Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Imam Muda. Show all posts
Showing posts with label Imam Muda. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Juara Imam Muda 2010: Asyraf


Program realiti pertama di dunia yang mencari imam di kalangan generasi muda, Imam Muda telah melabuhkan tirainya sebentar tadi. Kemenangan telah memihak kepada Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan menewaskan Hizbur Rahman bin Omar Zuhdi. Juara sulung Imam Muda itu menerima biasiswa pakej ‘Berlian’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah. Beliau juga ditawarkan jawatan Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan. Hadiah lain yang diperoleh:

  • Sebuah kereta Proton Exora
  • Wang tunai RM20,000
  • Sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro
  • i Phone 3G
  • Trofi
  • Sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi
  • Pakej menunaikan haji dan umrah
  • Pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam
  • Pakej SPA Maghribi
  • Perabot jati bernilai RM10,000

Biodata Finalis

Nama Penuh: Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan
Asal: Pulau Pinang
Umur: 26 Tahun
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Pendidikan Tertinggi: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya

Nama Penuh: Hizbur Rahman bin Omar Zuhdi
Asal: Baling, Kedah
Umur: 27 Tahun
Tarik Lahir: 01 April 1983
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Guru Tahfiz
Pendidikan Tertinggi: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir),Universiti Al-Azhar Mesir

* Saya amat berbangga dengan pencapaian program Imam Muda terbitan Astro Oasis sehingga berjaya membuka mata media antarabangsa. Media di Germany dan Switzerland (tagesanzeiger) pernah menulis mengenai program Imam Muda ini.

Kredit: mStar Online

Saturday, July 31, 2010

TAHNIAH - Asyraf Juara Imam Muda Astro

juara imam muda

Walaupun sudah agak terlambat, kami tetap mahu mengucapkan jutaan tahniah kepada Asyraf yang kini bergelarjuara @ johan Imam Muda Astro. Nama penuh juara Imam Muda ini ialah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan.

Sedikit petikan kata-kata Asyraf tentang program Imam Muda dan perancangan masa depannya:-

Saya rasa program ini banyak mengubah hidup saya kerana menjadi pilihan orang pertama yang mengetuk pintu institusi imam. Banyak perkara yang saya lalui dan pelajari sepanjang mengikuti tutorial dalam program ini.

juara imam muda

Insya-Allah, saya akan cuba menjadi seorang imam yang mesra remaja, cool, relaks, manja dengan kanak-kanak dan ramah dengan orang tua.

Harap-harap program Imam Muda ini akan disambung untuk musim kedua oleh pihak Astro tahun hadapan. Kalau anda salah seorang peminat Imam Muda, sila jadi fans mereka di Facebook Imam Muda.

Saturday, July 17, 2010

Imam Muda popular di Eropah

FRANKFURT – Media di Jerman dan Switzerland melaporkan secara meluas mengenai program realiti televisyen Malaysia, Imam Muda, terbitan Astro Oasis.

Pada saat kebanyakan negara Barat menganjurkan program bakat televisyen bagi memilih bintang, langkah Malaysia menganjurkan program serupa untuk memilih ‘bintang imam’ menarik perhatian beberapa akhbar di kedua-dua negara itu.

Butiran mengenai program Imam Muda dilaporkan secara meluas oleh akhbar harian – daripada Tagesspiegel, Merkur Online menerusi n-tv.de, Bild.de, Sueddeutsche Zeitung sehinggalah kepada akhbar harian Switzerland, Tagesanzeiger – membuatkan pembaca begitu asyik, seperti yang digambarkan dalam komen mereka terhadap laporan berita itu.

Menerusi program Imam Muda, kira-kira lapan anak muda muncul di televisyen Malaysia pada waktu perdana, lengkap berbaju Melayu dan bersongkok.

Tagesanzeiger menyifatkan calon berkenaan sebagai superstar di televisyen Malaysia dan melaporkan bahawa mereka nampaknya telah menjadi pujaan hati ramai wanita muda.

Berbeza dengan program realiti yang lain, apabila peserta lazimnya menyanyi atau menari, calon program Imam Muda memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran, mengikuti latihan menguruskan jenazah untuk dikebumikan dan berikrar melindungi golongan muda Malaysia daripada seks serta dadah.

Program pencarian bakat yang disiarkan setiap minggu itu diketuai oleh seorang ulama terkemuka, Hasan Mahmud.

Beliau mewujudkan sekumpulan imam muda yang dapat dijadikan contoh dan menggunakan bantuan mereka untuk memerangi gejala keruntuhan sosial dan moral.

Calon berusia antara 18 hingga 27 tahun dipilih berdasarkan kriteria personaliti dan pengetahuan agama mereka.

Seperti juga dalam American Idol dan program bakat yang lain, calon disingkirkan setiap minggu apabila mereka gagal melayakkan diri.

Ramai penonton dan pembaca yang terkejut apabila mendapati sepanjang tempoh program, calon-calon diasingkan dan ditempatkan dalam ruang tidur sebuah masjid – tanpa telefon bimbit, Internet, televisyen dan peralatan moden lain – supaya mereka dapat berfikir sendiri dan tidak perlu bergantung harap kepada bantuan atau galakan dari luar.

“Pemenang pertandingan itu berpeluang menunaikan fardu haji di Mekah, bantuan kewangan melanjutkan pelajaran di universiti di Madinah dan bekerja di masjid,” kata pengulas dalam akhbar harian Tagesspiegel yang diterbitkan di Berlin.

Akhbar Jerman itu menegaskan semua peserta yang mengambil bahagian pastinya dikagumi oleh peminat remaja dan bakal ibu mertua.

“Bagi umat Islam, menantu yang ideal ialah bakal imam kerana mereka berpendidikan dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang Islam,” akhbar itu memetik Iselan Bazar daripada rangkaian Astro Oasis yang menyiarkan rancangan pencarian bakat agama itu. – BERNAMA