Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, March 16, 2013

Konsert Gegar 5 Legenda Satukan Kembali Zaman Kegemilangan 90-an

Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) telah berlangsungnya konsert pengenalan bagi Konsert Gegar 5 Legenda yang menampilkan penyanyi popular sekitar tahun 80-an hingga 90-an seperti Zamani Slam, Aris Ariwatan, Rahmad Mega, Saleem dan juga Ali Terra rossa.
Tidak perlu disangkal kehebatan vokal masing-masing tatkala menyanyikan lagu hits mereka yang sehingga kini masih bermain di bibir-bibir generasi muda zaman sekarang.
Konsert dimulakan dengan persembahan Rahmad Mega yang menyanyikan lagu Medley bagi lagu popular seperti “Mega Cinta”, “Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara”, “Suara Cinta” dan “Nina Karina”. Sentiasa ceria dan bertenaga di atas pentas, Rahmad tidak pernah menghampakan peminatnya.
Persembahan diteruskan lagi dengan nyanyian daripada Zamani yang menyampaikan hanya tiga lagu untuk segmen yang pertama “Buat Seorang Kekasih”, “Kembali Merindu”, “Jika Kau Rasa Getarnya”.
Imej rockers yang tidak pernah luput di hati Ali Terra Rossa memungkinkan dia diminati hingga kini dengan persembahan bertenaga dengan suara yang memukau di dalam membawakan lagu seperti “Teman”, “Semangat Yang Hilang” Dan juga “Sakinah”.
Bagi penyanyi yang sentiasa tampil segak dengan blazer bewarna ungu, nyanyian Aris Ariwatan yang cukup jelas begitu mempesonakan penonton yang hadir. Dia turut menyampaikan empat buat lagu seperti “Pertama Dan Selamanya”, “Nyanyian Rebah”, “Korban Cinta” dan “Di Kala Asmara”.
Penyanyi kelahiran Terengganu, Saleem yang sentiasa menceriakan suasana dengan lawak spontannya di atas pentas berjaya mencuri hati penonton, antara lagunya adalah “Satu Kesan Abadi”, “Hakikat Sebuah Cinta”, “Gerhana Cinta Luka” dan juga “Blues Terengganu Kita” membuatkan penonton seakan mahu menari bersama lagu tersebut.
Persembahan yang berlangsung hampir dua jam setengah ini tidak terasa kerana dengan susunan lagu yang sesuai dan juga vokal penyanyi yang hebat membuatkan penonton berasa terhibur.
Segmen kedua bagi konsert ini dimulakan semula oleh Aris Ariwatan kemudian Ali Terra Rossa, Ramhad Mega, Zamani, Saleem yang mana masing-masing membawakan lagu hits mereka seperti “Lamunan Terhenti”, “Bunga Angkasa”, “Gerimis Mengundang”, “Suci Dalam Debu”.
Di akhir persembahan, kesemua Legenda menyanyi bersama untuk lagu “Musibah” dan juga “Kamelia”.
Jumlah lagu yang dinyanyikan pada malam itu adalah sebanyak 35 buah lagu dan ini antara kejayaan besar yang pernah dilakukan di dalam konsert Rock seperti yang pernah dilakukan oleh pihak Istana Budaya.
Bagi mereka yang mahu melihat sendiri kehebatan vokal penyanyi-penyanyi ini masih sempat untuk menonton kerana persembahan akan berlangsung bermula ddari 15 Mac hingga 17 Mac ini.
Pada konsert yang mengenakan tiket RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250.








No comments:

Post a Comment