Pages
▼
Saturday, March 16, 2013
Zamani rindu berada di pentas bersama Slam
Penyanyi yang mencipta nama dengan kumpulan Slam, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Haji Ibrahim telah lama mendiamkan diri, tetapi kemunculannya dalam Konsert Gegar 5 Legenda di Istana Budaya baru-baru ini adalah permulaan kepada perjalanan karier seninya.
Walaupun pernah menghasilkan lagu duet "Tak Keruan" bersama Sharifah Zarina sekitar tahun 2012, ia masih belum mampu melonjakkan nama Zamani dalam industri muzik ini kerana kuranganya publisiti atau promosi.
Ditemui selepas konsert pengenalan yang menampilkan dirinya dengan empat lagi penyanyi popular tahun 1990-an, Zamani akui dirinya kurang sihat sejak kebelakangan ini.
"Saya kurang sihat kerana sakit belakang. Ada juga pergi berubat tradisional dan Alhamdulillah, saya semakin pulih dan mampu menyanyi seperti biasa," ujarnya yang mengakui jemputan nyanyian semakin berkurangan.
Ditanya tentang hubungannya bersama bekas anggota Slam yang lain, Zamani memberitahu mereka masih lagi berhubung dan pernah membuat konsert bersama di Singapura, tetapi tidaklah kerap kerana mempunyai komitmen masing-masing.
Jelasnya lagi, dia amat rindu untuk berada di atas pentas bersama rakan Slam yang lain, namun masih ada belum perancangan lanjut ke arah itu.
"Kami ada merancang juga, tapi semuanya belum pasti kerana bukan mudah untuk membuat konsert besar. Jika persembahan biasa pun perlu tunggu jemputan. Jika tiada yang meminta, kami tak boleh buat apa-apa," ujarnya lagi.
Rindu dengan karier nyanyian, Zamani telah bergandingan dengan Saleem, Aris Ariwatan, Rahmat Mega dan Ali Terrarossa untuk Konsert Gegar 5 Legenda yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 15 hingga 17 Mac ini, jam 8.30 malam.
Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 42 tahun ini kini dalam proses menghasilkan album mini solo di bawah syarikat rakaman Johan Music yang sudah menjadi pengurusnya sejak 19 tahun yang lalu.
Siti Nurhaliza Jayakan Malam Amal Tahajjud Cinta Bantu Pesakit AIDS Kelantan
“A.I.D.S merbahaya, Aedes pula mengancam manusia“. Walaupun
sudah mencecah usia 30 tahun, lagu tersebut masih lagi melekat di benak ini. Sebagai salah seorang duta Yayasan AIDS Malaysia,
Datuk Siti Nurhaliza akan mengadakan Malam Amal Tahajjud Cinta untuk
membantu mereka yang malang ini.
Persembahan Dato’ Siti nanti adalah muzik berunsurkan spiritual / ketuhanan yang diangkat dari album Tahajjud Cinta (2009), dengan muzik iringan oleh Mohram dan susunan muzik oleh Aubrey Suwito. Program Malam Amal Tahajjud Cinta, iaitu sebuah majlis makan malam yang bertujuan untuk meraih dana bagi membina sebuah rumah perlindungan (shelter homes) untuk wanita dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV dan AIDS yang pertama di negeri Kelantan.
Semoga usaha murni ini akan mendapat perhatian banyak pihak. Tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza atas inisiatif anda ini. Semoga Allah memberkati apa yang anda lakukan. Lagi beberapa keping gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram CTDK.

Rock Oo, Rimba Bara Kutip RM4 Juta Dalam Dua Minggu
Tahun 2013, menyaksikan kejayaan besar buat Mamat Khalid. Terdahulu, filem arahan beliau Husin Mon Dan Pakai Toncit berjaya mengaut kutipan sebanyak RM4 juta sepanjang seminggu tayangan.
Sekali lagi tahun 2013, Mamat Khalid mengulangi sejarah pecah panggung dengan filem Rock Oo, Rimba Bara Kembali yang telah berjaya mengutip kutipan mencecah RM4 juta setelah 2 minggu ditayangkan.
Rock Oo merupakan karya terbaik yang dihasilkan oleh Mamat Khalid setakat ini.
Dalam Rock Oo pengarah tersohor tempatan berjaya membawa para penonton menyelami dunia rock pada lewat 80an dengan pengisian yang padat dan sejarah zaman rock di Malaysia itu sendiri.
Sebelum ini Mamat Khalid amat sinonim dengan filem pecah panggungg iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) yang berjaya menerima kutipan ketiga paling tinggi sepanjang tayangan pada tahun 2010.
Dengan kutipan sebanyak RM 7.90 juta sepanjang tempoh tayangan di pawagam seluruh negara.
Tahniah buat Grand Brilliance!
Konsert Gegar 5 Legenda Satukan Kembali Zaman Kegemilangan 90-an
Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) telah berlangsungnya
konsert pengenalan bagi Konsert Gegar 5 Legenda yang menampilkan
penyanyi popular sekitar tahun 80-an hingga 90-an seperti Zamani Slam,
Aris Ariwatan, Rahmad Mega, Saleem dan juga Ali Terra rossa.
Tidak perlu disangkal kehebatan vokal masing-masing tatkala menyanyikan lagu hits mereka yang sehingga kini masih bermain di bibir-bibir generasi muda zaman sekarang.
Konsert dimulakan dengan persembahan Rahmad Mega yang menyanyikan lagu Medley bagi lagu popular seperti “Mega Cinta”, “Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara”, “Suara Cinta” dan “Nina Karina”. Sentiasa ceria dan bertenaga di atas pentas, Rahmad tidak pernah menghampakan peminatnya.
Persembahan diteruskan lagi dengan nyanyian daripada Zamani yang menyampaikan hanya tiga lagu untuk segmen yang pertama “Buat Seorang Kekasih”, “Kembali Merindu”, “Jika Kau Rasa Getarnya”.
Imej rockers yang tidak pernah luput di hati Ali Terra Rossa memungkinkan dia diminati hingga kini dengan persembahan bertenaga dengan suara yang memukau di dalam membawakan lagu seperti “Teman”, “Semangat Yang Hilang” Dan juga “Sakinah”.
Bagi penyanyi yang sentiasa tampil segak dengan blazer bewarna ungu, nyanyian Aris Ariwatan yang cukup jelas begitu mempesonakan penonton yang hadir. Dia turut menyampaikan empat buat lagu seperti “Pertama Dan Selamanya”, “Nyanyian Rebah”, “Korban Cinta” dan “Di Kala Asmara”.
Penyanyi kelahiran Terengganu, Saleem yang sentiasa menceriakan suasana dengan lawak spontannya di atas pentas berjaya mencuri hati penonton, antara lagunya adalah “Satu Kesan Abadi”, “Hakikat Sebuah Cinta”, “Gerhana Cinta Luka” dan juga “Blues Terengganu Kita” membuatkan penonton seakan mahu menari bersama lagu tersebut.
Persembahan yang berlangsung hampir dua jam setengah ini tidak terasa kerana dengan susunan lagu yang sesuai dan juga vokal penyanyi yang hebat membuatkan penonton berasa terhibur.
Segmen kedua bagi konsert ini dimulakan semula oleh Aris Ariwatan kemudian Ali Terra Rossa, Ramhad Mega, Zamani, Saleem yang mana masing-masing membawakan lagu hits mereka seperti “Lamunan Terhenti”, “Bunga Angkasa”, “Gerimis Mengundang”, “Suci Dalam Debu”.
Di akhir persembahan, kesemua Legenda menyanyi bersama untuk lagu “Musibah” dan juga “Kamelia”.
Jumlah lagu yang dinyanyikan pada malam itu adalah sebanyak 35 buah lagu dan ini antara kejayaan besar yang pernah dilakukan di dalam konsert Rock seperti yang pernah dilakukan oleh pihak Istana Budaya.
Bagi mereka yang mahu melihat sendiri kehebatan vokal penyanyi-penyanyi ini masih sempat untuk menonton kerana persembahan akan berlangsung bermula ddari 15 Mac hingga 17 Mac ini.
Pada konsert yang mengenakan tiket RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250.

Wednesday, February 13, 2013
Produk-produk keluaran HR Marketing Sdn Bhd
Dapatkan produk produk Keluaran HR Marketing Sdn Bhd di stokis-stokis dan Center yang berdekatan.
Produk terbaru! HIGOAT TRIMMERZ yang terhangat di pasaran.
Produk pelangsingan badan tanpa perlu berlapar. Cuma bancuh dalam air suam dan minum 3x sehari sebelum makan. Cubalah...
Stokis Hotline : 013-363 4262
http://www.susuhigoatpower.com
Saturday, January 26, 2013
Demi Lovato, U-Kiss Rainbow Bakal Gegarkan Twin Towers @Live 2013
Demi Lovato, U-Kiss dan Rainbow bakal gegarkan Twin Towers @Live 2013 yang bakal diadakan pada 22-23 Mac 2013 berlatar belakangkan Menara Berkembar KLCC.Ia juga bersempena perlumbaan PETRONAS Malaysia Grand Prix.
Pada 22 Mac U-Kiss dan Demi Lovato bakal mengadakan persembahan manakala pada 23 Mac 2013 Rainbow pula bakal menyemarakkan lagi Twin Towers @Live 2013.
5 Penyanyi Lagenda Bersama OSK Bakal Gegarkan Istana Budaya
Istana Budaya bakal digegarkan dengan 5 penyanyi lagenda iaitu Saleem, Zamani, Aris Ariwatan, Rahmat Mega dan Ali Terra Rossa pada 22-24 Februari 2013 ini jam 8.30 malam. Okestra Seni Kebangsaan pula bakal mengiringi persembahan untuk tiga hari tersebut.Konsert ini diberi nama Konsert Gegaran 5 Lagenda Bersama OSK. Lokman Ghani pula akan menjadi pengarah persembahan untuk konsert ini.
Tiket-tiket yang berharga RM50, RM70, RM150, RM200 dan RM250 sudah mula dijual.Sila layari www.ticket2u.biz atau hubungi 03-4026 5508 / 03-4026 5558 untuk mendapatkan tiket.
Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah :
1. ARIS ARIWATAN
- LAMUNAN TERHENTI
- PERMAIDANI
- DI KALA ASMARA LEPASKAN LAYARNYA
- CINTA TAK KENAL SIAPA
- NGAJAT VS TANGO
- SEMANGAT YANG HILANG
- SAKINAH
- TEMAN
- SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI
- BUNGA ANGKASA
- TAKDIR DAN WAKTU
- PASTI
- SEKUNTUM BUNGA SAKURA DI GURUN SAHAR
- BAYANGAN GURAUAN
- SUARA CINTA
- GERIMIS MENGUNDANG
- NUR KASIH
- KEMBALI TERJALIN
- TAK MUNGKIN BERPALING
- KEMBALI MERINDU
- SUCI DALAM DEBU
- GERHANA CINTA LUKA
- AIRMATA KASIH
- SATU KESAN ABADI
- BLUES TERENGGANU KITA
- BUKAN AKU TAK CINTA
Paramore Kembali Hiburkan Peminat Di Malaysia
Paramore bakal kembali menghiburkan para peminat mereka di Malaysia pada 17 Februari 2013 di Stadium Negara,Kuala Lumpur. Konsert kali ini diberi nama ‘The Return of Paramore Live In Kuala Lumpur’.Konsert ini dianjurkan oleh Tune Talk dan Blackberry serta dibawa khas oleh Livescape Asia.
Tiket-tiket yang berharga RM270(RED Zone), RM200(Rock Zone), RM150(P1), RM130(P2) dan RM110(P1) telah mula dijual dan boleh didapati di Ticketpro 03-78807999 atau sila layari www.ticketpro.com.my untuk secara online.
Friday, January 25, 2013
Tiket Persembahan Russell Peters Laku Macam Pisang Goreng Panas!
Berdasarkan laman Facebook The Comedy Club KL, tiket persembahan pelawak terkenal, Russell Peters mendapat sambutan yang hangat di mana hampir kesemua tiket habis terjual dalam masa kurang daripada 2 jam sejak dilancarkan pada pukul 9 pagi tadi!
Difahamkan, laman penjualan tiket AirAsiaRedTix & TicketPro mengalami kesesakan trafik melampau, dan ada juga peminat yang sanggup beratur di depan wakil jualan tiket sejak pukul 6:30 pagi tadi!
‘Russell Peters Notorious World Tour 2012′ yang dibawa dengan kerjasama penganjur LOL Events & Running Into The Sun ini dijadualkan akan berlangsung pada 12 May 2012 bermula pada pukul 8:30 malam di Stadium Melawati Shah Alam. Tiket-tiket pula mula dijual pada harga RM438, RM338, RM248, RM188 & RM128.