Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label berita luar negara. Show all posts
Showing posts with label berita luar negara. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

Parti bogel di tengah laut

GAMBAR menunjukkan 10 lelaki dalam keadaan bogel di dalam sebuah bot kecil dekat Swansea Bay pada Sabtu lalu.


SWANSEA, Wales – Pasukan penyelamat tentera udara Britain (RAF) mendapati sekumpulan 10 lelaki di dalam sebuah bot kecil di tengah laut sedang berbogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu apabila sebuah helikopter pengawal pantai mengesan bot Blue Thunder dalam keadaan mencurigakan di perairan Mumbles Head di sini.

Pasukan pengawal pantai itu kemudian meminta bantuan pihak markas RAF Chivenor di Devon.

Sebuah helikopter penyelamat RAF bergegas ke tempat itu dan juruterbang mendapati bot yang dalam pelayaran untuk memancing ikan selama dua jam ke Swansea Bay, South Wales dipenuhi dengan sekumpulan lelaki bogel.

Menurut seorang jurucakap RAF, lelaki-lelaki itu melambaikan tangan dan mereka dilihat tidak berdepan dengan sebarang ancaman kecemasan.

Semua penumpang berasal dari Bradleystoke, Bristol dan mereka melompat-lompat dalam keadaan bogel setelah helikopter itu melemparkan tembakan kecemasan ke dalam air.

Kapten bot itu, Mark Thomas berkata, dia mahu menganjur acara yang unik di dalam bot tetapi sebelum sempat melakukannya, dia melihat rakan-rakan yang lain telah berbogel dan minum bir.

Kumpulan itu dalam perjalanan ke Swansea untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka, Dave Lloyd. – Agensi

Saturday, July 31, 2010

Polis Pattaya serbu pesta seks

du 06.1 Polis Pattaya serbu pesta seks

GAMBAR menunjukkan beberapa pegawai polis bersama suspek yang ditangkap dalam serbuan di tujuh lokasi di Pattaya semalam.


PATTAYA – Polis Thailand melakukan serbuan di tujuh buah lokasi di sini semalam dan menangkap tiga warga asing dan 30 lagi pesalah yang terlibat dengan aktiviti haram termasuk parti seks, lapor akhbar Pattaya Daily News.

Tiga warga asing itu ditangkap pada satu parti seks dan polis turut menemui pelbagai dadah kelas satu.

Operasi itu diketuai oleh seorang pegawai polis, Kolonel Natthawut Suwanla-ong bagi membanteras dadah, senjata api dan aktiviti haram lain.

Warga asing yang ditangkap itu berasal dari Australia, Perancis dan Scotland.

Menurut akhbar itu, mereka ditangkap semasa menghadiri parti seks bersama beberapa wanita Thailand. – Agensi

-kosmo

Tuesday, July 20, 2010

Datuk 71 tahun ditipu pelacur Thailand

du 10.1 Datuk 71 tahun ditipu pelacur Thailand

GAMBAR menunjukkan datuk berusia 71 tahun dari Jerman bersama Kim.


BERLIN – Seorang datuk di Jerman diperdayakan oleh seorang pelacur muda warga Thailand yang berjaya memujuknya meminjamkan wang sebanyak 20,000 euro (RM82,000) tetapi kemudian tidak membayar balik pinjaman itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Datuk berusia 71 tahun itu yang berasal dari wilayah Rhine-Westphalia Utara, Jerman pada mulanya menjadikan pelacur tersebut yang menggunakan nama samaran Kim sebagai tempat bermanja setelah isterinya yang berusia 65 tahun meninggal dunia.

Kim bekerja di sebuah rumah pelacuran di Jerman dan pernah berbogel di Internet.

Dia yang juga pakar dalam urutan erotik, mengenakan caj 100 euro (RM410) untuk satu sesi bersamanya.

Akibat percaya mereka saling jatuh cinta, datuk berkenaan sanggup memberikan wang yang banyak itu kepada Kim setelah dia kerap melanggan pelacur itu.

“Dia bermalam di kediaman saya, kami merancang masa depan bersama,” katanya.

Namun, pada satu hari, Kim mahukan wang pencen lelaki tersebut dan merayu sambil menangis kerana adik-beradiknya di Thailand memerlukan bantuan kewangan.

Datuk itu memberikan wang simpanannya sebanyak 8,000 euro (RM32,852) dan meminjamkan lagi 12,000 euro (RM49,277) kepada Kim.

“Kim menyatakan akan membayar balik wang itu secara ansuran tetapi dia tidak berbuat demikian,” katanya.

“Selepas mendapat wang itu, dia (Kim) tiba-tiba tidak mahu berjumpa dengan saya lagi.

“Dia (Kim) menandatangani surat pinjaman. Saya akan menyamannya jika perlu,” ujarnya. – Agensi

-kosmo