Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Setakat Sembang Lebat Je dalam politik Tak Guna, Dah Daftar Mengundi Ke Belum?

Membaca Minggu Malaysia baru-baru ini membuatkan Kita agak kecewa. Rupa-rupanya di Malaysia, 3.7 juta rakyat negara ini masih tidak mendaftar sebagai pengundi. Ini angka yang sangat besar dan menunjukkan betapa rakyat Malaysia ambil endah tak endah tentang perkara ini. Sedih kan?

spr

Mengundi adalah satu kewajiban sekiranya anda seorang rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas. Tak kiralah anda nak undi parti apa-apa pun, ianya adalah hak anda sebagai seorang rakyat. Bagi Kita, seorang rakyat yang prihatin, sayangkan negara dan benar-benar bertanggungjawab wajib mengundi sekiranya sudah cukup syarat. Alhamdulillah Abang Nara sudah pun mendaftar dan kini sedang bersiap sedia menunggu tarikh Pilihan Raya Umum untuk menjalankan kewajiban ini.

spr

Eh,saya dulu pun dah daftar gak tapi macam mana nak tahu pendaftaran dah berjaya ke belum. Mana nak check macam Abang Nara buat kat atas tue

Ha. Semangat ingin tahu yang macam nie lah yang kita mahukan. Sebenarnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada website di www.spr.gov.my untuk kemudahan anda semua. Anda boleh check status pendaftaran, boleh buat aduan atau pertanyaan, boleh download borang permohonan pendaftaran dan macam-macam lagilah.

spr

Dalam banyak-banyak fungsi menarik di www.spr.gov.my ini, Kita paling tertarik dengan ruangan “Hebahan”. Banyak info-info yang simple dan tak pernah terfikir oleh kepala otak Kita ini tertulis di situ. Contohnya macam penentuan lokasi mengundi.

spr

So tunggu apa lagi? Takkan anda sekadar nak sembang lebat di kedai kopi bercerita tentang politik tapi bila time mengundi anda tidur di rumah sebab tak berdaftar lagi. Itu sangat-sangat memalukan diri sendiri. Gunakan hak anda untuk mengundi dan menentukan masa depan anak-anak anda. Lawati www.spr.gov.my hari ini juga.

*Kredit tu beautifulnara.com

Monday, November 22, 2010

 Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.

Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka.

"Kita mesti ada kuasa tawar menawar. Kalau kita ikut sahaja kehendak mereka bermakna, mereka sentiasa menetapkan kehendak mereka dan kita mengikut mereka sahaja," kata Husam dalam satu kenyataannya.

PRU 13 dikatakan akan diadakan pada awal tahun depan iaitu antara Mac atau April 2011.

Bendahari PKR yang juga anggota Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya mendapat maklumat ia akan diadakan April tahun depan iaitu serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Para media BN pula diarahkan agar memainkan berita baik untuk BN bagi melahirkan rasa senang rakyat kepada parti yang memerintah negara itu di samping memburuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR selepas tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden telah dijadikan modal oleh media BN untuk menghuruharakan PKR.

Pemilihan dalam PKR juga dihebohkan kononnya berlaku kekecohan besar dalam parti itu, walaupun PKR menegaskan ia hanya kekecohan kecil sahaja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein juga menyerang Pakatan apabila menolak usahanya untuk mendaftarkan simbul bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kononnya Pakatan hanya bersatu dari segi simbul sahaja tetapi berpecah.


Negeri-negeri Pakatan juga didakwa gagal melaksanakan manifesto pilihan raya mereka namun begitu manifesto yang mana gagal dilaksanakan tidak dinyatakan oleh beliau.