Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Zamani Slam. Show all posts
Showing posts with label Zamani Slam. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Zamani rindu berada di pentas bersama Slam


Penyanyi yang mencipta nama dengan kumpulan Slam, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Haji Ibrahim telah lama mendiamkan diri, tetapi kemunculannya dalam Konsert Gegar 5 Legenda di Istana Budaya baru-baru ini adalah permulaan kepada perjalanan karier seninya.

Walaupun pernah menghasilkan lagu duet "Tak Keruan" bersama Sharifah Zarina sekitar tahun 2012, ia masih belum mampu melonjakkan nama Zamani dalam industri muzik ini kerana kuranganya publisiti atau promosi.

Ditemui selepas konsert pengenalan yang menampilkan dirinya dengan empat lagi penyanyi popular tahun 1990-an, Zamani akui dirinya kurang sihat sejak kebelakangan ini.

"Saya kurang sihat kerana sakit belakang. Ada juga pergi berubat tradisional dan Alhamdulillah, saya semakin pulih dan mampu menyanyi seperti biasa," ujarnya yang mengakui jemputan nyanyian semakin berkurangan.


Ditanya tentang hubungannya bersama bekas anggota Slam yang lain, Zamani memberitahu mereka masih lagi berhubung dan pernah membuat konsert bersama di Singapura, tetapi tidaklah kerap kerana mempunyai komitmen masing-masing.

Jelasnya lagi, dia amat rindu untuk berada di atas pentas bersama rakan Slam yang lain, namun masih ada belum perancangan lanjut ke arah itu.

"Kami ada merancang juga, tapi semuanya belum pasti kerana bukan mudah untuk membuat konsert besar. Jika persembahan biasa pun perlu tunggu jemputan. Jika tiada yang meminta, kami tak boleh buat apa-apa," ujarnya lagi.


Rindu dengan karier nyanyian, Zamani telah bergandingan dengan Saleem, Aris Ariwatan, Rahmat Mega dan Ali Terrarossa untuk Konsert Gegar 5 Legenda yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 15 hingga 17 Mac ini, jam 8.30 malam.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 42 tahun ini kini dalam proses menghasilkan album mini solo di bawah syarikat rakaman Johan Music yang sudah menjadi pengurusnya sejak 19 tahun yang lalu.

Sunday, May 16, 2010

Zamani Dah Sedia Nak Buat Comeback!


KUALA LUMPUR, 14 MEI 2010 : Sudah sampai masanya untuk Zamani Ibrahim atau Zamani, 39, buat comeback semula di dalam industri hiburan tanah air. Itulah kata-kata yang diucapkan vokalis kumpulan Slam ini sewaktu dia ditemui menjayakan rakaman muzik video Tak Mungkin Berpaling bersama juara AF3, Mawi, di salah sebuah lokasi di Shah Alam.

"Ramai yang bertanya ke mana saya menghilangkan diri selama ini. Nak kata saya mendiamkan diri tak juga, cuma saya kurang aktif. Tapi, saya akui sudah 7 tahun menyepikan diri di dalam industri ini.

"Selepas muncul dengan album solo Syair Si Pari-Pari pada 2001 , saya masih lagi sibuk untuk beberapa tahun. Tapi, selepas itu, saya terus sepi. Ada juga saya buat show kecil-kecil contohnya di funfari dan dinner show. Tetapi tak sehebat dulu lah. Mana boleh tak menyanyi sebab ini adalah punca rezeki saya," katanya.

Kini, Zamani bakal muncul dengan sebuah mini album berjudul Terima Kasih.

"Dalam album tersebut ia mengandungi 5 buah lagu baru yang mana saya menyanyi secara solo.Saya menjangkakan ia akan berada dipasaran dalam masa terdekat ini. Antara lagu yang dimuatkan adalah seperti Daftar Cinta, Angin Cinta, Asyik Melagukan, Sewaktu Jendela Terbuka dan juga Terima Kasih.

"Penerbit album iaitu Johan Aziz juga ada berbincang untuk menghasilkan album Slam reunion. Tetapi ia masih dalam peringkat perbincangan. Perkara ini sudah pun diberitahu kepada rakan-rakan Slam yang lain. Angota slam masih lagi berhubung, bila ada benda-benda macam ini, kami akan bawa berbincang dulu," katanya.

Dalam pada itu, Zamani juga nampaknya cukup selesa memilih hidup membujang sehingga kini.

"Memang ada niat untuk berkahwin, tetapi jodoh belum sampai lagi. Calon pun tiada lagi. saya tahu umur pun dah meningkat, kalau boleh saya nak juga tamatkan zaman bujang ini. Ketentuan jodoh ini bukan kerja saya, apa yang kita boleh buat hanya merancang.

Sebelum ini pun saya ada berkenalan dengan seorang wanita tetapi tetapi hubungan kami terhenti di sekerat jalan. Mungkin tiada persefahaman diantara kami. Kalau boleh, saya ingin memilih calon isteri yang bersopan santun dan mesti mempunyai sifat keibuan," jelas Zamani.

Menjelaskan pula tentang duet lagu Tak Mungkin Berpaling yang bakal dimuatkan dalam album terbaru Mawi iaitu Idola, Zamani mengakui dia cukup teruja dengan gabungan dan kolaborasi tersebut.

"Semua orang tahu bahawa Tak Mungkin Berpaling adalah antara lagu Slam yang cukup hits. Sampai sekarang pun ia masih menjadi kegemaran ramai. Tak hairanlah kalau Mawi sendiri menyukainya.

"Walaupun terdapat sedikitr pembaharuan menerusi susunan muziknya, namun apa yang penting, ia langsung tidak mencacatkan melodi asal Tak Mungkin Berpaling ini. Malah jalan cerita yang dipaparkan dalam muzik video ini juga memang ada kena-mengena dengan liriknya," katanya.

Jelas Mawi pula, dia mengakui bahawa salah satu sebab mengapa dia mahu mengangkat lagu itu untuk dimuatkan dalam album Idola adalah kerana terpesona dengan susunan muziknya. Malah dia turut menjelaskan bahawa sejak dari dulu lagi dia memang meminati Zamani dan kumpulan Slam.

"Kami masih mengekalkan susunan muziknya, cuma cara nyanyiannya agak berbeza kerana ia dinyanyikan secara duet. Bagaimanapun cara nyanyian Zamani masih dikekalkan. Pada bahagian tertentu saya akan menyanyikan pula dengan cara saya," katanya.