Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label Jutawan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Jutawan Malaysia. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

Jadi, siapakah Jho Low sebenarnya?

Julai lalu, satu nama misteri “Jho Low” muncul dalam senarai individu yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dikompilasi oleh akhbar Straits Times Singapura, dan sekaligus mendorong lebih ramai yang ingin tahu mengenai dirinya.

“Siapakah Jho Low?” ramai yang mungkin tertanya-tanya selepas membaca pengenalan ringkas yang menggambar dirinya sebagai “arkitek utama” Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), sebuah dana pelaburan bebas negeri tersebut.

Bagaimanapun, setahun kemudiannya, ‘Jho Low’ menjadi selebriti terkemuka Malaysia ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood Paris Hilton, menjadi laporan muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa.

Nama sebenarnya ialah Low Taek Jho, atau biasanya dikenali sebagai Jho atau Jho Low. Jejaka berusia 28 tahun ini adalah anak kelahiran Pulau Pinang kepada jutawan Larry Low.

Semakan Malaysiakini menunjukkan Low sudah mendapatkan tempat di kalangan tokoh perniagaan tempat sejak dua tahun lalu, ekoran hubungan rapatnnya dengan pelabur dari Timur Tengah.

Selain TIA, yang kini dikenali dengan nama 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau memainkan peranan utama dalam UBG Bhd – syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Faktor ‘J Low’

Pengambilalihan UBG Bhd oleh sebuah syarikat Arab Saudi – PetroSaudi International Ltd – tujuh bulan lalu, telah mencetuskan lagi spekulasi mengenai pengaruh luas Low.

PetroSaudi telah membentuk usahasama Mei tahun lalu, dengan 1MDB untuk melabur AS$2.5 bilion dalam sektor tenaga. Ada pihak menanggap, pengambilalihan UBG oleh PetroSaudi ini ada kaitan dengan usaha niaga dengan IMDB.

The Star dalam laporannya pada 8 April menyebut, kesemua usaha niaga ini melibatkan Low, yang disifatkan sebagai faktor “J Low.”

PetroSaudi bagaimanapun kemudiannya menafikan bahawa urusniaga UBG Bhd itu berkait dengan usahasamanya dengan 1MDB.

Wong Teck Chi

;malaysiakini.

Saturday, July 31, 2010

Taek Jho Low,Jutawan Malaysia yang membelanjakan berjuta USD untuk Paris Hiltom satu malam

Pelik ye,Paris yang dah sedia kaya nie pun sanggup melayan Cina Jutawan Malaysia nie,kerana Duit?Bukan ke Paris tue dah cukup kaya Raya ??mata duitan betullah


Taek Jho Low dikatakan membelanjakan USD 2Juta = around RM 7juta hanya untuk satu malam sahaja,khas untuk
Paris Hilton..giler...org nak kumpuyl sejuta pun payah...nie selamba badak guna duwet dalam masa satu malam...

Lelaki ini pun ada membelanjakan Megan Fox sebotol Arak mahal berjenama USD1000 sebotol..tapi agaknya Megan malas nak layan tue yang dia lekat ngan Paris Hilton jer..


Umur jejaka cina nie baru je 28 tahun,Graduate from
Wharton School of Business .

Kerja dia sebagai penasihat kepada Board of Director sebuah syarikat pelaburan hartanah UBG Berhad.

SPRM dikatakan akan menyiasat tentang kekayaan Jejaka ini,sampai boleh berbelanja jutaan ringgit di Hollywood.nak baca lagi artikel Dimana SPRM digesa supaya menyiasat boleh la baca lepas anda layan gamnbar-gambar ini.










Siapa Taek Jho Low? AMK Mahu Dia Disiasat
Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

Pemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.


Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres AMK di Kota Bharu hari ini, beliau meminta siasatan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

“Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. Apa kaitannya dengan Big Ma?,” soalnya.

Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.

Dalam ucapannya itu, Shamsul Iskandar juga mahu siasatan dijalankan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penyelewengan wang, seperti yang didedahkan penulis Barry Wain.

Selain itu, beliau turut mendesak supaya ‘Private Khairy Jamaluddin’ disiasat berhubung kaitan ketua pemuda Umno itu dengan firma perundingan Apco.

“Kerana maklumat yang kita terima, rakan baik (Khairy) yang beri cadangan supaya guna Apco,” katanya lagi.

Dalam sidang medianya selepas itu, Shamsul Iskandar mendakwa Taek Jho Low juga merupakan seorang penasihat bagi pihak berkuasa pelaburan bagi negeri Terengganu yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, maklumat itu diperolehinya daripada pihak yang tidak senang dengan perkembangan berkenaan.

Tambahnya, beliau pasti Jho Low mempunyai harta bernilai berbilion ringgit jika mampu berbelanja sebanyak 50 hingga 60 ribu setiap malam dan tinggal di apartmen mewah.

“Saya minta (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) SPRM supaya siasat,” katanya yang mempertikaikan bagaimana seorang pemuda seperti Jho Low mampu berbelanja seperti itu.

*Artikel dari http://my-sensasi.blogspot.com