Berita baik untuk semua penonton setia TV9 di mana  anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi  peraduan-peraduan hebat di TV9. Kesemua peraduan adalah amat mudah. Oleh  itu jangan ketinggalan untuk menyertainya. Antara peraduan menarik yang  ditawarkan bermula pada bulan Februari ini adalah:
 Cipta Perbualan Romantis antara Ariana & Mikhail
 
 Jika sebut “Paris”, pasti ramai yang terus  membayangkan kecantikan dan nilai-nilai romantis yang tersemat di dalam  kota cinta tersebut. Drama Ariana Mikhail lakonan Nora Danish dan  Syed Hussein (Sein) melalui slot Ratu, setiap Isnin & Selasa, 8.30  malam mengisahkan cinta pertama mereka yang berlatarbelakangkan kota  Paris ini. TV9 ingin memberi peluang kepada penonton setianya untuk  merasai detik-detik percintaan Ariana dan Mikhail dengan menawarkan dua (2) tiket penerbangan ke Paris.
 Caranya mudah sekali di mana peserta hanya perlu  mencipta perbualan paling romantis di antara Ariana dan Mikhail  berdasarkan gambar yang dipaparkan di www.tv9.com.my. Paling menarik,  pemenang akan dipilih sendiri oleh Ariana (Nora Danish) dan Mikhail  (Sein) berdasarkan dialog yang paling romantis. Peraduan bermula pada 13  Februari dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Februari 2012.
  
Peraduan SMS Mutiara Hati – Anugerah
 
 Program Anugerah menerusi slot Mutiara Hati di TV9 kini kembali sekali lagi dengan Peraduan SMS yang menjanjikan para pemenangnya tiket istimewa ke Lost World of Tambun! Peraduan SMS Mutiara Hati ini akan bermula pada 13 Februari 2012 dan berakhir pada 9 Mac 2012.
 Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu menonton  sinetron Anugerah yang disiarkan di TV9 pada setiap hari Isnin hingga  Jumaat pada jam 5.30 petang untuk mendapatkan kata kunci yang berlainan  pada setiap hari. Terdapat 4 kata kunci pada setiap minggu dan  seterusnya peserta perlu menghantar SMS MUTIARA ke 33399 untuk memberi  semua kata kunci pada minggu tersebut serta menjawab satu soalan  seminggu.
 Peserta dengan jawapan yang tepat dan paling pantas  akan diumumkan sebagai pemenang. Satu (1) pemenang akan dipilh setiap  minggu mengikut kriteria pemilihan dan pemenang akan diumumkan pada hari  Jumaat minggu yang seterusnya. 4 pemenang bertuah akan diumumkan dan  setiap pemenang akan mendapat tiket ke Lost World of Tambun (Baucer  Keluarga untuk 4 orang).
 Peraduan Movie Night
 
 Seperti yang sudah diketahui ramai, TV9 kini  menyiarkan pelbagai filem antarabangsa terbaik pada setiap hari Sabtu  jam 10.00 malam menerusi slot Movie Night. Penonton hanya perlu menonton  filem-filem terbaik ini di TV9 untuk mendapatkan 3 soalan dan slogan.  Jawapan paling tepat dan cepat serta slogan paling kreatif akan  diumumkan sebagai pemenang. Hadiah yang ditawarkan berupa iPod Touch, PSP Go dan XBOX 360 Slim.  Peraduan bermula pada 17 Mac 2012 dan tarikh tutup adalah pada 15 April  2012. Filem-filem Movie Night yang terlibat dalam peraduan ini adalah:
 1. Gamer (17 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
2. Aeon Flux (24 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
3. Bandslam (31 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
4. Rambo (7 April 2012. Sabtu, 10 malam)
5. The Ring (14 April 2012, Sabtu. 10 malam)
 Psstt: Memang unik dan lain daripada yang lain bangunan-bangunan ni~
 
 
No comments:
Post a Comment