Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label amy search. Show all posts
Showing posts with label amy search. Show all posts

Monday, May 28, 2012

Gabungan 4 Lagenda – Stadium Merdeka 30 Jun Ini

Afro Zapin Venture Sdn. Bhd. telah menggabungkan empat lagenda hiburan tanahair Jamal Abdillah, Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan Amy Search untuk membuat persembahan di bawah satu bumbung dalam The Legendary Concert 2012-Dulu, Kini dan Selamanya.
Sememangnya bukan mudah menggabungkan kempat-empat mereka kerana faktor masa yang tidak menentu di kalangan mereka. Akan tetapi usaha Afro Zapin ini telah berjaya menggabungkan lagenda-lagenda ini di konsert pertama mereka di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah pada 5 Mei yang lalu. Walaupun hanya 2,000 penonton hadir, persembahan mereka amat memuaskan hati setiap penonton. Maklumlah otai!
Bertolak dari konsert pertama, pada 19 Mei lalu pula, konsert diteruskan di Stadium Pisa Pulau Pinang yang dihadiri lebih 5,000 penonton dan Johor Bahru pada 26 Mei ini.
Sebagai penutup tirai, empat figura berwibawa ini akan menggamatkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun ini. Bukan mudah untuk mengumpulkan empat nama besar dalam industri muzik tanah air di bawah satu bumbung dan pentas yang sama. Jadi jangan lepaskan peluang ini.
Zainal Abidin melahirkan rasa terujanya kerana sudah lama tidak muncul di konsert besar seperti ini.
“Selain bertujuan untuk menggabungkan empat legenda, saya juga ingin kembalikan nostalgia konsert berbayar yang sudah jarang dilakukan artis tanah air. Sebagai konsert berbayar, sudah pastinya banyak perkara akan dilakukan dan gabungan sebegini bakal memberi kepuasan dan pulangan yang berbaloi kepada peminat.
“Malah paduan tenaga empat legenda ini dapat mengumpulkan setiap peminat masing-masing yang tentunya sudah lama menunggu kami untuk bergabung di atas satu pentas,” katanya sambil memberitahu sambutan yang diterima cukup menggalakkan.
Menurut Ratu Jazz, Sheila Majid, dia menerima pelawaan tersebut kerana diberitahu, sebahagian daripada hasil kutipan konsert akan disalurkan kepada rumah kebajikan.
Biarpun sering melakukan konsert-konsert solo, namun Jamal tidak dapat menyangkal keterujaannya untuk bergabung dengan legenda yang cukup disegani.
“Peluang untuk menyanyi bersama dengan tiga lagi legenda yang masing-masing cukup hebat membawakan genre mereka sendiri tidak harus saya lepaskan.” – Jamal
Seorang lagi legenda yang cukup terkenal, Amy pula merumuskan gabungan keempat-empat mereka bakal mencipta fenomena memandangkan masing-masing adalah daripada latar belakang muzik yang berbeza.
“Saya percaya kami masing-masing mempunyai pengikut tersendiri yang memang menunggu kami untuk bersama di atas satu pentas.”
Peminat-peminat boleh mendapatkan tiket-tiket yang sudah mula dijual pada harga RM100, RM200, RM300 dan RM600. Untuk maklumat lanjut tentang konsert ini, sila layari www.legendary.my.

Saturday, February 11, 2012

The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini Dan Selamanya

Jamal Abdillah
Jamal Abdillah Ketika Beraksi Di Ipoh Bulan Lalu

Berpaksikan jenama yang cukup besar dan cukup berat untuk dipikul, The Legendary Concert 2012– Dulu, Kini dan Selamanya apatah lagi untuk merialisasikannya. Namun itu bukanlah halangan bagi Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn Bhd yang ingin melihat ‘jenama’ tersebut terus gah dipasaran tempatan apatah lagi ianya bakal berkesinambungan dari tahun ke tahun.

The Legendary Concert 2012 – Dulu, Kini dan Selamanya” adalah sebuah konsert yang berskala besar dan melibatkan ‘jentera-jentera’ hebat yang bertaraf lagenda. Pemilihan artis bukanlah bersandarkan kepada ‘gah’ nya nama mereka tetapi berlandaskan kepada keupayaan, populariti dan juga komitmen mereka kepada masyarakat bermula dari karier seni sehinggalah mereka mencipta kejayaaan dimasa kini.

sheilamajid
Sheila Majid

Membariskan nama-nama besar seperti Datuk Shiela Majid, Amy Search, Jamal Abdillah dan juga Zainal Abidin sudah pasti konsert yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi bakal meninggalkan satu kesan abadi bukan sahaja kepada industri hiburan tetapi kepada masyarakat Malaysia yang kaya dengan norma-norma kehidupan yang harmoni.

Perancangan untuk mengadakan konsert tersebut telah diusulkan oleh Anglina selaku Pengarah Urusan Afro Inang Worldwide. Idea yang diusulkan oleh Anglina telah menarik minat rakan kongsinya

zainalabidin
Zainal Abidin

iaitu Research Venture Lab Sdn Bhd, penggabungan tenaga dan idea diantara keduanya mampu menarik peminat para penghibur yang bertaraf ‘lagenda’ selain mempunyai kekuatan ianya juga merupakan variasi yang hebat kerana menghimpunkan genre muzik yang berlainan di dalam sebuah panggung.

The Legendary Concert 2012 – Dulu, Kini dan Selamanya” bakal berlangsung di 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor (Stadium Majlis Perbandaran Johor Baharu), Sabah(Stadium Likas), Kuching (Stadium Negeri) dan klimaks kepada konsert ini pastinya berakhir di Kuala Lumpur(Stadium Merdeka). Siri jelajah ini bakal bermula 5 Mei hingga 30 Jun .

Amy Search
Amy Search Ketika Konsert Bersama Kumpulan Search

Bukan sekadar menjayakan konsert sahaja , kesungguhan serta komitmen yang diberikan ke empat-empat lagenda tersebut harus diberi pujian kerana mereka sanggup ‘turun padang’ bagi menjayakan sesi bertemu peminat di setiap negeri sebagaimana yang telah diaturkan oleh pihak penganjur.

Tidak mustahil sekiranya ‘The Legendary Concert 2012- Dulu Kini dan Selamanya’ bakal diklasifikasikan antara konsert paling berprestij dan istimewa bagi tahun 2012.

Monday, January 2, 2012

Search Amy, Kid, Din, Nasir, Yazid

Search

Search_04-1-.jpg
Latar belakang
Asal Bendera Malaysia Johor, Malaysia
Genre Rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1981–2001, 2006–kini
Label Polygram Records (1984–1987)
BMG (1989–2001)
Life Records (2006–kini)
Kegiatan
berkait
Amy
M. Nasir
Wings
Laman web http://www.duniasearch.com.my
Ahli-ahli
Amy (penyanyi)
Yazid Ahmad (dram)
Hamzah Mohd Taib (gitar utama)
Noordin Taib (gitar)
Nasir Daud (bes)
Bekas ahli
Zainal Rampa (penyanyi, 1981–84)
Hillary Ang (gitar utama)
Hamzah Mohd Taib (gitar, 1989–2007)
Amran Marsiman (bes, 1985, 1992–)
Man Kidal (gitar, 1985)

Search ialah sebuah kugiran muzik yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak dibentuk pada tahun 1981, kugiran ini telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, puluhan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah tiga dekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an, sebelum kegiatan mereka sedikit sebanyak merudum pada 2000-an.

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting] Biografi

[sunting] 1981-88: Permulaan

Ketika diasaskan di Johor Bahru pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama RamPa (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, Suhaimi Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama Polygram Records di Singapura pada pertengahan 1980-an.Dengan bantuan M.Nasir sebagai Penebit Search.Bermula lah satu lagenda M.Nasir dan Search. beliau merupakan insan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings,dan lain lain.

Tiga buah album studio terawal mereka, iaitu Cinta Buatan Malaysia (1985)[1], Langit dan Bumi (1986)[2], dan Mentari Merah di Ufuk Timur[3], dirakam di Lion Studio, Singapura dengan M. Nasir sebagai penerbit. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album Cinta Buatan Malaysia dibantu oleh Yan dan Man Kidal dari kugiran Lefthanded sebagai pemuzik undangan. Hillary Ang pula hanya melibatkan diri dalam album Langit dan Bumi dan Mentari Merah saat bersama Polygram.

Persembahan live mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 2 Februari 1986, diikuti konsert sendiri pertama mereka iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.[4]

Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang keluar pada tahun 1986.[5] Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian pada tahun 1987.

Album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, dan Mentari Merah di Ufuk Timur, masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada tahun 1987.[4] Apapun, walaupun sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan nama Search, iaitu Di Pintu Sepi dan Berpaling yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album Mentari Merah itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988.

Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu Gersang (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan Mega (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; Kluang, 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)[6], diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran Thailand di Bangkok, di ambang tahun baru 1989.[4]

[sunting] 1989–1997: "Fenomena" Search

Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search beralih ke Pacific Records (kemudian bertukar nama menjadi BMG Pacific) sebagai label edaran, menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn Bhd (di mana kelak mereka merakam semua albumnya sepanjang 1990-an) dan merakam album hit pertama mereka di bawah label itu, Fenomena untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang terdapat dalam bentuk cakera padat yang keluar setahun selepas versi kasetnya.[7] Walau bagaimanapun, Hillary Ang meninggalkan kugiran ini di tengah-tengah sesi rakaman album ini untuk mengejar kerjaya solo.Dan tempat beliau telah di gantikan oleh Kid atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama) iaitu bekas pemain gitar utama kumpulan Gersang dan juga adik kepada Nordin Md Taib (gitar) .[7] Dalam album inilah termuatnya lagu malar hijau "Isabella". Apapun, album Fenomena terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.[8]

Sepanjang tahun 1989, mereka juga semakin aktif membuat persembahan live, termasuk jelajah Konsert Isabella yang diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun itu, kemudian dilanjutkan ke tahun 1990 di Kuantan dan Jakarta, Indonesia.[4]

Search memuka tirai dekad 1990-an dengan mengeluarkan album Karisma.[9] Album tersebut terjual lebih dari 150,000 unit di Malaysia dan 200,000 ribu unit di Indonesia.[8] Mereka sekali lagi berlakon dalam dua buah filem pawagam, iaitu muzikal Fenomena dan drama cinta Isabella,[4] yang diilhamkan oleh lagu "Isabella".[10] Kedua-dua filem ini dibintangi oleh Amy, dan sedikit sebanyak mengundang kontroversi kerana terdapat adegan berciuman.[11] Sepanjang tahun 1990 juga, kugiran Search bersama Ella dan Wings mengadakan jelajah Konsert Revolusi Salem di seluruh negara, di samping menyambungkan jelajah Isabella di Kuantan dan Jakarta seperti yang disebut tadi.[4] Tidak lama setelah album Karisma diterbitkan, Nasir Daud meninggalkan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos.[9]

Pada tahun 1991, kumpulan Search meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan mengeluarkan album himpunan Sepuluh Tahun yang memuatkan 10 lagu hit lama dan dua lagu baru.[12] Pada tashun ini juga, mereka berpeluang untuk melebarkan sayap populariti mereka merentas benua untuk beraksi di pesta New Music Nights di Cat Club, Bandaraya New York, Amerika Syarikat, pada bulan Julai[13], sebelum kembali ke tanahair untuk Konsert Karisma di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebulan kemudian.[4]

Pada tahun 1992, giliran kumpulan Search menjadi penerbit album sendiri dalam merakam album pertama dengan penglibatan M. Nasir sebagai penasihat penerbitan sahaja, bermula dengan album Rampage[14], yang juga diiringi oleh Konsert Rampage di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada bulan November. Pada tahun yang sama, mereka berkolaborasi dengan kumpulan Wings untuk menghasilkan album Double Trouble.

Walaupun menikmati populariti yang luar biasa, namun mereka menghadapi rintangan dari pihak media, khususnya penyiar milik negara RTM yang melarang penyanyi lelaki berambut terlalu panjang dari siaran radio dan TV-nya. Oleh itu, pada November 1992, Amy bersama Awie dari kumpulan Wings menerima potongan rambut dari Menteri Penerangan ketika itu, Mohamad Rahmat, agar dapat membuat kemunculan di corong radio dan TV penyiar awam itu.[15] Walau bagaimanapun, RTM kelihatan tidak menepati janjinya, sehingga menerima kecaman dari Amy sendiri untuk mengingatkan mereka pada tahun berikutnya.[16]

Pada pertengahan tahun 1993, ketua jabatan media cetak dan elektronik BMG Pacific, Rozita Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa seorang wartawan berbangsa Belanda tiba di Malaysia untuk menemu bual Amy[17], gara-gara populariti sebuah lagu yang dikatakan menempa nama di negara Eropah tersebut, iaitu "Fantasia Bulan Madu" yang dirakam dalam bahasa Inggeris dengan tajuk "Feel the Pain".[18] Pada tahun yang sama, Search dan Wings berusahasama mengadakan jelajah "Double Trouble" di tujuh tempat di seluruh Semenanjung, dengan tujuan meringankan beban kewangan yang didakwa dialami oleh kedua-dua kugiran tersebut.[17]

Pada tahun 1994, Amy melancarkan kerjaya solonya dengan album berjudul Magic[19], sementara kegiatan kugirannya berkurangan dengan hanya satu konsert di Shah Alam, satu EP remix dan satu album himpunan tanpa lagu baru, iaitu Terbaik. Pada tahun berikutnya, Nasir Daud kembali ke kumpulan Search untuk merakam album Gema di Timur Jauh[20] dan mengadakan dua konsert bersempena album ini di Shah Alam (9 Jun) dan Kuala Lumpur (18 Oktober) yang turut menyumbang kepada album live berjudul Gema di Timur Jauh Unplugged (yang banyak berbeza himpunan lagunya dari album Gema asal). Album unplugged pertama kumpulan Search ini telah terjual lebih dari 100,000 unit.[8]

Kugiran Search mengeluarkan album lagi pada tahun 1996 iaitu Rock 'N' Roll Pie sempena ulang tahun mereka yang ke-15, kali ini melibatkan hasil karya penulis lagu tempatan dan antarabangsa (termasuk Klaus Meine dari kumpulan Scorpions dari Jerman). Pada Oktober tahun itu, mereka bersama Ramlah Ram mewakili Malaysia di pesta muzik Hanoi-Asean Golden Song Festival yang disertai di Vietnam.[21] Pada tahun berikutnya, kugiran ini mengadakan Konsert Rock 'N' Roll Pie di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang dirakam untuk siaran di TV3 dan keluaran album, di samping Amy mengeluarkan album solo keduanya, Camouflage.

[sunting] 1998–2001: Perpecahan

Selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain gitar bes baru yang menggantikan Nasir Daud yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua, Kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan kumpulan Wings (yang ketika ini diterajui oleh Mustaffa Din) untuk mengeluarkan album Double Trouble 2 untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, pada tahun inilah kugiran Search mengalami saat paling getir apabila Amy meninggalkan kugirannya di tengah-tengah usaha merakam album baru untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solonya,[22] tidak lama kemudian meninggalkan BMG untuk menyertai label Sony Music.[23]

Sebagai pelengkap album yang berjudul Bikin Wilayah, mereka mengundang Awie sebagai penyanyi jemputan dan menyebut namanya di kulit album keluaran akhir tahun 1998 itu. Akan tetapi, kumpulan Search sudah di ambang perpecahan apabila Kid, Noordin dan Fauzi meninggalkan kumpulan itu, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya anggota asal Search yang tinggal.[24] Pada tahun 1999, Akhirnya selepas berpeluh sebaldi, Yazit berjaya membariskan line up baru dlm SEARCH iaitu Moq(vokaliz), Shah(gitaris), Zam(bassis), dan Yazit(Drummer).

Selepas itu album mereka iaitu 'Selepas Banjir' keluar, tetapi sambutannya amat mengecewakan. Selepas Banjir, album berlagu baru terakhir di bawah nama Search[25], sebelum kugiran itu dibubarkan album himpunan Rockestra dikeluarkan.[26]

Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album Fenomena dan Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Sham pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanahair dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi Sony BMG): Aku, Suatu Masa dan IKON: A Rockstar Chronicle.

Pembubaran SEARCH satu Sejarah Sedih.Search ialah sebuah nama yang besar dlm sejarah muzik tanahair...siapa sangka kumpulan yang begitu gagah ini tertewas setelah 18 tahun berentap di arena muzik malaysia.Akhirnya, Search tertewas setelah bertahun-tahun berjuang dan telah di bubarkan pada tahun 2001.dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001 .

[sunting] 2003–kini: Bersatu semula

SELEPAS lima tahun dibubarkan, kumpulan rock Search akhirnya mengambil keputusan bersatu semula.Kerana peminat Search merindui aksi aksi Search setelah mereka bubarkan nama Search pada tahun 2001.Nama Search dihidupkan kembali dengan dibarisi ahli kumpulan iaitu Amy (penyanyi),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes),Lola (Drum)ialah bekas pemain drum XPDC dan mengadakan sebuah konsert reunion yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Februari 2004.[27] Persembahan konsert tersebut dirakam dalam album live Konsert Rock Search Evolusi 2004 yang keluar tiga tahun kemudian. Pada tahun 2004 juga, kugiran Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert Scorpions di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran Jerman tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari Pemuda PAS atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.[28].Dan tidak lama itu Lola (Drum) telah mengundurkan diri dari Search dan Yazit Ahmad (Drum)pemain drum asal Search telah kembali pada Search.

Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash] bersama Kumpulan Lefthanded, Saleem bersama Kumpulan Iklim Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus bersama Kumpulan May, Joey bersama Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.

Pada awal tahun 2006,dua pemain gitar Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar)telah mengundurkan diri sekali lagi dari Search dan Hillary ang (gitar utama)kembali pada Search setelah sekian lama beliau meninggalkan kumpulan tersebut dari tahun 1988,Beliau adalah pemain gitar asal Kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun 1981.Petikkan bunyi gitar beliau begitu sinonim dengan kumpulan Search dan Cromok, petikkan gitar beliau yang "berhantu" membuatkan peminat masih mahukan Hillary Ang kembali bersama Search. dan media mengesahkan bahawa Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Yazid Ahmad kembali bersama untuk merakam album baru sekali lagi, di samping memperkenalkan tapak sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya.[29] Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi, Ying dan Yang yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP Empire Garden. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal.[8] Serentak dengan Empire Garden, mereka mengusahakan album Gothik Malam Edan yang mengunakn hasil dari Eddrie Hashim & M.Nasir yang berjaya diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran Life Records dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.

Pada tahun 2006 juga, Search mengumumkan konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25, bergandingan dengan kumpulan Slank dari Indonesia, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2007 di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, kumpulan Search menarik diri pada saat-saat akhir, kononnya sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor pada bulan sebelumnya, maka tinggalnya Slank dengan bantuan kugiran Spider dan Wings. Akibatnya, konsert yang menantikan kedatangan 20,000 peminat menjadi hambar dengan kehadiran 7,000 orang sahaja, dilaporkan kebanyakannya berasal dari Indonesia.[30].Setelah Search membatalkan menyertai konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25,Search membuat konsert Konsert Selepas Banjir di johor,selepas banjir besar menlanda Kota Tinggi, Johor .

Pada tahun 2008, Amy Search mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[31]

Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur iaitu Seberang Jaya Penang,Johor Bahru Johor,Jengka Pahang,Kuala Terengganu,Alor Setar Kedah,Kota Bahru Kelantan,Kuching Sarawak,Miri Sarawak,Sandakan or Kota Kinabalu Sabah,Tawau Sabah,Kelana Jaya or Shah Alam Selangor.Dan juga sekembali nya Noordin Taib (gitar) pada kepangkuan Search pada tahun 2009. Konsert Jelajah yang menerima sokongan dari penaja utamanya Celcom[32] ini bermula dengan konsert pembukaan di Seberang Perai pada 2 Mei[33] hingga konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos.Konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos menyaksikan kembalinya 'Kid' atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama)pada Search .Konsert istimewa itu menyaksikan 3 gitaris di atas pentas Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),dan Hillary Ang (gitar utama).konsert terakhir bagi Hillary Ang (gitar utama) sebelum beliau mengundurkan diri dari Search sekali lagi.Dan tugas gitar utama di galas sekali lagi oleh 'Kid' atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama).Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara itu, beberapa hari selepas hari jadi Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000[34] hingga 25,000[35] peminat.

[sunting] Perkembangan semasa

Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah dengan dibarisi ahli kumpulan Amy (penyanyi),Yazid Ahmad (dram),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes) melebarkan sayapnya di Ireland dan United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan Hujan untuk persembahan pembukaan.[36] Mereka beraksi di Button Factory, Dublin, pada 16 Februari; Scala London, King's Cross, London (18 Februari); dan Cavern Club, Liverpool (21 Februari).[37]

Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[38] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[39]

Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri oleh 20,000 orang.[40] Ini disusuli pula dengan konsert di Stadium Larkin, Johor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12,000 peminat.[41] Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.[42]

Search Kembali Dengan Konsert Fenomena 30 Tahun! Setelah 30 tahun bersama, akhirnya Search kembali berteriak dengan Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan diadakan pada bulan November & Disember 2011.Search memulakan siri jelajah Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Pulau Pinang pada 19 November 2011, Johor Bahru 3 Disember 2011 dan berakhir di Kuala Lumpur 17 Disember 2011.Bagi tidak mahu menghampakan peminat Search di Sabah dan Sarawak, Search telah mengumumkan Sambungan Konsert Fenomena Search 30 Tahun Ke Borneo! Search membawa Konsert Fenomena Search 30 Tahun menjelajah ke dua negeri itu.24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau, Sabah dan diikuti Stadium Negeri Kuching, Sarawak pada 31 Disember 2011 iaitu konsert akhir bagi SEARCH 2011.

Konsert SEARCH XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012. pada tarikh 28 Januari 2012,SEARCH & XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012.di Stadium Tertutup Singapura. lokasi yang pernah berlangsungnya konsert band-band Rock/Heavy Metal internasional seperti Iron Maiden, Metallica mahupun No Doubt itu.Yang menarik mengenai konsert itu nanti adalah ianya merupakan buat pertama kalinya Search dan XPDC bergabung dalam satu konsert di negara repablik itu. Nilai-nilai sentimental yang dapat dilihat di sini adalah kedua-dua Lola dan Yan turut pernah menyertai Search.

[sunting] Diskografi

Rencana utama: Diskografi Search

[sunting] Album studio

-Hits Songs

  1. Kejora
  2. Isi Atau Kulit
  3. Cinta Buatan Malaysia
  4. Balada Pemuzik Jalanan

-Hits Songs

  1. Rozana
  2. Meniti Titian Usang
  3. Langit dan Bumi
  4. Bisa

-Hits Songs

  1. Fantasia Bulan Madu
  2. Mentari Merah Di Ufuk Timur
  3. Gadisku
  4. Pelesit Kota

-Hits Songs

  1. Isabella
  2. Pawana
  3. Fenomena
  4. Gadis Misteri
  5. Bencana
  6. Mencari ( Instrumental dari KID )

-Hits Songs

  1. Teguh
  2. Melastik Ke Bintang
  3. Orang Timur

-Hits Songs

  1. Nigina
  2. Asli & Tulus
  3. Nirmala

-Hits Songs

  1. Gemuruh
  2. Seribu Satu Natijah
  3. Ikutkan Saja

-Hits Songs

  1. Laila Namamu Teratas
  2. Cintaku Hilang Bisanya
  3. Andaiku Miliki Semalam

-Hits Songs

  1. Seroja
  2. Diari Habil & Qabil
  3. Rock N Roll Pie
  4. Satu Bangsa Satu Arah
  5. Panggung Khayalan

-Hits Songs

  1. Yale Yale

-Hits Songs

  1. Nur Nilam Sari
  2. Zen ( Bikin Wilayah )
  3. Bayangan Baiduri

-Hits Songs

  1. Kejoraku Bersatu
  2. Selepas Banjir

-Hits Songs

  1. Gothik Malam Edan
  2. Lara Tari Pencinta


[sunting] EP

-Hits Songs

  1. Ying & Yang


[sunting] Album live

[sunting] Album kompilasi

-Hits Songs

  1. Di pintu Sepi
  2. Setelah Hujan
  3. Gadis Ayu
  4. Kepala Angin

-Hits Songs

  1. Berpaling
  2. Mungkinkah Tertawa

[sunting] Anugerah dan penghargaan

Tuesday, December 20, 2011

Kuasa Sakti Search Tarik 15,000 Peminat, Terus Cetus Fenomena!

Biar sesesak mana pun kondisi jalan raya, seazab mana sekalipun tatkala berasak-asak dalam LRT hanya semata-mata ke Pusat Konvensyen dan Pameran MINES, malam sabtu lalu, namun ‘keazaban’ itu nyata berbayar ketika menyaksikan band lagenda Rock pujaan semalaya, Search beraksi menerusi konsert jelajah Fenomena 30 Tahun Search.

Apa lagi yang mampu diluah, konsert band ikonik negara ini nyata tidak pernah menghampakan ribuan peminatnya. Buktinya, seramai 15,000 penonton yang tidak henti-henti menyanyi bersama-sama dengan vokalis Search Amy pada setiap himpunan lagu yang dipersembahkan nyata memahat satu lagi nota aura fenomena Seach selama tiga dekad penuh gilang dan gemilang!!

Search memulakan konsert pada malam itu menerusi lagu pembukaan, ‘Panggung Khayalan’ diikuti dengan seleksi lagu seperti ‘Gothik Malam Edan, ‘Fenomena’, ‘Metropolitan’, ‘Melayar Bahtera’, ‘Serigala Segalanya’, Isabella, Melastik Ke Bintang’, ‘Isabella’, ‘Melastik Ke Bintang’, ‘Cakap Memang Meriah’, ‘Rozana’, ‘Pawana’, ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’, ‘Bisa serta beberapa buah lagi lagu’ berhantu’ Search.

Beraksi energetic tanpa henti selama hampir tiga jam, Search yang dianggotai Amy, Din, kid dan Yazid nyata punya injeksi ‘sakti’ yang membuat penonton tidak henti-henti menyanyi bersama-sama sepanjang 25 buah lagu yang dipersembahkan.

Apa yang menariknya, bukan saiz pentas yang mega jadi ukuran namun rekaan pentas yang dibina untuk konsert tersebut disifatkan sebagai pentas mesra penonton kerana membolehkan Amy berkomunikasi dan beraksi lebih dekat dengan penonton.

Selain himpunan lagu-lagu yang berjaya membuat penonton ‘sing along’ bersama Amy, yang pastinya memahat momen manis pada malam itu. Terdapat juga beberapa momen atas pentas yang tidak dapat dilupakan. Kelincahan Amy yang tetap all out beraksi di atas pentas ketika menyanyikan lagu ‘Isi dan Kulit’ membuatkan vokalis berusia 53 tahun itu hampir terjatuh.

Namun yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika Amy hampir menitiskan airmata apabila menyaksikan ribuan penonton menyanyi bersamanya ketika membawakan lagu terakhir, ‘Fantasia bulan Madu’. Gema suara nyanyian penonton yang hadir dari pelbagai ceruk kota dan desa mengiringi suara nyanyian Amy telah membuatkan Amy terduduk dan hampir mengalirkan air mata terharu dengan respon diberi.

Menurut Amy yang ditemui sejurus selepas konsert berakhir, menyifatkan konsert jelajah ini merupakan satu kepuasan buat dirinya terutamanya Search apabila mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

“Saya berasa bersyukur dan gembira dengan sambutan yang diterima di tiga lokasi iaitu Pulau Pinang yang mencatat jumlah penonton seramai 7,000 orang, di Johor pula seramai 10,000 orang dan Alhamdulillah konsert di Kuala Lumpur cukup sukses dan antara yang terbaik,” ujar Amy.

Sebelum Kuala Lumpur, konsert jelajah Fenomena Search yang berlangsung sempena meraikan 20 tahun penubuhan kumpulan ini di persada seni muzih negara telah pun memulakan siri jelajahnya di Pulau Pinang dan Johor Bharu. Selepas ini, Search bakal meniup aura fenomena penuh sakti mereka ke Tawau, Sabah sebelum menuju ke Kuching, Sarawak.

Tempoh 3o tahun bukanlah satu tempoh yang mudah untuk terus mengukuhkan nama di persada seni apalagi bila pendatang baru silih berganti muncul bersama ‘ideologi’ seni baru. Namun itulah Search! Aura mereka mencetus fenomena, bukti mereka tanpa syak lagi adalah lagenda Rock terhebat, dekat di hati melangkaui tiap garisan generasi.

Foto: Terima kasih Joe Zakaria daripada The Zoe Zakaria Concept, www.thejoezakaria.com

Tuesday, November 15, 2011

Lirik Lagu Simetri Hazama Amy Search

Lirik Lagu Simetri nyanyian duet Hazama dan Amy Search

Sudah susah
Mahu yang mudah
Sudah mudah
Jangan bikin payah

Mahu senang
Kenal usaha
Tunggang langgang

Hendak bagaimana?
Harap tuah
Sampai bila

Sudah puas cuba
Lupa lelah
Entah mana

Tercapai akhirnya

CHORUS
Tibalah masa-masa untuk ku saja
Dominasi tiap-tiap penjuru
Izinkan diriku cuba
Lengkapi rotasi waktu mu

Benarkah masa ini hanya kau saja?
Dirasa masa ku ada lagi
Lihat gigih usaha
Didepan mata dan kita
Rupanya simetri

VERSE 2
Salah langkah
Banyak versinya
Tanya saja
Jadikan iktibar

Buat malu
Tidak bertanya
Jika malu

VERSE 3
Aku kini
Punya segala
Dan asalku
Tidakkan ku lupa

Jaga watak
Dan tingkah laku
Jika tidak

Lagu: Audi Mok (OP: Replay Music Sdn Bhd/SP: Warner-Chappell Malaysia)
Lirik: Zel Firdhaus Hadauan (OP: Replay Music Sdn Bhd/SP:
Warner-Chappell Malaysia)
Terbitan, susunan muzik, rakaman dan adunan: Audi Mok di Fuse
Gitar: Faizal Tahir
Bass: Omar K
Drums: Audi Mok

Hazama dan Amy Search ditemubual media

Saturday, November 12, 2011

Amy Search, Hazama Terjun Ke Dunia Hipster Dalam Video Klip Simetri

Share

Pasti ada antara anda yang sudah mendengar lagu duet terbaru Amy Search bersama Hazama yang di’perdengarkan mulai semalam (Rabu) melalui telephone system ERA FM.

Kolaborasi ini merupakan yang pertama buat Amy Search & Hazama selepas mereka tamat dengan curriculum Akademi Fantasia 9 di’mana Hazama muncul sebagai pemenang dan Amy Search adalah pengetua.

Lebih menarik, lagu berjudul Simetri ini turut mendapat sentuhan Faizal Tahir yang bertindak sebagai pemain gitar utama untuk lagu ciptaan Audi Mok ini.

Ketika sidang media pelancaran lagu duet mereka, ASTRO turut memperlihatkan video klip rasmi Simetri yang hanya akan mula di’tayangkan kepada umum bermula Sabtu ini.

Menurut Amy Search, beliau sudah terlalu lama tidak menjayakan projek video klip dan kali terakhir adalah beberapa tahun lalu bersama kumpulan Search.

Hendak tahu sejauh mana Amy Search & Hazama berganding bahu terjun ke dunia hipster samseng untuk video klip Simetri ini, saksikan preview 130 saat selepas ini.

Wednesday, September 28, 2011

Apabila Amy Search Tunggang Basikal Kanak-Kanak

Pheewhett menarik juga melihat gelagat raja Rock Malaya ni, Amy Search. Sungguh melucukan dan tidak disangka-sangka beliau berbuat demikian. Dengan memakai kaca mata hitam dan bertopi kaledar, Amy Search agak macho menunggang basikal kanak-kanak. Haiya, dah rindu ke nak naik basikal kanak-kanak kot Amy ni. Hihi. Jumpa di Konsert FENOMENA SEARCH 30 TAHUN nanti!

Saturday, April 2, 2011

Amy Search Pengetua AF9

AmySearch

Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search dinobatkan sebagai Pengetua Akademi Fantasia ke-9 merangkap musim terakhir program realiti televisyen yang melahirkan banyak bintang antaranya Mawi, Stacy, Adam, Mila, Nubhan, Bob dan Hafiz yang membarisi dunia nyanyian tempatan pada masa ini.

Pemilihan Amy itu sekaligus menutup khabar-khabar angin yang bertiup kencang dan mencetuskan kontroversi mengenai pelantikan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani yang mendapat bantahan banyak pihak di negara ini.

Selain Ahmad Dhani, nama-nama lain yang turut disebut-sebut sebagai Pengetua AF9 ialah komposer, penerbit dan maestro muzik tersohor Indonesia, Erwin Gutawa, Park Jin Young yang merupakan pemilik syarikat JYP Entertainment dari Korea Selatan, Ramli Sarip dan ramai lagi.

Program yang mula diperkenalkan pada 2003 menyaksikan Datuk Freddie Fernandez dipilih sebagai pengetua AF1, diikuti dengan Datuk Ramli M.S. (AF2), M. Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4) dan Roslan Aziz (AF5).

Ramli M.S. kemudiannya sekali lagi dipilih sebagai pengetua untuk musim keenam diikuti Datin Seri Tiara Jacquelina (AF7) manakala Norman Abdul Halim (AF8).

Dilahirkan pada 28 Julai 1958 di Johor Baru, Amy Search mempunyai pengalaman tiga dekad dalam dunia seni tanahir dengan pernah merakamkan puluhan album antaranya Cinta Buatan Malaysia (1985), Langit Dan Bumi (1986), Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987), Fenomena (1989), Karisma (1990), Gema Di Timur Jauh (1995) dan Gothik Malam Edan (2006) di samping pernah menjadi penyanyi solo buat seketika.

Selain menyanyi dengan pengalaman cukup tinggi dalam pembikinan konsert, Amy juga pernah membintangi banyak filem antaranya sebagai pelakon undangan dalam Kembara… Seniman Jalanan (1986), Rozana Cinta ’87 (1987), Sayang (1987), Fenomena (1990), Isabella (1990) dan Rock (2005).

Selain penglibatan beliau dalam bidang seni, Amy turut menunjukkan bakat keusahawanan dengan membuka Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju berkonsepkan Chinese Islamic Seafood dan menggemparkan negara setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Sony Music Entertainment (M) Sdn. Bhd. membayar ganti rugi RM2 juta kepada Amy kerana didakwa melanggar Perjanjian Pengedaran Bersyarat (PDA) pada 1998 dengan syarikat milik Amy, Art-Is At Work Sdn. Bhd.

Jika Amy Search Dinobat Sebagai Pengetua AF….


_MG_4906

Memang bukan rahsia nama Amy Search disebut-sebut sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim kesembilan (AF 9) yang juga terakhir. Tinggal lagi tuan punya badan hanya tersenyum setiap kali diasak tentang berita gembira itu. Pihak Astro pula lebih senang mengambil pendekatan untuk mengelak daripada rahsia besar itu terkuak.

Sebaliknya misteri Pengetua yang akan membantu segerombolan pelajar baru program realiti yang telah banyak melahirkan seseorang menjadi bintang itu hanya akan diumumkan pada malam pengenalan konsert sulung AF 9 pada malam esok.

Bagaimanapun, http://mynewshub.my berjaya ‘menangkap’ legenda rock, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Rahman, 53 tahun untuk berkongsi pandangan tentang program realiti dan apa yang boleh khayalak jangka jika dia benar-benar menjadi Pengetua AF yang baru.

http://mynewshub.my : Tahniahlah, dengar cerita memang betul abang jadi Pengetua AF 9.

Amy Search : Eh, mana ada. (ketawa).

http://mynewshub.my : Okay, kalau tak ada, tak apa. Tapi misalnya kalau betul-betul abang adalah Pengetua AF 9 yang sebenar esok, apa yang khalayak boleh jangka daripada abang?

Amy Search : Apa yang nak dijangkakan? (ketawa). Saya rasa tak ada jangkaan yang berlebihan sebab kalau betul saya jadi pengetua, saya akan bawa cara saya. Semua orang ada cara tersendiri, begitu juga saya. Kalau boleh saya mahu bantu mereka tentang perjalanan menjadi seorang bintang itu tidak mudah. Saya hanya ada di situ untuk beri panduan, bantuan, tetapi jika diri sendiri tidak membantu diri sendiri untuk menonjolkan bakat yang ada atau menggunakan peluang sebaik mungkin, tak guna juga.

http://mynewshub.my : Apa yang menyebabkan abang terima tawaran jadi Pengetua AF jika dilamar?

Amy Search : Jujurnya, saya bukan orang yang berminat untuk menjadi pengetua AF. Tetapi apabila difikirkan semula, ada baiknya saya terima kerana sekurang-kurangnya saya boleh share pengalaman seni saya kepada
pelajar-pelajar ini malah masyarakat. Saya mahu mereka tahu di sebalik populariti dan kesenangan yang saya miliki sekarang, sebenarnya saya melalui jalan yang sukar menjadi seperti hari ini. Jika tidak berusaha
keras, kental, jati diri dan paling penting bijak menonjolkan potensi diri, kita tidak akan ke mana sebab bukan seorang sahaja anak seni dalam dunia ini. Jadi kita kena betul-betul pandai ambil peluang dan
tunjukkan kualiti kita supaya orang perasan kewujudan kita.

http://mynewshub.my : Perlu ke drama dalam program realiti?

Amy Search : Perlu juga, sebab kalau tak ada, ia akan jadi monotanous. Malah ia bagus apabila menyentuh soal emosi dan survival seseorang yang betul-betul serius nak jadi penyanyi atau siapa saja yang mereka mahu jadi.

http://mynewshub.my : Adakah khalayak akan melihat method pengetua Amy sebagai seorang yang tegas atau garang atau bagaimana?

Amy Search : Saya cuma tak mahu mereka rasa takut atau segan dengan saya. Semua orang harus mengambil kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin dan saya akan cuba membuat mereka selesa dengan cara saya yang sederhana.
Untuk apa saya menjadi seorang pengetua yang tegas jika mereka tidak dapat ilmu daripada saya? Jadi yang penting adalah mereka selesa dengan saya dan mendapat sebanyak mungkin ilmu daripada saya.

http://mynewshub.my : Okay, semua sedia maklum, Amy Search itu seorang legenda rock. Adakah abang akan menggali kualiti rock dalam diri mereka nanti?

Amy Search : Ya, saya mungkin seorang penyanyi rock, tapi itu tidak bermakna saya mahu mereka menjadi rockers atau saya mencari seorang rockers.
Sebaliknya, kehadiran saya adalah sebagai seorang pembimbing mereka mencari arah, sebaliknya mereka sendiri yang harus bijak apa yang mereka mahukan. Adakah mahu menjadi rockers atau bintang pop atau apa sahaja, itu mereka yang tentukan. Jadi jika mereka ada potensi diri yang besar, jangan simpan, sebaliknya keluarkan semua kerana inilah satu-satunya peluang untuk membuat orang mengenal apa yang anda ada.

http://mynewshub.my : Apa pesanan abang kepada pelajar-pelajar AF 9 nanti?

Amy Search : Jangan terlepas guna platform yang luas terutama daripada publisiti ini untuk tunjukkan kualiti atau star yang ada dalam diri anda. AF hanya satu permulaan tapi journey yang sebenar hanya akan bermula selepas program ini berakhir kelak. Dan kena ingat, lagi senang mendapat publisiti atau pendedahan pada awal kemunculan, maka semakin susah apabila kita betul-betul berada dalam gelanggang sebenar. Jadi
jangan sampai kalah sebelum berjuang. Jangan sia-siakan peluang yang ada dan show off lah sehabis-habisnya apa yang kalian ada. Sebab tak semestinya hanya juara yang akan berjaya, tapi sesiapa yang bijak
menonjolkan bakat yang ada, tak mustahil dia boleh menang dalam journey akan datang.

http://mynewshub.my : Senario di Malaysia, makin tua, makin tersisih. Tapi abang, makin tua, makin laku. Makin banyak projek macam bintang Hollywood.

Amy Search : (Ketawa). Ya, sebenarnya itu yang saya mahu. Saya mahu menjadi semakin tua Amy, maka semakin mahal dia. Saya mahu meninggalkan kenangan yang banyak dan manis serta pencapaian tentang kerjaya saya apabila saya semakin tua.

http://mynewshub.my : Kalau betul abang jadi Pengetua AF, nampaknya jadual tahun ini sangat padat. Dengan konsert Double Trouble, bisnes dan jadual yang terikat dengan AF.

Amy Search : (Ketawa). Boleh tahan padat. Memang padat.

http://mynewshub.my : Maksudnya memang betullah abang pengetua AF 9 ni? Cayalah. Otai gila!

Amy Search : (Ketawa panjang) - MM@mynewshub.my

(Wawancara ini dibuat sebelum Amy diumum selaku Pengetua AF9)