Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Rozita Cik Wan. Show all posts
Showing posts with label Rozita Cik Wan. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Maaf 'Cuma ikut tema'

SEKSI... gambar kontroversi Rozita tersebar di Internet.
SEKSI... gambar kontroversi Rozita tersebar di Internet.
KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.
Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.

Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.
Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

“Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.


“Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.

“Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.
Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.

Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan.

Saturday, January 7, 2012

Janda Meletup Tahun 2011

gambar artis telanjangRasa-rasanya belum terlambat untuk kami postkan siapa artis berstatus janda meletup untuk tahun 2011.Seperti yang korang tahu,artis-artis wanita yang berstatus janda di malaysia adalah ramai.Senarai Artis Janda Meletup pilihan kami ;

Hanya 3 artis janda meletup yang kami senaraikan.Payah nak senaraikan semuanya.Janda-janda meletup ini kebelakangan ini asyik di perkatakan dalam drama dan filem masing.Cuma yang No 3 tu taklah menonjol sangat dalam drama atau filem pada akhir tahun 2011,tetapi sering menjadi bualan hangat dan sentiasa menjadi carian di pakcik google oleh golongan lelaki :) .

Artis Janda Meletup Pilihan Kami:

No 1 ) Nora Danish
NO2 ) Maya Karin
No3 ) Rozita Che Wan

Saturday, December 31, 2011

Rozita & Co kembali ke sekolah!


Sembilan tahun hidup sendirian, Rozita tabah besarkan dua cahaya mata kesayangan

MENUTUP tirai 2011, aktres popular, Rozita Che Wan, 39, dipilih menghiasi muka depan sisipan Inspirasi. Tidak keseorangan, ibu tunggal yang juga kakak kepada Ayu Raudhah ini ditemani dua cinta hatinya, Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezra, 14.
Sengaja mengambil tema ‘back to school’ sempena sesi baru persekolahan 2012, tiga anak beranak ini tampil berpakaian seragam sekolah bagi menghidupkan mood. Dalam kepadatan jadual penggambarannya, mujur Rozita dapat meluangkan masanya, malah ketika diberitahu tema dipilih, aktres ini tidak kekok. Malah, Rozita selamba berpakaian sekolah apatah lagi pernah menggayakannya ketika terbabit dalam babak imbas kembali drama Annisa yang disiarkan TV3, tahun ini.
Mari kita kongsi semangat wanita berhati kental ini dalam melunaskan tanggungjawab sebagai ibu, malah bapa kepada dua anak kesayangannya. Rutin harian Rozita sebagai anak seni juga makin padat, sekali gus niatnya untuk bersara, nampaknya tidak kesampaian.

Rozita yang juga anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini, berkata, jadual aktivitinya padat hingga Ogos depan.

“Bagaimanapun, saya sempat membuat persiapan saat-saat akhir membeli barang dan keperluan sekolah anak seperti baju, kasut dan alat tulis. Selalunya, dalam masa sehari, saya cuba selesaikan semua atau membelinya sikit-sikit. Ini semua bergantung kepada cuti dan jadual seni saya,” kata ketika disolek cantik jurumekap kesayangannya, Amy Janz beberapa jam sebelum sesi fotografi.

Namun, biar sesibuk manapun calon awal Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini, Rozita tidak pernah menjadikannya alasan untuk mengabaikan tanggung jawab sebagai ketua keluarga.
Rozita berkata, anak tetap menjadi keutamaan sekalipun mengupah pembantu rumah untuk membantu menyediakan makanan, minuman dan keperluan anak-anak.

“Apabila tidak terikat dengan jadual penggambaran dan aktiviti seni, saya banyak habiskan masa dengan anak-anak. Saya ‘berdating’ dengan merekalah. Pendek kata, merekalah ‘kekasih saya’,” usiknya.

Tambah Rozita yang sudah sembilan tahun hidup bersendirian, hampir kebanyakan perkara, emosi atau situasi dikongsi bersama dua anaknya. Rozita mengakui, tiada rahsia antara mereka. Kejujuran menjadi nadi dan kunci hubungannya dengan anak.

“Hampir kebanyakan perkara kami lakukan bersama. Kami berehat, berbaring dan menonton televisyen pada musim cuti sekolah bersama-sama. Salah satu tabiat anak saya hingga sekarang ialah makan bersuap. Malah, mereka sanggup tunggu saya jika saya balik lambat. Kalau sudah lama menunggu, saya sendiri terpaksa meminta mereka makan dulu.

“Peluk cium juga satu kemestian. Hal peribadi mereka juga saya perlu ambil tahu. Cuma saya bersyukur dalam satu perkara saja iaitu cukup senang menjaga mereka. Sejak berpisah dengan suami, anak-anak boleh berdikari seperti saya. Dulu ketika berkahwin, bekas suami jarang ada di rumah kerana terikat dengan tugas sebagai juruterbang. Jadi, saya sudah biasa berdikari.

“Bekas suami saya jika ada kelapangan, akan bawa anak-anak bersiar-siar atau bercuti. Selain itu, salah satu aktiviti saya dengan anak-anak ketika berada di rumah ialah memasak. Ammar paling suka makan sotong manakala Aniq pula udang.

“Tidak kisahlah masak apa pun, cukup afdal kalau ada sotong dan udang buat mereka,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 13episod, Mencari Athirah.

Dalam mendidik anak pula, Rozita bersifat fleksibel. Namun ketegasan tetap dipraktikkan jika perlu. Sejak anak kecil lagi, Rozita sudah membiasakan mereka dengan pelbagai disiplin. Anaknya juga memahami dan jauh sekali mengeluh kerana tahu mama mereka sibuk.

“Jika cuti sekolah, mereka agak bebas dan dilepaskan untuk berbuat apa saja. Saya juga menghantar mereka ke kelas tuisyen seperti kebanyakan ibu bapa lain. Hari minggu mereka boleh beriadah seperti bermain bola, melayan permainan video atau kami ambil peluang pergi bercuti,” katanya.


Teringat zaman sekolah

DIAJU kenangan zaman persekolahan, Rozita yang sudah 21 tahun meninggalkan bangku persekolahan memberitahu, beliau seorang pelajar yang sederhana dalam bidang akademik.

Namun, pelakon yang cukup dikenali dengan drama Kiah Pekasam ini sebenarnya cukup aktif dalam aktiviti kokurikulum atau persatuan di sekolahnya.

“Saya pernah jadi pemantun terbaik Kota Setar, wakil kelas untuk perbahasan dan syarahan serta kuiz. Begitu juga dengan bab bersukan. Saya suka main bola tampar dan hoki. Jangan tak tahu, saya juga sebenarnya pernah jadi pengawas sekolah.

“Macam remaja lain, saya juga ke tuisyen. Paling penting, saya bukan kaki ponteng sekolah. Rasa sayang nak melihat jadual kehadiran dicacatkan dengan pangkah kalau ponteng sekolah. Sekalipun terlambat bangun ke sekolah, saya tetap akan pergi sekolah,” katanya yang mungkin berangkat ke Jepun Mac ini untuk menjalani penggambaran drama Kiah Pekasam musim ketiga.

Sementara itu, Ammar mengakui mama seorang yang tegas. Namun dalam ketegasan itu, kata Amma, ibu sangat penyayang.

“Dari kami kecil lagi, mama cukup tegas. Jadi Ammar dan adik sudah tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sampai sekarang kami tidak akan ingkar kehendaknya. Ammar dan adik sudah faham perangai mama.

“Namun mama seperti kebanyakan ibu lain yang tak lupa memanjakan kami.

Hampir setiap apa yang kami inginkan mama akan penuhi apatah lagi mama jarang ada di rumah. Kami juga faham dengan kesibukannya bekerja,” katanya.

Diusik gelagatnya suka makan disuap ibu, Ammar berkata:

“Ammar memang manja dengan mama. Jika banyak hari kami luangkan bersama, kalau boleh, setiap kali tiba masa makan, mama menyuap saya. Adik pula selesa dengan dunianya sendiri dan leka dengan permainan video.

“Adik selalu berborak dengan mama mengenai dunia bola sepak dan permainan videonya,” katanya.