Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Pilihanraya PKR UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya PKR UMNO. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Saman dari Shahrizat memang ditunggu – Rafizi


KUALA LUMPUR, 19 Jan: Pengarah Starategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar) berkata, saman daripada Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadapnya berhubung pendedahan isu NFC sememangnya ditunggu-tunggu.

Katanya, ia kerana mereka mahu menggunakan peluang mahkamah untuk terus mendedahkan secara lanjut dakwaan penyelewengan dalam projek NFC tersebut.

“Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.

“Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat,” katanya.

Beliau mengulas saman RM100 juta terhadapnya dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin oleh Shahrizat yang difailkan di mahkamah hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, beliau sangat yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

Sebelum memulakan siri pendedahan skandal itu juga jelasnya, mereka telah pun berbincang dengan peguam-peguam PKR mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.

“Datuk Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang yang didedahkan setakat ini.

“Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah,” katanya lagi.

Biarpun menyedari risikonya memang lebih berat di pihaknya dan Zuraida, sehingga boleh berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, namun mereka tidak gentar.

“Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman beliau ditolak. Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya.

“Jika pimpinan Umno seperti Dato’ Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar,” katanya.

Harakahdaily.net

Sunday, April 18, 2010

Minum arak : Hisham minta jangan kaitkan Umno

Minum arak: Hisham minta jangan kaitkan Umno
Apr 18, 10 4:30pm
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.

NONEBeliau yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang disebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.

"Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.

utusan and sinar harian on zaid kaki botol"Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu. Kenapa dia nak takut dan gelabah sangat kalau ia tak benar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran pemimpin PKR agar Umno membuktikan tuduhan di dalam blog tersebut.

Beliau sebelum itu menghadiri Program Bersama Rakyat di Taman Sri Cahaya, Batang Kali di Hulu Selangor yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Alwi Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kassim.

Semalam, Naib Presiden PKR Azmin Ali dilaporkan mencabar Umno supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid mempunyai tabiat buruk termasuk suka meminum arak.

hulu selangor 180410 kamalanathan posterHishammuddin berkata, cabaran pembangkang itu jelas menunjukkan mereka semakin terdesak untuk meraih sokongan kepada Zaid untuk pilihan raya 25 April ini selain kegusaran mereka terhadap pendekatan BN yang semakin diterima majoriti penduduk di Hulu Selangor.

"Dunia ini bulat...apa yang dia (pembangkang) sebelum ini guna untuk tuduh kita, sekarang ini dah terbalik terkena pada muka mereka sendiri," katanya.

Hishammuddin berkata, pembangkang juga kelihatan ketandusan idea kerana berterusan menggunakan isu Apco bagi menyerang kerajaan, bukannya menerangkan pendekatan yang akan diambil bagi memajukan kawasan dan membela rakyat.

BNONEeliau berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai dan rakyat telah diberitahu bahawa siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tidak ada warga Israel terbabit dalam pembangunan projek Sistem Laporan Polis (PRS) di Bukit Aman seperti didakwa pembangkang.

Bagi membuktikan ketelusan, Kementerian Dalam Negeri, katanya, telah mengambil empat langkah, termasuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa terdapat perisik Israel di Bukit Aman.

Katanya, beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuka kertas siasatan serta membawa perkara itu ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain mengesyorkannya untuk diteliti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.

Hishammuddin juag menganggap isu tersebut hanyalah mainan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat di atas kegagalan mereka membawa perubahan kepada negeri Selangor secara umum dan Hulu Selangor khasnya.

"Itu biasa, apabila mereka ketandusan perjuangan dan isu pokok yang boleh menyentuh jiwa dan sanubari rakyat seperti apa yang kita lakukan, maka mereka tak ada pilihan lain selain membuat tuduhan kepada kerajaan pusat dan menyerang peribadi pemimpin-pemimpin BN," katanya

Terdahulu, Hishammuddin menyerahkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan, sijil warganegara dan daftar lewat kelahiran kepada 15 orang penduduk.

- Bernama