Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Piala Malaysia 2011. Show all posts
Showing posts with label Piala Malaysia 2011. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Rahsia kenapa Final Piala Malaysia 2011 di Shah Alam TERBONGKAR

Oleh: amkns

"

Audit beri amaran selenggara segera bumbung Stadum Nasional elak runtuh - KUALA LUMPUR, 24 Okt 2011 - Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil, pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998, telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna, kata laporan Ketua Audit Negara 2010.



“Semakan Audit mendapati bumbung stadium tersebut telah tamat tempoh jaminan pada 2008 dan masih digunakan sehingga kini. “Sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat,” kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya dikeluarkan hari ini.

Katanya, masalah itu antara lain berpunca daripada kelewatan dan ketiadaan kelulusan mendapatkan peruntukan daripada kerajaan. Selain Stadium Nasional, Stadium Putra Bukit Jalil juga berhadapan dengan masalah mendapatkan peruntukan.’ Tanpa merujuk kepada mana-mana kes sebelum ini, Ambrin berkata tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan insiden bumbung stadium runtuh.

Terengganu menyaksikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh dua tahun lalu. Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Ia mempunyai tempat duduk berbumbung untuk 100,000 penonton.

Maklumat sebelum ini menunjukkan ia mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga dan telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek.

Ambrin berkata pihak Audit berpendapat berlaku kelewatan melaksanakan kerja-kerja penukaran bumbung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah tamat tempoh jaminan kerana peruntukan yang dimohon semenjak 2006 tidak diluluskan.

“Ini boleh menjejaskan keselesaan pengguna kerana terdesah kepada hujan serta membahayakan pengguna sekiranya berlaku bumbung runtuh terutamanya bagi penganjuran acara dan kejohanan peringkat antarabangsa.

“Selian itu, PSM perlu membuat perancangan rapi untuk kerja penukaran bumbung tersebut supaya kerja dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan. “Ini bagi memastikan hasil penyewaan stadium tidak terjejas sekiranya berlaku kelewatan penukaran bumbung,” kata beliau.

Laporan itu menyebut Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mengambil tindakan memohon peruntukan bagi mengatasi masalah itu dengan membuat enam permohonan dan telah dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan mulai 2006 hingga 2010 PSM telah membuat dua permohonan tahun lalu, RM40 juta pada 8 Februari dan RM35 juta 20 September di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan.

“Bagaimanapun kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada bulan Disember 2010. “PSM melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyerahkan pelaksanaan kerja penukaran bumbung stadium kepada Jabatan Kerja Rayat pada April 2011 kerana PSM tidak mempunyai kepakaran teknikal,” katanya lagi.

Ambrin berkata kelewatan bukan disebabkan pihak PSM kerana perbadanan telah memulakan tindakan awal mulai 2006 bagi mengatasi masalah yang timbul. “Kelewatan juga adalah berpunca daripada pihak lain dan disebabkan kekangan kewangan kerajaan adalah faktor utama kelewatan ini berlaku.

PSM selaku pengurus dan pentadbir Kompleks Sukan Negara telah melaksanakan tugas dengan melaporkan masalah yang dihadapi,” katanya lagi. Malah katanya, semakan lanjut mendapati PSM telah memohon peruntukan bagi menukar bumbung Stadium Putra sebanyak empat kali, antara 2006 dan 2010, tetapi tidak diluluskan.

“Pada Mac 2010, PSM sekali lagi telah memohon peruntukan sejumlah RM6 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10. Kerajaan telah meluluskan permohonan sejumlah RM6 juta pada Januari 2011,” katanya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/audit-beri-amaran-selengara-segera-bumbung-stadum-nasional-elak-runtuh/

Saturday, October 22, 2011

Trio berbisa nadi Penyu

BISA tiga peledak tersohor Terengganu yang diketuai penjaring terbanyak musim ini, Abdul Hadi Yahaya serta Mohd Ashari Shamsuddin dan Abdul Manaf Mamat terus ditagih jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim untuk merobek gawang juara 32 kali Selangor pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Irfan Bakti, 60, turut mengharapkan benteng pertahanan dan jentera tengah mampu melaksanakan tugas dengan berkesan untuk menyekat Red Giants yang mahu mengatasi kelebihan dua gol tuan rumah yang menang 2-0 pada aksi pertama.

Tuesday, October 18, 2011

JIKA FINAL PIALA MALAYSIA 2011 TERENGGANU VS T-TEAM

TERENGGANU,T-TEAM BAKAL TERIMA GANJARAN JIKA KE PERLAWANAN AKHIR

Kerajaan Negeri Terengganu akan memberi ganjaran istimewa kepada pemain bola sepak negeri itu dan pasukan T-Team jika kedua-duanya berjaya melangkah ke pertandingan akhir Piala Malaysia musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata bentuk ganjaran itu akan diumumkan Menteri Besar sendiri.

“Saya yakin dan percaya kerajaan negeri akan melihat tentang soal ini (ganjaran),” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri memberi ganjaran berupa lawatan ke Eropah kepada pasukan bola sepak Terengganu setelah menjuarai Piala FA musim ini.

Beliau berharap kedua-duanya akan menunjukkan prestasi lebih baik sertaberupaya melangkah lebih jauh lagi, dan pasukan abang adik itu bertemu padapertandingan akhir piala berprestij tersebut.

Pasukan Terengganu akan bertandang ke Selangor manakala T-Team melayan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada perlawanan pertama separuh akhir Selasa ini.

Rozi berkata beliau berharap pemain kedua-dua pasukan, terutama yang berpengalaman, bermain dengan baik selain menyuntik semangat kepada pemain muda.

“Saya harap mereka gunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin bagi menghidupkan peluang kedua-dua pasukan ke pertandingan akhir,” katanya.

Rozi, yang juga pengurus pasukan T-Team, berkata kedua-duanya bakal menurunkan barisan terbaik bagi menghadapi perlawanan separuh akhir.

Dalam pada itu, beliau berharap peminat bola sepak Terengganu akan memberikan sokongan secara profesional bagi mengelak nama baik negeri daripada tercalar.-BERNAMA

Rozi berkata bola sepak Terengganu melakar sejarah apabila dua pasukan dari negeri itu berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia tahun ini.

VIDEO T-TEAM VS N.SEMBILAN PIALA MALAYSIA 2011

YOUTUBE : T-TEAM LAWAN NEGERI SEMBILAN SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA 18 OKTOBER 2011

Kejayaan Terengganu menewaskan Selangor 2-0 di tempat lawan,gagal diiringi oleh T-team,sebaliknya T-Team pula tewas di’laman sendiri kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 2-4.Bagi N.Sembilan pula keputusan kemenangan mereka ini amatlah bermakna dalam meneruskan misi mereka ke Final Piala Malaysia.

Apa yang pasti Terengganu dan Negeri Sembilan sudah berada di’ambang Final Piala Malaysia.Tetapi jangan pula kita lupa, dalam bolasepak ini seribu kemungkinan boleh berlaku,manalah tahu’kan kebangkitan Selangor dan T-Team pula pada perlawanan separuh akhir kedua nanti?

Dibawah merupakan sedutan video gol dan ulasan mengenai perlawanan diantara T-Team menentang N.Sembilan separuh akhir pertama


Friday, October 14, 2011

2 Ganu Nelang!

ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
Selangor, T-Team, NS turut cipta nama layak ke saingan separuh akhir

PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir selepas tewas 5-3 secara agregat kepada juara Piala FA, Terengganu selepas keputusan seri 2-2 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi sambil T-Team turut mengukir bangga apabila mengatasi Sabah, 2-1 dan agregat 4-2.
Menguasai saingan sepanjang 17 minit pertama, Kelantan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum Ashari Shamsudin menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dengan bola lambung hasil umpanan Abdul Hadi Yahaya dalam serangan balas pada minit ke-18.
Di depan lebih 40,000 penyokong setia, The Red Warriors cuba bangkit tetapi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim lebih tenang dalam mengatur serangan balas dan mendahului dua gol sebelum rehat apabila Ashari sekali lagi menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi pada minit ke-40.

Terengganu meneruskan asakan di babak kedua tetapi juara Liga Super, Kelantan yang dibimbing Datuk M Karathu merapatkan jurang pada minit ke-54 menerusi Azamudin Akil hasil kesilapan penjaga gol Sharbinee Allawee dan mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Badhri pada minit ke-70 selepas bola terkena tangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof.

Keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian dan juara Piala FA Terengganu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat.

Tuesday, September 27, 2011

Piala Malaysia 2011

Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan:

  • Pusingan Pertama: 6, 10 dan 13 September
  • Pusingan Kedua: 17, 24 dan 27 September

Jadual Suku Akhir (4 dan 8 Oktober 2011):

  • Juara Kumpulan A vs N.Juara Kumpulan D
  • Juara Kumpulan B vs N.Juara Kumpulan C
  • Juara Kumpulan C vs N.Juara Kumpulan B
  • Juara Kumpulan D vs N.Juara Kumpulan A

Jadual Separuh Akhir (14 dan 22 Oktober 2011):

  • Juara A / N.Juara D vs Juara C / N.Juara B
  • Juara B / N.Juara C vs Juara D / N.Juara A

Jadual Perlawanan Akhir: 29 Oktober 2011