Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

S/U Agung PKR Saifuddin Nasution bergelar 'Datuk'

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Badlishah.

Anugerah itu adalah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84.

Saifuddin menerima anugerah itu Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Sementara itu, mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena adalah Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V yang merupakan penerima tunggal Darjah Kerabat Kedah (DK).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga orang penerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) (gelaran Datuk Paduka) ialah pengasas Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing; Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin; dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Pengarah Urusan United U-Li Corporation Berhad, Datuk James Lee Yoon Wah; Pengarah Jabatan Keselamtan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pesuruhjaya Datuk Salleh Mat Rashid; Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt-Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; dan Pegawai Khas Perdana Menteri, Prof Datuk Dr Khairul Annas Jusoh akan menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) (gelaran Datuk Wira).

Penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Othman Abd Razak pula merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang juga membawa gelaran Datuk akan dianugerahkan kepada 44 orang manakala 18 lagi menerima Jaksa Pendamai (J.P).

Selain ahli Parlimen Machang, Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail yang dianugerah DSDK; dua anggota Exco kerajaan Kedah, Ustazah Aishah Ghazali dan S Manikumar; ahli Dewan Negara, Senator Boon Som a/l Inong; ahli perniagaan, Datuk Muhammad Ikmal Opat Abdullah; dan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim juga mendapat pingat yang sama.

Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Paduka Rasli Basir, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail serta tiga Exco kerajaan negeri, Datuk Taulan Mat Rasul, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Tan Chow Kang antara penerima JP.

Sunday, November 21, 2010

Nurul Izzah naib presiden PKR paling kanan

HaHarakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar menjadi naib presiden PKR paling kanan kini apabila beliau memenangi undi terbanyak dalam pemilihan PKR yang berakhir semalam.

Beliau mendapat undi tertinggi iaitu 13,170 mendahului naib presiden sekarang Tian Chua yang mendapat 11,460, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh (8,891) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansur Othman (8,477) yang turut terpilih.

Sebagaimana dijangka, Azmin Ali memenangi jawatan timbalan presiden apabila mendapat 19,212 mengalahkan pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi.

Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima.

Hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden. Bagaimanapun, PKR berhak melantik dua lagi ke jawatan itu.

Berikut jumlah Undi yang diterima mereka:

Nurul Izzah - 13,170
Tian Chua - 11,460
Fuziah Salleh - 8,891
Dr Mansor Othman - 8,477
Dr Xavier Jayakumar - 6,984
Gobalakrishnan - 6,721
Yahya Sahri - 6,436

Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya yang akan berlangsung minggu depan
.