida Rafik yang di’dakwa terlibat dalam skandal bersama menteri.
Zuraida Kamaruddin sebelum ini mendakwa Zahida Rafik telah menerima bayaran sejumlah RM1.5 juta daripada seorang ahli politik bergelar menteri sepanjang hujung tahun lepas.
Surat tuntutan guaman itu meminta Ketua Wanita PKR tersebut berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida Rafik dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya dan mengapa pelakon ini menggunakan peguam UMNO sebagai peguam?”, ujar ahli parlimen Ampang ini kepada Malaysia Kini
Zuraida Kamaruddin berkata beliau akan membuat dakwaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak menolak kemungkinan untuk membuat satu sidang akhbar khas untuk kemukakan bukti & saksi yang terlibat.

Roller Coster Untuk Pasangan Bogel




ESSEX, 102 LELAKI dan wanita naik rollercoaster dengan keadaan bogel. Ada-ada saja etika manusia yang ingin menjadi popular dan terkenal di seluruh dunia. Di Essex, England ada 102 lelaki dan wanita nekad telanjang bulat.

Namun, kesemua 102 orang lelaki dan wanita yang bogel ini tidak melakukan hubungan intim. Mereka datang di taman bermain Adventure Island, di Southend naik rollercoaster, ingin mengukir sejarah dan masuk world record.

Rupanya ke-102 lelaki dan wanita bogell ini berhasil memecahkan rekod lama, yang dicipta oleh 22 orang lelaki-wanita bogel, yang bermain rollercoaster di taman bermain Alton Towers, di Staffordshire pada 2004.

- GILA!

Zahida Rafik Saman Ketua Wanita PKR


Zahida Rafik Saman Ketua Wanita PKR
KUALA LUMPUR : Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin mengesahkan menerima sepucuk surat saman dari artis dan ahli perniagaan, Zahida Mohamed Rafik, berkenaan tuduhannya mengenai seorang artis yang menerima sejumlah wang yang banyak dari seorang Menteri, baru-baru ini.
Zuraida berkata, notis saman yang dihantar melalui peguam Zahida, Datuk Seri Shafee Abdullah, bertarikh 23 April itu...
 menuntutnya agar berhenti membuat kenyataan media, menarik balik kenyataan terdahulu serta memohon maaf dalam masa tujuh hari.


Menurutnya lagi, beliau sedikit puntidak gentar dengan notis itu dan mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkan dakwaannya.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan bukti saman yang dimaksudkan apabila diminta berbuat begitu oleh media.
“Kita tunggu dalam masa terdekat… Kita akan bawa hal ini ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), di sana akan menyaksikan lebih banyak rahsia terbongkar,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.
Zuraida sebelum ini menuduh Zahida menerima wang berjumlah RM1.5 juta dari Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal.
Tuduhan tersebut dibuat berdasarkan laporan polis yang dibuat olej bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi, pada 13 Mac lalu.
Zahida sebelum itu telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang syarikat perniagaan keluarganya berjumlah RM200,000 yang dikatakan ‘lesap’ bersama Noor Azman yang diamanahkan untuk mendepositkannya ke dalam satu akaun bank.
Shafie pula telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan beliau memberikan sebarang wang atau memiliki sebarang hubungan istimewa dengan Zahida– My News Hub

Zizan Dan Aaron Aziz Bergaya Dengan Kereta Masing-Masing


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia boleh beli kereta mahal. Main hentam je pepatah ini tetapi bolehlah dikaitkan dengan Zizan dan Aaron Aziz yang nampak sangat bergaya dengan kereta GTR 35 dan Evo 10 ini. Memang diri mereka yang sudah macho itu bertambah macho pulak apabila berdiri di sebelah kereta masing-masing.
zizan aaron aziz
Diharap dengan kehadiran kereta yang awesome ini semakin membakar semangat Zizan dan Aaron Aziz untuk menambah majukan diri di masa hadapan. Kata orang, kerja penat-penat kenalah reward diri sendiri. Tak gitu? Semoga suatu hari nanti dapat beli Ferrari pulak.
Lagi 6 keping gambar Zizan dan Aaron bergaya dengan kereta masing-masing dengan membaca entri ini sepenuhnya.
zizan aaron aziz
zizan aaron aziz
zizan aaron aziz
zizan aaron aziz
zizan aaron aziz
zizan aaron aziz

Wednesday, April 25, 2012

16 April 2012 | Proton Preve 2012 Launch Event


Hi readers,
Do not forget that  16th April 2012  is the most awaited day for Malaysian to view in real thenew Proton Preve 2012. The launching event will be held 16th April 2012 which will be attended by Datuk Seri Najib Tun Razak to launch the model.
I also will like to add some details most probably will be given in detail tomorrow during the launch. View it below:-
Proton Preve 2012 Colour
  • Blue Lagoon
  • Fire Red
  • Elegant Brown
  • Tranquility Black
  • Genetic Silver
  •  Solid White
Proton Preve 2012 colour 16 April 2012 | Proton Preve 2012 Launch Event
Proton Preve 2012 Price
Proton Preve 1.6L EXECUTIVE MT – RM 59,990.00
Proton Preve 1.6L EXECUTIVE CVT – RM 62,990.00
Proton Preve 1.6L PREMIUM CVT – RM 72,990.00

Monday, April 23, 2012

18SX : DATANG SEPARUH BOGEL, BALIK BERPAKAIAN LENGKAP...(15 GAMBAR)


Ini adalah tahun kedua bagi sebuah kedai pakaian dari Spain iaitu Desigual menganjurkan satu gimik yang sangat seksi dalam meningkatkan jualan dengan mengadakan promo pakaian percuma bagi 100 pelanggan pertama yang hadir tanpa pakaian dan hanya memakai seluar dalam dan baju dalam sahaja. 

Banner dia "Arrive Half Naked, Leave Fully Dressed" tu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sampai ramai yang sanggup beratur kat luar dalam keadaan yang sangat sejuk bagi mendapatkan pakaian percuma punya pasal.

Hanya seratus pertama yang dikira akan diberikan satu ID warna merah untuk dipakai dileher untuk memastikan dia memang layak untuk baju free. Hampir kesemua cawangan Desigual juga membuat promosi yang sama setiap tahun.















Himpunan Jutaan Belia : Clash of The Bands 2012 , Jom Berentap !


Pertandingan 'Clash of the Band' untuk 'Himpunan Jutaan Belia 2012' akan diadakaan di pentas rock ! Bagi 'band' yang nak berentap , boleh lah anda download form di link ini (Music Festival HBN) isi dan telefon nombor yang dipaparkan (0166461362 (ATIKAH), 0132490944 (SYAHMI)) untuk arahan selanjutnya . Kena hantar sebelum atau pada 9 Mei 2012 , lambat hantar kempunan la korang nak berentap. Yuran nak masuk bertanding RM100 je , RM50 masa pendaftaran , lagi RM50 sebelum berentap , Ok lah tu kan .. bila lagi nak dapat 'exposure' yang hebat untuk band korang dengan hanya RM100 punya investment.


Anyway pemenang tempat pertama untuk pertandingan ni dapat RM5,000 , kedua RM 3,000 dan ketiga  RM 2,000 . 7 finalist dapat sagu hati RM 700 hengget.  Pertandingan akan diadakan dari 23 hingga 27 Mei 2012.  Gambar berikut diambil dari laman facebook Clash of The Band bagi pemenang-pemenang di 'Himpunan Sejuta Belia 2011'

Hi Goat Elak Jaundise

haaa... nk promote skit la..

adik aku ada minum nie masa pregnant.. alhamdullillah.. baby dia sekejap jer jaundise turun...

tak teruk la.. x la kena mik darah..

x la kena duduk ward..

kiranya 2-3 hari dah habis..


sama juga ngan kakak aku punya kes..

2-3 hari dah turun habis kuning anak dia..

so, aku pun nk try juga la..


sebab anak2 aku punya susah nk turun kuning nie...

so, harap kali nie x yah ulang alik ke klinik lagi...




sekotak RM35.. mungkin boleh dpt murah lagi..

aku pakai tangkap muat jer nie...



ada 15 sachet



ha.. bancuh dgn air suam... minum terus...

mmg sedap x dak bau mcm susu lembu tue..

rasanya lite2 jer...

mcm minum low fat milk... x manis sgt...
 
 

Alhamdulillah..bertemu HiGOAT..

Salam Ramadhan..
Walaupun hari ni dh 18 hari kita melalui Ramadhan, x lambat lagi kot mama nak wish Salam Ramadhan buat semua..Dah lama mama tak update blog...sebenarnya banyak peristiwa berlaku sepanjang Ramadhan ni...baru hari ni berkesempatan nak update blog..
Al kisahnya, 2 Ramadhan yang lalu, abah mama sakit dan ditahan di wad hospital Slim River. Mulanya, abah cuma sakit kencing tak lawas...mungkin penyakit batu karang abah yang dulu datang balik..setiap hari mama telefon mak kat kampung tanya pasal kesihatan abah, dan makin lama semakin teruk plak..seminggu berlarutan sakit abah, mak bawa abah ke klinik swasta...urat kaki abah dh mula timbul..dan bila bagitau yang abah mmg pesakit diabetes, doktor tu kata timbul urat kaki tu biasa...dia bekalkan ubat tahan sakit dan sakit urat.
2 hari lepas makan ubat tu, mak telefon bagitau urat kaki yang timbul tu bertukar kepada bengkak. Kaki abah dah bengkak bermula di betis hingga ke buku lali. Makin hari makin teruk bengkaknya sampai abah dah tak boleh jalan. Dan 2 Ramadhan yang lalu abah admitted..


Kata doktor, darah abah kena jangkitan kuman...salur darah plak tersumbat. Darah perlu dicairkan kalau tak, jangkitan kuman akan merebak ke paru2. Suntikan perlu diberi segera. Seminggu abah di hospital. Mak adalah peneman setia abah setiap masa.
Setiap hari ada saja tetamu melawat. Alhamdulillah...x putus orang mendoakan kesihatan abah..
Satu hari, salah seorang anak jiran datang. Dia bertugas sebagai nurse di hospital di Negeri Sembilan. Dia syorkan abah minum susu HiGOAT. Ramai pesakit diabetes serasi dan kandungan gula mereka normal bila minum susu HiGOAT.
Dan tanpa berfikir panjang mama trus search kat internet dan jadi ahli untuk dapatkan HiGOAT. Korang bleh klik sini untuk tau lebih lanjut pasal HiGOAT dan bleh jana income juga!!
Nanti mama akan cerita banyak lagi pasal HiGOAT..
nilah antara produk -produk yang abah minum sekarang
Dan hari ini Alhamdulillah...subuh tadi mama telefon mak di kampung taya kondisi abah, abah dah semakin baik. Baru seminggu abah amalkan minum susu HiGOAT...dah boleh jalan sikit2 tanpa tongkat dan hari ni abah dah bole berpuasa semula.....
Nampaknya ada kesan positif minum HiGOAT..dengan keizinan ALLAH jua..semoga ALLAH sembuhkan sakit abah...dan dapat menikmati hari raya bersama seperti tahun2 yang lalu AMINN!!!!
 
Petikan dari: http://mamadanishaziq.blogspot.com
 

For Insomniacs Like Me



Kali ni saya nak review susu kambing Hi Goat pulak.Tak sabar nak share kat korang semua sebab produk ni sangat berkesan untuk saya.Untuk orang yang susah tidur malam macam saya ni, sangat sesuai minum susu kambing Hi Goat ni.Saya ni selalu susah nak tidur malam.Kadang-kadang bila dah menjelang Subuh, baru boleh tidur.Nasib baik aunty  kenalkan produk ni pada saya.Mula-mula tu takut jugak nak minum sebab takut ada bau kambing.Rupa-rupanya sangkaan saya tu salah.Susu ni sangat sedap sampai saya boleh minum 2 gelas sehari..hehe.Lepas minum segelas susu Hi-Goat ni, saya boleh baring atas katil dan terus Zzzz.Selain dari tu, susu ni membantu masalah sembelit saya.Paling penting produk ni buatan tempatan dan dijamin halal.So..tak payah ragu-ragu nak minum.Sebenarnya ada banyak lagi khasiat susu kambing yang kita kurang ambil perhatian.Saya ada sharekan kat bawah ni :


Kelebihan Susu Kambing

* Baik untuk mereka yang alah susu lembu
* Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamni A yang penting untuk kesihatan
* Menolong mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut, penyakit kuning, asma, susah tidur, penyakit kulit, hepatitis A, migrain dan masalah buah pinggang
* Menguatkan paru-paru dan sistem imun dan mengandungi nutrien yang mengurangkan risiko penyakit arthritis ( inflamasi sendi )
* Mengawal atur tahap gula dalam darah, meningkatkan daya kepekaan dan tumpuan


Nanti cuba lah ! :)

Susu Kambing Hi-Goat dan kucing menyusu?

Lihat...perut kucing itu yang menggeleber..kucing ini merupakan seekor kucing betina beranak 3 kira2 tiga minggu lepas


Jangan salah sangka pulak dengan entry tah apa2 kali ini....


Susu Kambing Hi-Goat dalam mug MILO tu untuk saya sebenarnya..sebelum tidur saya mengambil susu kambing dicampur ngan madu. Suam-suam kuku gitu...tetapi, ketika saya leka menonton cerita Criminal Minds malam semalam..Pn. Kucing beranak 3 ni melompat atas meja dan dengan seleranya minum air susu itew..Jangan kata den tak penyayang...penyayang orangnya..saya biarkan jer lah kucing tu minum sampai separuh..kan kucing ni menyusukan anak-anaknya yang dok kat bilik terbiar yang macam kapal karam tu..biarkan biarkan..apa yang perlu lakukan bila pendatang tanpa izin itu selalu anggap yang aku ni baik hati..bagi menumpang teduh kucing kat taman perumahan ini. Dengan tiga ekor anaknya..bagaimanakah harusku memberi tumpang..sampai bila? Perlukah aku mengiktiraf mereka sebagai mypets..waaa..waaa. sapa2 nak kucing? Ambiklah seekor...atau ketiga2nya sekali. 
 
 

Taman Air buatan sendiri