Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Himpunan Jutaan Belia 2012. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Jutaan Belia 2012. Show all posts

Monday, April 30, 2012

6KM BACK TO BACK EVENT, KELAINAN HBN2012



PUTRAJAYA, 23 APRIL 2012 - Suatu kelainan yang dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini adalah 6km back to back events sepanjang 23 hingga 27 Mei 2012.
Terdapat lebih 500 aktiviti disenaraikan dengan 38 segmen. Selain itu, lebih 1000 orang penghibur akan menghiburkan pengunjung di 22 pentas di Putrajaya, kata Dato’ Mohid Mohamed, Ketua Setiausaha KBS semasa ditemuramah wartawan di sini, hari ini.
Dengan sasaran 2 juta pengunjung selama  5 hari kali ini, pelbagai aktiviti yang telah susun bagi menjanjikan Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena hari Belia Negara 2012 ini luarbiasa dan antara 10 himpunan atau gathering terbesar di dunia. Dengan bertemakan Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan, HBN2012 menjanjikan sebuah karnival yang besar, menyeronokkan, membuka peluang dalam pelbagai peluang dan sukar dilupakan.
Selain konsert KPOP yang ditunggu-tunggu oleh para belia yang meminati genre pilihan anak muda Korea Top Teen dan Dal Shabet, KBS juga menyediakan pelbagai pentas dengan genre yang berbeza untuk belia Malaysia yang mempunyai bakat dan ingin membuat persembahan mengikut genre yang diminati.
Segmen World Jazz Festival HBN 2012 yang bakal menutup penyertaannya pada 28 April nanti adalah satu platform yang harus direbut oleh jutaan belia di luar sana. Maklumat lanjut, sila melayari www.hbn.gov.my atauwww.kbs.gov.my

K-POP GEGARKAN HIMPUNAN BELIA !


K-Pop Gegarkan Himpunan Belia !
KUALA LUMPUR – Para pengunjung Himpunan Jutaan Belia Putrajaya Mei 2012 yang akan diadakan dari 23 hingga 27 Mei depan bakal dihiburkan dengan persembahan bertenaga dua buah kumpulan muzik terkemuka dari Korea Selatan iaitu Teen Top dan Dal Shabet.
Persembahan yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara itu boleh disaksikan secara percuma pada pukul 8 malam 26 Mei di pentas utama tapak himpunan tersebut di Putrajaya.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed (gambar) berkata, kehadiran kumpulan muzik dari Korea Selatan itu bukanlah semata-mata untuk memastikan sasaran menghimpunkan jutaan belia pada hari tersebut tercapai, malah ia sebenarnya turut mempunyai maksud yang tersirat.
“Sambil berhibur, golongan belia Malaysia sebenarnya boleh melihat perkembangan muzik dari sudut yang positif dan perlu belajar daripada mereka.
“Bagaimana Korea Selatan, sebuah negara yang dahulunya mundur, kini sudah menjadi negara yang amat maju. Bukan dari segi muziknya sahaja, malah teknologi yang dimiliki mereka turut berkembang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Monday, April 23, 2012

Himpunan Jutaan Belia : Clash of The Bands 2012 , Jom Berentap !


Pertandingan 'Clash of the Band' untuk 'Himpunan Jutaan Belia 2012' akan diadakaan di pentas rock ! Bagi 'band' yang nak berentap , boleh lah anda download form di link ini (Music Festival HBN) isi dan telefon nombor yang dipaparkan (0166461362 (ATIKAH), 0132490944 (SYAHMI)) untuk arahan selanjutnya . Kena hantar sebelum atau pada 9 Mei 2012 , lambat hantar kempunan la korang nak berentap. Yuran nak masuk bertanding RM100 je , RM50 masa pendaftaran , lagi RM50 sebelum berentap , Ok lah tu kan .. bila lagi nak dapat 'exposure' yang hebat untuk band korang dengan hanya RM100 punya investment.


Anyway pemenang tempat pertama untuk pertandingan ni dapat RM5,000 , kedua RM 3,000 dan ketiga  RM 2,000 . 7 finalist dapat sagu hati RM 700 hengget.  Pertandingan akan diadakan dari 23 hingga 27 Mei 2012.  Gambar berikut diambil dari laman facebook Clash of The Band bagi pemenang-pemenang di 'Himpunan Sejuta Belia 2011'