| Harakahdaily, | 24 Feb 2012 | 
KUALA LUMPUR, 24 Feb:  Bekas lagenda bola sepak negara, Haji Abdullah Ali yakin, PAS dan  Pakatan Rakyat boleh memenangi negeri Terengganu dalam pilihan raya umum  akan datang ini.
(Abdullah Ali bercakap dalam rancangan Persepsi Harakahdaily)
"Dengan saya menyertai PAS, saya boleh membantu untuk memberikan  kesedaran khasnya orang baru untuk menyokong PAS," kata beliau dalam  wawancara khas dengan Harakahdaily.
Abdullah Ali, bekas pemain  bola sepak negara yang terkenal dengan tendangan 'inswinger' dari sudut  penalti di lewat 1970an dan awal 1980an dahulu.
Pasukan Malaysia  yang disertai beliau pernah layak ke sukan Olimpik Moscow pada tahun  1980 tetapi tidak berjaya menyertai kejohanan itu kerana Malaysia  menarik diri dari menyertai Olimpik Moscow ekoran serangan Rusia ke atas  Afghanistan.
Baru-baru ini, Abdullah menyerahkan borang  menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat di Kota Bharu.
Hari ini Abdullah menyertai wawancara di Harakahdaily untuk rancangan "Persepsi".
Dalam  rancangan itu, Abdullah melahirkan keyakinan beliau dengan barisan  pimpinan baru PAS Terengganu yang ada mampu mengembalikan negeri itu ke  tangan PAS selepas kehilangannya pada pilihan raya 2004."Insya  Allah kita sama-sama doa dan kerja kuat. Saya juga telah bercakap  dengan jawatankuasa PAS Terengganu, kalau ada program saya boleh bantu  PAS di Terengganu.
"Insya Allah, kali ini Terengganu akan dimenangi balik oleh Pakatan Rakyat," kata Abdullah.
Ketika  ditanya kenapa menyertai PAS, Abdullah berkata, suasana politik  sekarang yang ada sangat tidak baik akibat dari sikap Umno sendiri.
"Misalnya skandal NFC yang diberikan pinjaman RM250 juta.
"Begitu  juga yang berlaku di sebelah kampung saya, Kampung Surau Haji Mat Zin.  Rakyat di sini sangat  miskin. Pemimpin Umno hanya datang semasa pilihan  raya membawa lori yang berisi makanan untuk diberikan kepada rakyat.
"Ini  cara yang tidak baik sepatutnya kita ikut macam Khalifah Omar Al  Khattab yang datang malam-malam melihat rakyat untuk menjaga kebajikan  mereka," katanya.
 
 
 
No comments:
Post a Comment