Pengharaman Seks Semasa Haid
Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri
ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:
“Dan
mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.
Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”.
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan
bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan
janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut
jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah
mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang
yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa
yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di
saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan
mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan
ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam
Ihya Ulumuddin dengan berkata,
“Janganlah
suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid
sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana
yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“
Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan
hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh
Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan
(The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk
Women With HIV Infection, risiko jangkitan
kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan
hubungan seks ketika haid ataupun dengan
lelaki yang tidak berkhatan.
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit
(Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung
Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,
menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika
mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan
risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan,
wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haidmeningkatkan
risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh
Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari
Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di
Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir
putus haid atau
perimenopausal, yang kerap
mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk
membuang rahim atau
hysterectomy dan
ovari atau
ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam
Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita,
tiub fallopian dan
ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan
keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang
melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya
tiub fallopian dan
ovaridilindungi daripada
serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid,
kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian,
hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh
agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari
sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara
suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh
Masruq bin Ajdak,
“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?”Lalu Aisyah menjawab,
“Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com
Rujukan:
Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti
Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan
Penulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd